Anda di halaman 1dari 22

KAJIAN TENTANG PEMAHAMAN MURID TENTANG

KONSEP PURATA TAHUN 5 DENGAN MENGGUNAKAN GULI DAN


GAMBARAJAH

Pendahuluan

Matematik merupakan suatu mata pelajaran yang penting ke arah menjadi


sebuah negara maju menjelang 2020. Matematik adalah satu perkara yang
hidup dan berkembang. Ia merupakan satu komponen yang penting dalam
dunia teknologi sekarang. Dunia pendidikan hari ini mengganggap matematik
merupakan nadi bidang ilmu pendidikan malahan menjadi satu mata pelajaran
teras di sekolah rendah dan menengah. Pelaksanaan program matematik
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diolah mengikut tiga bidang iaitu
nombor, bentuk dan perkaitan (Kementerian Pendidikan 1989). Maka, dengan
ini memerlukan seseorang individu itu mengetahui kemahiran yang berkaitan
dengan nombor seperti membilang dan mengira.

Pengajaran dan pembelajaran matematik berbeza dengan mata pelajaran


lain. Di samping kemahiran mengira yang melibatkan daya pemikiran dan
kreativiti yang tinggi ianya juga memerlikan kefahaman sesuatu konsep dengan
tepat dan menyeluruh (Nik Azis, 1992). Setiap pendidik matematik mestilah
bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan ketrampilan dalam
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengambil kira
keperluan dan tahap pencapaian para pelajar.

Teacher must be sensitive to the needs of their students and dedicated


themselve to the improvement of student learning as their primary
professional objective.
(NCTM, 1980
Pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan sekiranya guru dapat
menggunakan beberapa kemahiran di antaranya perancangan mengajar,

1
pelaksanaan pengajaran, dan menilai kefahaman konsep serta penguasaan
kemahiran. Jika tajuk berkenaan mula diajar, guru perlu menyediakan aktiviti
untuk membimbing murid memahami konsep ’pengumpulan’ atau ’penyatuan’
antara dua set benda. Pengajaran bermula dengan aktiviti konkrit di mana
pelajar akan terlibat secara aktif, memanipulasi bahan-bahan maujud dan
berakhir dengan proses pengabsratrakan. Setelah murid memahami konsep
seterusnya barulah murid dibimbing untuk memahami fakta. Aktiviti untuk
penguasaan kemahiran tidak banyak melibatkan manipulasi bahan maujud
berbanding dengan aktiviti semasa penguasaan konsep.

Latar Belakang Kajian

Pendekatan yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran


matematik pada masa kini adalah berpusatkan guru dan strategi penyelesaian
yang tidak konsisten. Pendekatan pembelajaran penyelesaian masalalah
menggunakan benda-benda maujud didapati sangat sesuai dilaksanakan
di sekolah terutama di sekolah rendah. Pendekatan ini berfokus kepada
membentuk individu yang berfikiran mantik dan berketrampilan mengaplikasikan
pengetahuan matematik yang melibatkan masalah harian. Melalui kaedah ini
proses pengjaran dan pembelajaran berlaku di antara murid dan guru.

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui keberkesanan pembelajaran


menggunakan bahan maujud seperti guli dalam memperkenalkan tajuk purata
tahun 5.
i) Menentukan sama ada pengajaran dalam pengajaran dan pembelajaran
matematik menggunakan benda maujud dapat memberikan pemahaman
konsep dengan lebih jelas.
ii. Meningkatkan kefahaman para pelajar dengan penggunaan bahan maujud
atau bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
bagi tajuk Purata Tahun 5.

1
Kajian Literatur

Selaras dengan hasrat Malaysia untuk mencapai matlamat wawasan


2020, Kementerian Pendidikan Malaysia berusaha mengubahsuai sistem
pendidikan yang menuntut perubahan dari segi budaya dan amalan yang
dipraktikkan di sekolah rendah dan menengah. Perubahan tersebut adalah dari
segi pembelajaran hafalan dan latih tubi kepada bentuk pembelajaran yang
lebih merangsangkan pemikiran, berunsur kreatif, memenuhi keperluan setiap
pelajar. Pemglibatan pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti dengan
menggunakan bahan maujud atau bahan bantu mengajar dapat menjadikan
suasana pembelajaran yang efektif dan menyeronokkan. Pendidik haruslah
menjadikan pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahan bantu mengajar
supaya pemahaman konsep untuk sesuatu tajuk jelas dan tidak timbul murid
tidak faham.

Menurut Tucker (2000), dalam tinjauannya telah menyuarakan masalah-


masalah yang dihadapi di Amerika Syarikat. Di antara masalah dalam matematik
di mana murid menghadapi masalah asas dalam arithmatik tanpa kefahaman.
Oleh itu, tujuan pengajaran matematik adalah untuk kefahaman murid-murid.
Mengatasi masalah ini, pembelajaran menggunakan bahan maujud adalah
berkesan di mana murid dapat belajar menggunakan bahan manipulatif.
Berasaskan strategi pembelajaran ini, murid boleh menyelesaikan masalah
menggunakan bahan manipulatif dan murid dapat memahami konsep matematik
dengan jelas.

Johnson & Johnson (1994) telah menjalankan analisis ke atas 1200


pelajar dengan membandingkan pencapaian pelajar menggunakan strategi
pembelajaran melalui aktiviti berkumpulan menggunakan bahan bantu

1
mengajar dan pembelajaran tradisional. Hasil analisis jelas membuktikan
bahawa pengetahuan seseorang individu lebih tinggi berbanding belajar tanpan
menggunakan bahan bantu mengajar. Kemampuan pelajar juga turut berubah
sama ada dari segi prestasi, minat memberi idea, dan dapat mengingat sesuatu
konsep dalam jangka masa yang lama.

Meneroka Pemikiran Murid Memahami Konsep Purata

Projek ini telah dijalankan di sekolah saya sendiri iaitu Sekolah


Kebangsaan Sungai Selisek, Hulu Selangor, Selangor. Latar belakang sekolah
ini merupakan sekolah luar bandar dan bilangan kelas untuk tahun 5 terdapat
satu kelas sahaja yang terdiri daripada murid lemah, sederhana dan pandai.
Sampel kajian saya ini terdiri daripada 10 orang murid yang terdiri daripada
empat orang murid lemah dan sederhana dan dua orang lagi adalah murid
pandai. Sampel kajian boleh di rujuk (di lampiran A). Pengetahuan sedia ada
murid seperti kemahiran asas melibatkan empat operasi terutama menambah.
dan membahagi yang melibatkan projek ini telah membantu saya untuk
mengajar konsep purata. Saya menggunakan guli, gambarajah dan lembaran
kerja dalam melaksanakan projek ini.

Projek yang sudah dijalankan ini mengambil kira terdapatnya saling


bergantungan antara ahli, menggalakkan interaksi secara bersemuka serta
memastikan ia dapat membentuk kemahiran interpersonal. Situasi ini dapat
membantu saya dari segi kemahiran komunikasi, aras pemikiran, keyakinan diri
serta aras komitmen dapat dinilai dengan lebih adil dan tepat. Projek yang telah
dilaksanakan adalah tajuk purata iaitu memahami konsep purata di kalangan
murid-murid. Didapati murid-murid sungguh berminat dan dapat memberi
tumpuan sepenuhnya sepanjang aktiviti dijalankan malahan kesan daripada
penggunaan guli dan gambarajah murid faham dengan jelas malahan boleh
menyelesaikan masalah yang mudah untuk diselesaikan.

1
Gambaran murid tentang purata

Sebelum guru memulakan pengajaran, guru telah dilatih supaya


melakukan set induksi terlebih dahulu. Malahan akhir-akhir ini didapati ramai
guru mengabaikannya dan dengan kata lain tidak ada mukadimahnya. Bagi
merangsang pemikiran murid, saya telah memberi setiap murid dengan sehelai
kertas kosong untuk mereka gambarkan apa yang mereka faham tentang purata,
sama ada melalui lukisan, menulis dalam bentuk angka ataupun sebaliknya.
Bagi memulakan murid-murid melaksanakan aktiviti ini, saya
mengarahkan murid supaya duduk berjauhan di antara satu dengan lain untuk
memastikan tiada pelajar yang meniru. Saya juga memberi tempoh masa
selama 3 minit untuk mereka menyiapkan tugasan yang diberi. Semasa aktiviti
dijalankan, saya melihat apa yang ditulis oleh setiap murid. Saya dapati murid
yang pandai tidak ada masalah, cuba beberapa murid yang sederhana dan
lemah masih lagi tidak memulakan kerja yang diberi. Saya perlu memberi
contoh kepada murid yang mempunyai masalah ini.

Peringkat pemerhatian ini, didapati ramai murid yang membuat


gambarajah dengan melukis untuk menggambarkan apa yang mereka
bayangkan. Setelah dikumpul hasil kerja murid, saya dapati kebanyakkan murid-
murid melukis Ini jelas menunjukkan murid-murid juga pandai menggunakan
bahan yang berada disekeliling mereka seperti pensil, guli, bintang, buku dan
bulatan. Apa yang menjadi tanda tanya kepada saya, kenapalah segelintir guru
ketika mengajar tidak menggunakan benda-benda sekeliling untuk dijadikan
bahan bantu mengajar. Melalui gambaran awal, saya dapati 9 orang murid dapat

1
menggambarkan apa itu purata manakala 1 orang murid dapat menyiapkan
sebahagian sahaja (Lampiran B).

Setelah kertas yang diedarkan dan dikumpul semula, saya menemubual


3 orang pelajar termasuk seorang pelajar yang tidak dapat menyiapkan tugasan
yang di beri.

i. Nurshafiqah

murid ini menggambarkan purata dengan melukis enam batang


dan mengabungkan menjadi enam. Seterusnya bahagikan kepada
dua bahagian iaitu A dan B dan mendapat 3 untuk setiap bahagian.
Seorang murid bernama Fazmi turut memberi jawapan yang sama.

ii. Mohd Sazuan

Hasil kerja murid ini separuh jalan sahaja. Murid ini


menggambarkan lima batang pensil sama dengan lima biji guli.
Murid ini masih lagi tidak memahami konsep purata. Daripada
temubual saya dengan murid ini, murid ini tidak tahu langsung apa
itu purata, cuba yang dia maklumkan ialah 5 pensil adalah sama
dengan 5 guli. Saya perlu menjelaskan konsep purata kepada
pelajar ini di aktiviti seterusnya.

Kesimpulan daripada aktiviti pertama didapati majoriti memahami konsep


walaupun ada yang tidak berapa jelas, cuba seorang murid saya perlu beri
perhatian lebih untuk aktiviti seterusnya. Murid-murid sungguh seronok apabila
pengajaran menggunakan guli ini.

Aktiviti Bermain Guli

1
Aktiviti ini amat penting ketika saya memberi arahan dan menjelaskan
kepada murid supaya tidak tidak timbul kekeliruan kepada murid. Semasa
aktiviti ini dijalankan, saya melibatkan semua murid mengambil bahagian dan
merekodkan jawapan di kertas yang disediakan. Saya mengarahkan murid
duduk di atas lantai supaya murid lain boleh melihat proses penyelesaian
masalah. Apa yang saya jelaskan kepada murid guli sebagai bilangan jumlah
manakala murid-murid sebagai bilangan yang yang hendak dibahagi. Saya
cuma membaca soalan dan murid menyelesaikannya menggunakan guli.
Soalan pertama dibaca oleh saya iaitu ada 4 biji guli hendak dibahagi kepada
2 orang. Murid yang tidak terlibat akan merekodkan jawapan di lembaran yang
disediakan. Saya dapati murid meletakkan guli di tengah-tengah dan 2 orang
murid yang terlibat. Mereka meletakkan 4 biji guli di tengah-tengah dan setiap
seorang mengambil satu dahulu. Seterusnya setiap seorang mengambil satu lagi
dan mereka member jawapan 2. (Lampiran D).

Daripada aktiviti yang dijalankan saya dapati murid-murid berkomunikasi


antara satu sama lain. Malahan murid yang tidak terlibat juga turut bersuara
untuk menyakinkan murid dengan jawapan yang betul dalam proses
penyelesaian. Aktiviti ini diteruskan dengan angka-angka lain dan saya dapati
murid yang lemah turut dapat menyelesaiakan soalan yang diberikan dengan
betul. Bagi angka yang besar saya dapati murid berhati-hati ketika mengira
bilangan guli seperti 50 biji guli di bahagi dengan 10 orang. Berapa seorang
dapat. Untuk menguji kefahaman murid lagi saya cuba membahagikan setiap
murid guli yang berbeza. Seperti ada yang mendapat 3, 8, 7, 9, 4, 6, 2, dan
1. Saya memberi arahan dengan soalan bilangan guli yang murid-murid ada,
hendak dibahagikan kepada 8 orang. Berapa puratanya.

Saya dapati murid memberi idea yang pelbagai dan didapati semuanya
akan mendapat jawapan yang sama cuba strategi yang berbeza. Satu contoh
penyelesaian murid ialah mereka menambahkan jumlah guli yang ada di

1
antara mereka dan mengumpulkan di tengah-tengah dan setiap seorang
akan mengambil satu sehinggalah mendapat jawapan. Apabila saya tanya
murid yang tidak dapat menyiapkan tugasan permulaan tadi, mereka memberi
jawapan barulah dia faham tentang konsep purata. Jelas menunjukkan bahawa
pengajaran menggunakan benda maujud dapat membantu murid memahami
konsep dan dapat dijalankan aktiviti secara realiti.
Aktiviti Gambarajah

Ali dan Abu mempunyai bilangan belon yang berbeza. Ali ada 4 biji belon,
manakala Abu ada 6 biji belon. Bagaimana hendak menjadikan mereka
mempunyai bilangan belon yang sama banyak?
Murid dibekalkan setiap seorang dengan sehelai kertas kosong dan selesaikan
setelah mendapat arahan guru. Aktiviti ini dibimbing oleh saya.

Langkah penyelesaian:-
i. Murid-murid dibimbing untuk membaca dan memahami soalan. Murid
kemudian di suruh melukis 2 kumpulan belon iaitu kumpulan 4 dan 6 biji
belon.

ii. Kemudian murid disuruh gabungkan semua belon tersebut dengan


melukisnya semula di dalam satu kumpulan dan seterusnya suruh murid
bahagikan belon itu kepada 2 kumpulan sama banyak

1
Lakarkan gambarajah yang dilukis, bimbing murid-murid ,mencari
penyelesaian dengan mengubungkaitkan gambarajah dengan operasi
bahagi.

Bilangan belon pada Ali = 4

Bilanagn belon pada Abu = 6

Jumlah bilangan belon yang ada = 10

Untuk jadikan setiap murid terima sama banyak = 10 ÷ 2 = 5

Jadi, setiap murid ada mesti ada 5 biji belon untuk menjadikan bilangan sama
banyak.

Saya juga menyuruh murid mengguna guli untuk memastikan jawapan betul
atau salah. Saya menyuruh murid bernama Mohd Sazuan untuk melakukan
penyelesaian. Didapati murid dapat melaksanakan proses penyelesaian
dengan betul.

Aktiviti Abstrak

Melalui aktiviti saya menggunakan kaedah gambarajah untuk soalan berbentuk


penyelesaian masalah. Murid-murid telah didedahkan dengan soalan yang
mudah dan telah menguasai konsep purata dan murid akan dipanggil ke
hadapan untuk menampal apa yang sesuai berdasarkan arahan guru. Di sini
perhubungan komunikasi berlaku di antara saya dan murid.

1
Contoh:
Alia ada 2 ekor arnab.
Berat kedua-dua arnab adalah 2.7kg dan 3.5kg setiap seekor.
Carikan purata berat bagi kedua-dua arnab tersebut?

Pernyataan di atas akan ditukarkan kepada bentuk gambarajah. Saya


menyediakan bahan bantu mengajar dan murid akan menampal maklumat
di papan tulis berdasarkan soalan guru. Saya hanya membuat tiga kolum di
papan tulis. Kemudian saya meminta murid menampal gambar dua ekor kucing
yang berbeza saiz di papan tulis untuk menggambarkan situasi soalan di atas.
Formula untuk purata juga di tampal untuk pemahaman dan murid juga telah
faham melalui aktiviti yang telah dijalankan.

Purata =

Sebelum Semasa Selepas

Purata =
2.7kg 3.5kg
= Jumlah berat = 3.1kg +
= 3.1kg 3.1kg
= 6.2kg

Oleh itu, murid jelas dapat memerhatikan gambaran purata itu setelah
melihat gambarajah yang dipaparkan di papan tulis. Saya juga menerangkan
maksud purata itu adalah walaupun berat arnab yang berbeza saiz tetapi apabila
untuk mencari purata akhirnya akan mendapat sama banyak. Walaupun soalan
adalah sukar, ianya dapat diselesaikan apabila murid itu betul-betul menguasai

1
konsep purata.

Kesimpulan

Berdasarkan menggunakan bahan manipulaif dapat membantu murid

menyelesaikan masalah matematik, membentuk pengetahuan secara aktif dan

membina konsepnya sendiri. Peranan guru sebagai fasilitator dan pemantau

dalam memastikan murid melakukan dan melaksanakan aktiviti yang dirancang.

Melalui aktiviti penggunaan bahan maujud dapat memupuk semangat

bekerjasama sesama mereka, menerapkan nilai- nilai murni seperti sabar dan

tidak mudah putus asa dalam menyelesaikan masalah dan akhirnya aktiviti ini

juga dapat membantu murid-murid mempelajari matematik secara efektif di

dalam bilik darjah. Seterusnya dapat melahirkan murid yang berkemahiran

berfikir secara logik, kreatif dan kritis selaras dengan matlamat KBSR dan KBSM.

1
Rujukan

Mohd Majid Konting (2002). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang(1996) , Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan.


Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

Nik Aziz Nik Pa (1992). Agenda Tindakan: Penghayatan Matematik KBSR dan
KBSM. Kuala Lumpur: DBP.

Noor Shah Saad (2002). Teori & Pengkaedahan Pendidikan Matematik Siri 1.
Selangor: Pearson Education.

http://homeschooling.about.com/od/basicmath/qt/teachingarea.htm

http://www.math.umt.edu/tmme/vol1no1/TMMEv1n1a3.pdf

1
Lampiran A

Senarai nama murid 5A

BIL NAMA JANTINA CATATAN

1. MUHAMMAD FARHAN BIN L Pandai


SHARIMAN

2. NURSHAFIQAH BINTI MOHD P Pandai


RUZMAN

3. MOHD FAZMI BIN TOHA L Sederhana

4 MOHD IZZAT BIN ZAINUDIN L Sederhana

5. NURFARIDAH BINTI SAZILI P Sederhana

6. AIN NASHRAH BIN ABDUL P Sederhana


WAHAB

7. NURUL FATIN BIN BUYUNG P Lemah

1
8 NURUL HASLYN SHAHIDA BINTI P Lemah
FADLI

9. MUHAMMAD SYAKIR BIN L Lemah


MUSTAFA

10. MOHD SAZUAN BIN SUHAINI L Lemah

Jumlah = 5 lelaki 5 perempuan

Lampiran B

1
Lampiran B

1
Lampiran B

1
LAMPIRAN C

1
NAMA: ................................

BILANGAN GULI BILANGAN ORANG JAWAPAN

2 2

4 2

9 3

12 4

20 5

30 6

36 6

42 7

50 10

40 10 `

50 5

1
1
1
1
1

Anda mungkin juga menyukai