Anda di halaman 1dari 1

Kisah orang tak pernah pergi haji tapi dapat pahala haji mabrur

Seorang lelaki bermimpi bahawa dia telah mendapat pahala haji


mabrur. Walhal dia tidak pernah menjejak kaki ke Makkah.
Setelah terjaga, dia menceritakan kepada seorang alim tentang
mimpi tersebut.
Orang alim tu Tanya kamu pernah buat apa2 kebajikan sebelum ni?
Lelaki itupun pun bercerita:
Aku bercita-cita untuk pergi haji. Dan aku sedang menyimpan duit
gaji bulananku sehingga ianya cukup untuk mengerjakan haji.
Apabila duit sudah cukup, kebetulan ketika itu Isteriku mengandung.
Dia mengidam nak makan daging kambing.
Suatu hari kami terbau kari kambing yang sangat sedap. Isteriku
meminta supaya cari rumah siapa yang masak kari tersebut. Pahtu
mintak sikit dengan dia.
Akupun terus mencari bau tersebut. Sampai di rumah itu, aku beri
salam, tuan rumah pun keluar.
Aku terus bertanyakan masakan kari tersebut. Tuan rumah kata
kamu tidak boleh makan daging kambing ini kerana ianya halal
bagiku dan haram bagimu.
Aku Tanya kenapa halal bagimu dan haram bagi ku?
Dia jawab sebenarnya kambing ni tidak disembelih tetapi kambing
ni dh mampus di tengah jalan. Oleh kerana anak-anak tersangat
lapar, maka kami pun ambil kambing tu dan masak. Jika tak makan
kambing tu, mungkin anak-anak akan mati kelaparan.
Mendengar penjelasan tuan rumah tu, aku terus pulang dan
memberitahu isteriku tentang cerita tersebut.
Mendengar cerita itu, isteriku menyuruh aku sedekahkan semua duit
yang dikumpul untuk buat haji tu kepada orang tadi. Suruh dia
buang semua daging kambing mapuh tadi dan gunakan semua duit
haji itu untuk beli makanan.
Pengajaran: ada kalanya sesuatu perkara itu Nampak remeh tetapi
ianya besar di sisi Allah dan pahala yang berlipat kali ganda.

Anda mungkin juga menyukai