Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN AM PENGAWAS

1. Pengawas Sekolah adalah dilantik oleh pihak sekolah. Mereka dipilih daripada
murid-murid yang mempunyai peribadi baik, dapat memikul tanggungjawab
dengan jujur dedikasi dan berani menjalankan tugas
2. Semua Pengawas dilantik secara rasmi. Mana-mana pengawas boleh dilucutkan
jawatan jika melanggar peraturan atau tidak berkeupayaan menjalankan tugas
dengan baik.
3. Pengawas-pengawas adalah bertanggungjawab untuk mengawasi dan
mempastikan setiap peraturan sekolah diikuti dan dipatuhi oleh semua murid.
4. Murid-murid tidak dibenarkan menentang atau melawan pengawas sekolah dan
mereka mesti mematuhi arahan pengawas
5. Pengawas-pengawas adalah tertakluk di bawah peraturan sekolah dan peraturan
am pengawas.
6. Pengawas-pengawas hendaklah melaksanakan tugas yang diarahkan oleh pihak
sekolah dari semasa ke semasa
7. Membantu pihak sekolah melakukan 'spot check' kepada murid lain.
8. Pengawas sekolah juga mesti hadir ke sekolah lebih awal daripada murid-murid
lain termasuk ke acara/majlis rasmi.
9. Semua pengawas hendaklah menjaga nama baik dan imej Badan Pengawas
sepanjang masa.

PERANAN SEORANG PENGAWAS


1. Mengawal disiplin murid
2. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada murid.
3. Menjaga imej dan nama baik sekolah.
4. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan
atau maklumat kepada rakan-rakan murid
5. Memastikan keceriaan sekolah dijaga.
6. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya
7. Memimpin rakan-rakan (murid lain).
8. Mencegah kes jenayah di sekolah
9. Menghormati guru.
10. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
11. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa
menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
12. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan murid lain.
13. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang
akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
14. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan
pendapat kepada Badan Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
15. Mengenalpasti murid-murid yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya
untuk mengubah sikap mereka.
16. Mempengaruhi murid lain untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada
mereka yang bersalah.
17. Menyimpan rekod atau maklumat murid yang bersalah sebagai panduan masa
hadapan.
18. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas
lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai