Anda di halaman 1dari 4

Ketibaan Perasmi

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berusaha DSP ………………………………


Biji selasih boleh dimakan
Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Majlis dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku. Dif-dif kehormat dan para hadirin
diminta berdiri.
...................................(Lagu Negaraku)

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Yng berbahagia…

Dan hadirin sekalian

Selamat datang ke :

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan


limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada petang ini
untuk menjayakan program ini.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua hadirin
sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke program ini terutamanya kepada Yang
Berusaha DSP …………………………………………………… kerana sudi meluangkan masa
menghadirkan diri ke majlis kami ini. Ucapan terima kasih juga kepada semua
ibubapa yang hadir untuk menjayakan majlis ini.

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil
Ustaz Abdul Hakim Bin Ismail. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil
Ustaz Abdul Hakim Bin Ismail atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha

untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Ust. Amir Hasan b.
Razali atas ucapan tersebut.

Kini, majlis mempersilakan pula

untuk menyampaikan ucapan . Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Lidiawati bt. Zamri atas ucapan tadi.

Kalau tuan pikat kenari,


Jangan patahkan batang jerami;
Kepada tuan sembah diberi,
Mohon rasmikan majlis kami.

Majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha

untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Mesyuarat Agong


PIBG SK Menerong kali ke 33.
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada


Yang Berusaha DSP atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.

Hariff

Penyampaian Cenderahati
Majlis diteruskan dengan penyampaian cederahati,
Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha Pn Lidiawati bt. Zamri, Pegawai
Perpaduan Daerah Manjung / Perak Tengah dengan diiringi oleh Yang Berusaha Ust
Amir Hasan b. Razali naik ke pentas bagi menyempurnakannya.

Sebagai tanda terima kasih kami,


Majlis menjemput DSP bagi menerima cederahati. Dipersilakan.

Majlis menjemput ...................................

Penutup

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada Yang Berusaha Pn Lidiawati bt. Zamri atas
kesudian meyampaikan cederahati.

Hadirin yang dihormati....

Selesai sudah Program Seminar Keselamatan, ucapan tahniah buat semua peserta
yang memberi kerjasama, sanggup tunggu sehingga selesai.

Semoga semua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi di dalam seminar
ini dan berkongsi dengan rakan-rakan dan jiran-jiran yang tidak dapat turut seta
dalam program ini.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan Negara.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar bahasa,
terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang
terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan itu adalah kelemahan
saya.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Di lain masa bersua lagi.

Rumpun nipah tepi telaga,


Diambil orang buat nira;
Hidangan di meja sudah tersedia,
Sebelum pulang jemput semua menjamu selera.

Sekian, tarima kasih.....


Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Sebelum pulang,
Dijemput semua peserta dan hadirin untuk menjamu selera.

Anda mungkin juga menyukai