Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

KURSUS PENDEK VARIASI LAKSA

Disediakan Oleh:
CHE ANI BINTI CHE KAR
KOLEJ KOMUNITI BENTONG
18 MEI 2013
1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini dikemukakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan Kolej
Komuniti Bentong bagi melaksanakan kursus pendek variasi laksa.

2.0 LATAR BELAKANG


Dalam kursus variasi laksa ini 3 jenis variasi telah dibuat iaitu laksa johor, laksa Sarawak
dan laksa lemak nyonya. Variasi laksa ini menggunakan pelbagai bahan-bahan mudah
bagi menyediakan masakan ini.

3.0 KELEBIHAN KURSUS


3.1 Memberi peluang pada peserta untuk mempelbagaikan menu masakan laksa.
3.2 Memberi peluang kepada peserta untuk belajar memasak dengan kos yang
rendah.

4.0 SASARAN PESERTA

Bagi perlaksanaan kursus ini, sasaran utama penyertaan adalah suri rumah dan juga
wanita yang meminati masakan laksa. Jumlah peserta yang disasarkan adalah seramai
10 orang.

5.0 CADANGAN PERLAKSAAN


5.1 Perlaksanaan program ini akan berlangsung sebagaimana berikut:

5.1.1 Kaedah demonstrasi dan praktikal


5.1.2 Memberi kebebasan kepada peserta bereksperimen dengan idea
masing-masing

5.2 Di akhir perlaksanaan program, peserta dikehendaki untuk memberi maklum


balas terhadap program yang dilaksanakan dan ini adalah sebagai mensasarkan
satu kajian keberkesanan dijalankan selari dengan perlaksanaan kempen bagi
mengukur keberkesanan aktiviti.

6.0 IMPLIKASI KEWANGAN

6.1 Anggaran kos bagi perlaksanaan Kursus Variasi Laksa adalah sebanyak
RM 20.00 seorang

6.2 Kos ini melibatkan kos pembelian bahan, peralatan dan juga cetakan nota bagi
program untuk sehari.

6.2 Anggaran hasil kerajaan adalah sebanyak RM 10.00 seorang.


7.0 PENUTUP

Secara keseluruhanya, kursus ini mencapai objektif yang telah ditetapkan. Di harap
kursus seperti ini dapat di adakan lagi untuk kursus akan datang.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

………………………… ……………………….
(Che Ani binti Che Kar) (Rasyida binti A’alaf)
LAMPIRAN

Pengisian Kursus

Bil. Cadangan Nama Kursus Perincian Kursus Tempoh


1. Laksa Johor - Spageti 3 Jam
- Kuah
- ulam
2. Laksa Sarawak - Bihun 4 Jam
- Kuah
- Ulam
- Sambal Kering Udang
3. Laksa Lemak Nyonya - Laksa Kering 3 jam
- Kuah
- Ulam
- Kek Ikan dan Tauhu

Senarai Bahan / Peralatan

50 g udang kering
1 genggam daun kesom
1 liter air rebusan kulit udang
2 kiub ikan bilis "Maggi"
1 camca besar sos ikan
250 g bawang merah*
2 batang serai,
20 g belacan
1 inci lengkuas*
8 biji buah keras*
1 inci kunyit hidup*
3 biji cili merah*
1 camca besar ketumbar biji*
mee laksa
spageti
bihun
500 g udang sederhana besar
200 g taugeh
1 biji timun,
2 biji bawang besar
2 keping kek ikan
2 keping tauhu
Belahan limau kasturi@limau nipis
1 kg ikan kembong
2 1/2 camca besar rempah kari ikan BABA’s
1 1/2 camca besar kerisik
1 sk ketumbar
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
3 biji buah keras
4 biji telur
sedikit air asam jawa
garam dan gula

Anda mungkin juga menyukai