Anda di halaman 1dari 2

SEKOLAH KEBANGSAAN CENDERAWASIH,

LORONG BUKIT SETONGKOL 13, TAMAN CENDERAWASIH


25200 KUANTAN TEL: 09-513 6895
PAHANG DARUL MAKMUR FAKS: 09-513 3414

___________________________________________________________________________
Ruj. Kami : CBA4084.
Tarikh : 23 Jun 2010
10 Rejab 1431 H

PENGARAH
KLINIK CURE & CARE 1MALAYSIA JERANTUT,
KM 4, JALAN BENTA,
27000 JERANTUT,
PAHANG DARUL MAKMUR

Tuan,
MOHON KHIDMAT TENAGA JEMPUTAN PENCERAMAH PROGRAM KEM BINA
SAHSIAH TAHUN 4,5 DAN 6
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Program Kem Bina Sahsiah
2010 pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 25 Jun 2010 (Jumaat)


Masa : 8.30 pagi sehingga 12.30 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat, SK Cenderawasih

3. Sehubungan dengan itu, tuan dijemput selaku penceramah bagi program tersebut. tujuan
program ini diadakan adalah untuk memantapkan kerohanian dan jati diri dalam setiap pelajar.

4. Diharap dengan kehadiran tuan dapat memeriahkan lagi Program Kem Bina Sahsiah kali ini.
Kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

(AB. RAZAD BIN ABDULLAH)


Guru Besar

s.k.
 Fail Sekolah

Anda mungkin juga menyukai