Anda di halaman 1dari 2

马六甲直落安光亚学校

SJKC KUANG YAH


75460 TELOK MAS, MELAKA

Senarai Tugas Ketua Guru Disiplin

 Merangka dan menentukan dasar-dasar displin dan peraturan sekolah berpandukan pekeliling
Kementerian dan Jabatan Pendidikan.
 Memastikan semua guru adalah guru displin dalam usaha menguatkuasakan peraturan
sekolah.
 Membantu menyelesaikan masalah-masalah displin yang tidak dapat diselesaikan oleh
pengawas.
 Membantu Lembaga Disiplin Sekolah untuk mengesan dan mengesahkan kesalahan-
kesalahan serius yang boleh membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau
hukuman buang sekolah berpandukan Surat Pekeliling Ikhtusas Bil. 9/1975. Lembaga disiplin
atas nasihat Pengetua boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes-kes
berat mengenai disiplin.
 Bekerjasama dengan pengawas sekolah untuk menguruskan kawalan disiplin dalam semua
majlis sekolah.
 Mewujudkan sistem rekod disiplin kelas dan sistem rekod disiplin kelas dan sistem
pemantauan yang berkesan.
 Berusaha menanam semangat cintakan sekolah serta mengamalkan Prinsip-prinsip
Rukunegara.
 Menerima laporan pengawas / guru pengawas dan seterusnya mengambil tindakan
sewajarnya.
 Menanam semangat kekitaan melalui slogan ‘SEKOLAHKU RUMAHKU’ supaya peraturan
sekolah menjadi satu budaya.
 Menjalankan hukuman disiplin sekiranya diwakilkan oleh Pengetua.
 Menjalankan rondaan (dengan bantuan Guru Bertugas Harian) untuk mengesan pelajar yang
ponteng dan melanggar disiplin sekolah.
 Menyediakan dan membekalkan data dan maklumat disiplin kepada Kementerian / Jabatan
Pendidikan / PPD.
 Merancang dan melaksanakan program dalam meningkatkan kesedaran dan penghayatan
disiplin pelajar.
 Menjadi Pegawai Perhubungan di antara ibubapa/penjaga dalam menangani masalah disiplin.

Anda mungkin juga menyukai