Anda di halaman 1dari 28

EDU3083

ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN


PROFESIONAL GURU
TAJUK:
KONSEP MENGAJAR SEBAGAI SATU
PROFESION

PENSYARAH:

ANAS BIN SURAY


PENSYARAH KANAN DG 54
KONSEP PROFESION
DAN
PROFESIONALISME
KONSEP PROFESION
Mengikut Lieberman, sesuatu kerjaya yang
digolongkan sebagai profesion haruslah
mengandungi ciri-ciri berikut :
 Pekerjaan itu merupakan perkhidmatan yang unik dan
penting dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat
dan negara
 Pekerja menggunakan banyak keupayaan dan
kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan
 Orang profesional yang pernah mendapat latihan
khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas
mengikut satu tempoh masa tertentu
 Ahli sesuatu profesional adalah pakar dalam bidang
pekerjaan tertentu dan mempunyai kuasa autonomi
semasa menjalankan tugasnya
 Mementingkan mutu perkhidmatan serta dedikasi
terhadap pekerjaannya dan tidak mementingkan
pendapatan atau ganjaran kewangan semasa memberi
perkhidmatan
 Pekerja terdiri daripada ahli-ahli satu organisasi yang
berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk
kemasukan, mengawal mutu perkhidmatan dan
penyingkiran ahli
 Setiap ahli mematuhi sesuatu kod etika yang ditentukan
oleh organisasi profesion itu
 Setiap ahli akan bertanggungjawab terhadap semua
tindakan dan keputusan yang dibuat olehnya
Rumusan

Sesuatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh


orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas
yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,
bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai
autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang
ditentukan oleh organisasinya.
KONSEP PROFESION
PERGURUAN
DAN KEGURUAN
Konsep Perguruan

Diertikan sebagai pengajaran, misalnya kepada guru


pelatih, pelajar dan sebagainya

Konsep Keguruan

Perkara yang berkaitan dengan guru seperti peranan,


tugas, kelayakan dan sebagainya.

Kamus Dewan, 1989


Konsep
Profesion Perguruan

Pekerjaan pengajaran yang memerlukan pelajaran


yang tinggi dan latihan khas

Konsep
Profesion Keguruan

Pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas,


tanggungjawab, sifat dan kualiti guru.

Kamus Dewan, 1989


CIRI-CIRI GURU
YANG PROFESIONAL
Secara umumnya guru yang profesional
perlu berilmu, berkemahiran,
berketerampilan serta berpengetahuan
dalam aspek pedagogi
Mohamad Sani (1998), guru yang
profesional mempunyai atribut
seperti rajah yang disediakan
Sahsiah
• Bertaqwa
• Berakhlak
• Berperibadi mulia
• Mempunyai komitmen
• Bersopan santun
• Bersikap positif
• Berkebolehan memimpin
• Mengamalkan budaya ilmu
Keterampilan
• Merancang P&P Ilmu
• Mengurus P&P • Isi kandungan mata
• Memilih strategi P&P pelajaran
• Meransang P&P • Pengetahuan
• Kemahiran teknologi kandungan pedagogi
• Kemahiran generik • Bahan
• Kemahiran kaunseling • Kaedah
• Menilai P&P • Teknologi
Guru mempunyai sepuluh tret
yang amat berkesan
~ McEwan (2002) ~
1

Dorongan oleh misi dan passionate


 Didorong oleh misi – panggilan untuk
mengajar
 Passion – semangat membantu pelajar untuk
berkembang
 Rela dan komitmen yang tinggi
2

Positif dan benar


 Selalu berpandangan positif
 Menghormati, menyayangi, empati, adil
 Mudah berhubung
 Terbuka
 Mudah menyesuaikan diri
3

Guru sebagai pemimpin


 Berkeupayaan mempengaruhi ke arah yang
baik dan positif
 Berkeupayaan memimpin murid, rakan dan
ibu bapa melalui organisasi tertentu
 Menjadi model, contoh dan tauladan
4

With-it-ness
 Peka terhadap masa, penglibatan murid dan
bilik darjah
 Mampu mengawal kelas dengan baik
 Bijak menyelesaikan masalah
 Boleh membuat refleksi spontan
5

Gaya
 Mempunyai gaya tersendiri
 Unik, bersemangat, berkarisma, humor,
kreatif dan sentiasa ada idea baru
6

Motivasi
 Bermotivasi
 Keazaman yang tinggi
 Yakin mampu mengubah kehidupan pelajar
7
Keberkesanan Pengajaran
 Melaksanakan pelbagai pendekatan, strategi
dan teknik pengajaran
 Cara pengajaran bersesuaian dengan
keperluan pelajar
 Mampu berkomunikasi dengan baik
 Penggunaan alat bantu mengajar yang
sesuai
 Mahir dalam hubungan interpersonal
8

Kandungan Pelajaran
 Berpengetahuan tentang isi kandungan
pelajaran yang diajar
 Tahu apa yang hendak diajar dan
bagaimana
hendak mengajar
9

Pintar
 Mempunyai pengetahuan tentang sekolah,
pelajar dan komuniti
 Sentiasa mengumpul maklumat terkini
tentang tingkah laku para pelajar
 Sentiasa merancang strategi pengajaran
yang efektif
10

Celik minda
 Minda sentiasa aktif dan berfokus terhadap
tugas
 Berupaya menerangkan pelbagai idea, isu
dan nilai mengenai pengajaran kepada orang
lain
 Proaktif terhadap perubahan dan kehendak
profesion
CIRI-CIRI DAN
KUALITI GURU
YANG PROFESIONAL
 Berpengetahuan dan berketerampilan dalam
pedagogi dan kandungan mata pelajaran yang
diajarnya, di samping menguasai pengetahuan
pedagogi pelajar
 Cekap melaksanakan kurikulum persekolahan
secara berkesan dan bermakna
 Mahir mengintegrasi Teknologi Maklumat dan
Komuniti (ICT) dalam pengajaran dan
pembelajaran
 Sentiasa mengamalkan nilai-nilai keguruan dan
Etika Profesion Keguruan
 Menguasai kemahiran komunikasi dan
interpersonal
 Berdaya tahan dalam menghadapi cabaran
profesional dari semasa ke semasa
 Melibatkan diri sebagai pengamal refleksi dan
budaya penyelidikan dengan aktif
 Menyanjung tinggi dan menghargai warisan
kebudayaan negara yang sesuai dengan
ketamadunan dan nilai-nilai agama yang dianuti
abis…

Anda mungkin juga menyukai