Anda di halaman 1dari 7

1

KERTAS KERJA 1MALAYSIA FOR YOUTH (1M4U):


BAKTI KOMUNITI SERI BAYU, KOLEJ KOMUNITI BENTONG 2013

TUJUAN

Kertas kerja ini diusulkan adalah bagi memohon pertimbangan kelulusan daripada 1Malaysia
For Youth (1M4U) bagi mengadakan kerja amal kepada komuniti sekitar sekaligus memohon
dana dengan tujuan yang berkaitan dengan aktiviti yang dirancangkan. Selain itu, adalah untuk
menjemput beberapa agensi untuk turut terlibat dan bekerjasama dalam melaksanakan aktiviti
kesukarelaan.

PENDAHULUAN

Di Australia, 5 juta daripada 28 juta penduduknya mendaftar di dalam program kesukarelawan


di negara tersebut yang dikenali sebagai 'National Volunteer Week' (Minggu Sukarelawan
Nasional). Ini adalah antara kayu pengukur atau pencapaian yang perlu ditekankan kepada
belia untuk Malaysia mencapai status negara maju ialah kerelaan dan kesanggupan mereka
menyumbangkan tenaga dan masa dalam kerja-kerja kesukarelawan. Selaras dengan itu,
kerajaan Malaysia turut mengiktiraf bahawa belia Malaysia boleh dan perlu memainkan peranan
dalam membantu untuk mengubah Malaysia menjadi tempat yang lebih baik untuk hidup,
bekerja dan bermain. Ini selaras dengan usaha 1Malaysia For Youth (1M4U) untuk
menyediakan satu platform yang sama bagi belia untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sukarela
yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada masyarakat sasaran dan golongan masyarakat.
Dalam hal ini aktiviti kesukeralaan tidak harus dijadikan hanya sebagai mengisi masa lapang,
sebaliknya bagi melahirkan golongan belia yang mempunyai hala tuju serta semangat tinggi,
cergas dan agresif dalam pelbagai situasi yang mencabar. Hal ini dibangkitkan juga oleh
Norshida Ibrahim selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap yang menyebut
dalam salah satu ucapannya: "Paling penting, anda tidak mengharapkan sebarang balasan.
Apa yang akan anda peroleh ialah pencapaian peribadi dan kepuasan hati kerana telah dapat
menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Saya percaya, sekiranya anda menyumbang
sesuatu dan membantu orang lain, anda akan berasa sungguh gembira. Rasa yang begitu
hebat itu tidak boleh anda dapat melalui kegiatan lain kecuali menerusi aktiviti kesukarelaan
seperti ini,"
2

MATLAMAT

Matlamat kepada aktiviti yang dirancangkan ini adalah untuk menyemai semangat
kesukarelawan sambil melaksanakan pendawaian semula atau baru kepada rumah yang
terpilih oleh pelajar dan belia di sekitar kawasan Karak.

OBJEKTIF

Pada akhir aktiviti, peserta dijangka dapat:

i. Mengalakkan siswa/siswi kolej komuniti dan belia setempat berkhidmat sebagai


sukarelawan dalam kerja kebajikan.
ii. Membudayakan semangat kesukarelaan dalam kalangan belia
iii. Memberi peluang kepada warga belia yang ingin menghulurkan khidmat sukarela
kepada individu atau organisasi yang memerlukan.
iv. Mengisi masa terluang dengan mendekati dan mengenali masyarakat sekitar.

TAJUK AKTIVITI

Pendawaian semula dan pendawaian tambahan elektrik.

TARIKH PERLAKSANAAN

Aktiviti ini dirancang untuk dilaksanakan selama 1 hari iaitu pada 5 Oktober September 2013
(Sabtu).

JANGKA MASA PERLAKSANAAN

Aktiviti ini dijangka berlangsung selama 10 jam bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00
petang.
3

TEMPAT

Aktiviti ini dirancang untuk diadakan di rumah-rumah yang terpilih di sekitar Bandar Karak,
Pahang. Dianggarkan sebanyak 20 buah rumah dijadikan tempat untuk melaksanakan aktiviti
kesukarelawan ini.

SASARAN PESERTA

Aktiviti 1M4U mensasarkan kelompok peserta dari generasi belia yang melibatkan pelbagai
pihak seperti pensyarah dan pelajar kolej komuniti serta belia setempat. Aktiviti ini khususnya
memilih peserta yang mempunyai latar belakang dalam bidang pendawaian elektrik bagi
menjamin keberkesanan matlamat aktiviti.

BILANGAN PESERTA

Aktiviti ini dijangka melibatkan 100 orang daripada pelajar, pensyarah, pelajar kolej komuniti
dan belia dari sekitar Karak.
4

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penaung : Pengarah Kolej Komuniti Bentong


Encik Azman Bin Mohd Yusoff
Penasihat I : Pegawai Hal Ehwal Pelajar
Pn Wan Azimas Binti Wan Mahmud
Penasihat II : Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran
Mohd Faizal Bin Abd Rahman
Penasihat Bersama : Pensyarah Sijil Pemasangan Elektrik
Pn Norazlin Binti Ahmad (K)
Encik Razali Bin Sadeli
Pn Che Ani Binti Che Kar

Pengarah Program : SMK 2


Timbalan Pengarah Program : SMK 5
Setiausaha : SMK 4
Bendahari : SMK 3
Jawatankuasa Perasmian : SMK 1
Jawatankuasa Aktiviti : SMK 2
Jawatankuasa Makan/Minum: SMK 3
Jawatankuasa Tugas Khas : SMK 4
Jawatankuasa Pengangkutan: SMK 1
Jawatankuasa Peralatan : SMK 2
Jawatankuasa Tempat : SMK 5

PERBELANJAAN AKTIVITI

Bil Keterangan Anggaran Belanja

1 Bahan luak * RM 1800.00


2 Makan /minum RM 500.00
3 Lain-lain kos RM 200.00
Jumlah RM 2500.00
*Sila rujuk lampiran A
5

JADUAL AKTIVITI

5 Oktober 2013 (Sabtu)

8.00 pagi

 Berkumpul di perkarangan Surau Seri Bayu

8.30 pagi

 Pembahagian kumpulan
 Minum pagi
 Gotong royong

12.30 t/hari

 Majlis Perasmian
 Makan tengahari

2.00 petang

 Sambung gotong -royong

5.00 petang

 Minum petang
 Bersurai

HARAPAN

Melalui aktiviti sebegini di harap semangat kesukarelawan akan menjadi teladan dan tidak
terhenti di siru sahaja. Ini kerana dengan landasan yang tepat, aktiviti sebegini bukan sahaja
dapat memberi belia berkhidmat secara sukarela kepada masyarakat, malah dapat membantu
ke arah pembangunan sosial, komunikasi dan berorganisasi individu itu sendiri. Oleh yang
demikian, kami sebagai belia yang ada di Kolej Komuniti Bentong dan sekitar Karak amat
berharap agar aktiviti ini akan diberikan ruang dan peluang perlaksanaannya serta menjadikan
ia satu yang dapat direalisasikan.
6

Disediakan Oleh : Disemak Oleh (1) :

……………………………………….. ………………………………………..
(FAKARUL IQBAL BIN KAMAL ARIFFIN) (RAZALI BIN SADELI)
Pengarah Program Ketua Program
Program Belia Sukarelawan Prihatin Program Teknologi Elektrik

Disemak Oleh (2) : Disokong Oleh :

……………………………………….. ………………………………………..
(WAN AZIMAS BINTI WAN MAHMUD) (MOHD FAIZAL BIN ABD RAHMAN)
Pegawai Hal Ehwal Pelajar Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran
Kolej Komuniti Bentong Kolej Komuniti Bentong

Diluluskan Oleh :

…………………………………….
(AZMAN BIN MOHD YUSOFF)
Pengarah
Kolej Komuniti Bentong
7

Lampiran A

Bil Item Kuantiti Kos/unit Jumlah

1 Kabel 1.5mm2 6 gulung 80.00 480.00


2
2 Kabel 2.5mm 6 gulung 100.00 600.00
3 Sesalur ½’’ X 1’’ 20 batang 3.50 70.00
4 Pembuluh ¾” 50 batang 1.50 75.00
5 Paku simen/kayu 1 kotak 18.00 18.00
6 Skru simen/kayu 1 kotak 29.00 29.00
7 Kotak teracu 2” X 2” 20 1.00 20.00
8 Male/ female 100 0.50 50.00
9 Lampu kalimantang (set) 20 16.00 320.00
10 Soket alir keluar 20 4.50 90.00
Jumlah Keseluruhan 1752.00

Anda mungkin juga menyukai