Anda di halaman 1dari 4

KISAH TUKANG KASUT DAN HAJI MABRUR

24 Oktober 2012 pukul 17:44

Ketika Abdullah bin Mubarak ra melakukan haji, beliau tertidur di Masjidil


Haram, dalam tidurnya beliau bermimpi melihat dua orang malaikat turun dari
langit. Berkata seorang malaikat kepada seorang lagi :

"Berapa ramai orang-orang yang mengerjakan haji pada tahun ini?" Berkata
malaikat yang seorang lagi : "Enam ratus ribu orang."

Bertanya malaikat yang bertanya :"Antara 600,000 ribu orang yang berhaji itu
berapakah yang diterima haji mereka?"

Berkata malaikat yang menjawab : "Di antara 600,000 ribu itu hanya seorang
sahaja hajinya diterima, namanya ialah Muwaffaq dia tinggal di Damsyik. Dia

adalah seorang tukang kasut, dia tidak dapat berhaji tetapi hajinya diterima.
Maka berkat haji Muwaffaq kesemua 600,000 yang mengerjakan haji
diterima."

Abdullah yang sedang tidur terkejut dari tidurnya maka dengan segera dia
berangkat ke Damsyik, sampai sahaja dia di Damsyik dia mencari-cari tukang
kasut yang disebutkan dalam mimpinya dan akhirnya dia dapat mencari rumah
tukang kasut itu. Apabila sampai di hadapan pintu rumah tukang kasut itu,maka
Abdullah mengetuk pintu. Pintu pun di buka dan keluar seorang lelaki dari
dalam.

Abdullah bertanya lelaki itu : "Apa nama saudara." Berkata lelaki itu :"Nama
saya Muwaffaq." Abdullah bertanya : "Tolong terangkan kepadaku amalan
apakah yang telah kamu lakukan sehingga mencapai darjat yang tinggi?"

JawabMuwaffaq : "Sebenarnya aku ingin menunaikan haji, tetapi oleh sebab


keadaanku maka aku tidak dapat menunaikan haji. Tetapi dengan cara
mendadak aku mendapat wang 300 dirham dari kerja menampal sepatu, lalu aku
niat untukberhaji pada tahun ini.

"Isteriku pula sedang hamil, suatu hari isteriku tercium bau makanan dari rumah
jiranku dan ia ingin memakan makanan yang terbau itu (mengidam), lalu aku
pergi ke rumah jiranku dan aku ketuk pintu. Kemudian keluar seorang wanita,
maka aku pun beritahu hajat isteriku itu kepadanya."

Jiranku itu berkata : "Oleh kerana kamu tidak tahu keadaanku maka aku
terpaksa memberitahumu, sebenarnya anak-anak yatim ku sudah tiga hari tidak
makan oleh itu aku keluar mencari makanan. Sewaktu aku mencari makanan
akubertemu dengan bangkai himar, maka aku potong sebahagian dagingnya lalu
aku masak, maka makanan ini adalah halal untuk kami dan haram untuk
kamu."

Apabila aku dengar sahaja kata-kata wanita itu maka aku pulang ke rumah dan
mengambil 300 dirham yang ada padaku lalu aku berikan kapada wanita itu
danaku katakan kepadanya : "Belanjakan wang ini untuk anak-anakmu. Dan aku
berkata pada diriku : Hajiku di muka pintu rumahku (Rumah jiranku) maka
kemanakah aku akan pergi."

Wahai saudara-saudaraku, Allah tidak memandang pada harta yang kita miliki
tetapi ia memandang pada niat yang suci.

Pernah orang bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah, tunjukkanlah


padaku amal perbuatan yang mana bila aku amalkan akan masuk syurga."

Sabda Rasulullah SAW : "Jadilah kamu orang yang baik." Orang itu bertanya
lagi : "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh mengetahui bahawa aku ini telah
berbuat baik?"

Sabda Rasulullah SAW : "Tanyalah pada jiran tetanggamu, kalau mereka


berkata kamu baik, maka baiklah kamu. Kalau mereka mengatakan kamu buruk,
maka buruklah kamu."

Wallahua'lam

Anda mungkin juga menyukai