1.1 Kertas Konsep Bercerita
1.1 Kertas Konsep Bercerita
KERTAS KONSEP
KERTAS KONSEP
BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1.0 PENDAHULUAN
Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk memberi
pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam masyarakat
Melayu, tokoh-tokoh seperti Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok
Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan
mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu mempengaruhi
malah memukau audiens.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan
meyakinkan.
2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalam kalangan murid.
2.5 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara spontan dan meyakinkan
berdasarkan bahan rangsangan
1
BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
3.0 PENGELOLAAN
4.0 PENYERTAAN
Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap 1 (Tahun 3
sahaja) dan Kategori Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) di sekolah rendah. Penyertaan
terbuka kepada semua murid warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah
Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan
5.1.1 Pihak Panitia Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu diminta
mengadakan pertandingan ini bermula di peringkat antara kelas dan juga
antara rumah. Pertandingan ini merupakan aktiviti sokongan kepada
pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.
2
BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
5.2.4 Peserta yang menjadi johan daerah akan mewakili daerah ke peringkat
negeri.
5.3.4 Peserta yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat
kebangsaan.
3
BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
5.4.4.3 Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan tema, serta tidak
tertumpu kepada cerita-cerita rakyat sahaja.
5.4.6 Loceng akan dibunyikan 2 kali pada minit ke-8, menandakan masa
persembahan telah tamat.
5.4.7 Prop, muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.
5.4.8 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan
penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.
(Tidak melebihi satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk
kedua-dua unsur tersebut).
5.4.9 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta
perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan
memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan
anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya
dibenarkan setapak sahaja setiap kali pergerakan.
5.4.11 Teks cerita menggunakan aksara saiz 12, font Arial dan langkau 2 baris.
Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola sebelum atau
semasa pendaftaran.
4
BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
5.4.15 Bilangan panel hakim pada peringkat kebangsaan ialah lima atau tujuh
(05 atau 07) orang manakala pada peringkat negeri ialah tiga atau
lima (03 atau 05) orang. Pada peringkat daerah pula, sekurang-
kurangnya tiga (03) orang hakim menghakimi pertandingan.
5
BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
6.2 Pertandingan cerita secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai
pertandingan cerita bahagian pertama .
(Peserta diberi masa selama satu (01) minit untuk persediaan dan tiga (03)
minit untuk persembahan)
6.3. Peserta akan menyampaikan cerita masing-masing secara spontan atas bahan
rangsangan yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan.
6.4. Peserta dikehendaki memilih nombor di dalam sampul yang disediakan di meja
Ketua Hakim dan menyerahkannya kepada pengerusi pertandingan.
6.5 Pengerusi pertandingan akan membaca nombor tersebut dan gambar slaid
berkenaan akan ditayangkan.
6.7 Pengerusi pertandingan akan meminta peserta memulakan cerita apabila tamat
masa persediaan 1 minit.
6.8 Peserta akan diminta mengambil tempat yang disediakan untuk memulakan cerita
spontan.
6.10 Loceng akan dibunyikan dua (2) kali menandakan masa tamat.
6.11 Peserta tidak dibenarkan memulakan cerita spontan sebelum tamatnya masa
persediaan.
6.13 Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi
tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (1) minit
daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).
6.14 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu
bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat
penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan, tangan,
6
BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KONSEP
kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak sahaja
setiap kali pergerakan.
9.0 AM