Anda di halaman 1dari 5

Kisah Wali Allah Maimunah As-Sauda

Namanya Maimunah tapi orang memberikan julukan


Maimunah As-Sauda yang ertinya Maimunah Si Hitam.
Masyarakat sekeliling hanya mengenalnya sebagai
perempuan tak betul atau gila kerana dia kelihatan sangat
selekeh . Bajunya berupa jubah buruk diperbuat daripada
kain kasar dan bertampal-tampal. Maimunah sentiasa
mengasingkan dirinya dengan mengembala kambing di
padang berhampiran tanah perkuburan.

Tak sesiapa pun yang mengambil tahu terhadapnya, akan tetapi


disebalik keselekehannya itu tersembunyi hati yang tulus dan
bersih serta tidak pernah lupa mengingati Allah. Hanya wali
Allah saja yang tahu bahawa dia sebenarnya adalah wali Allah
dari golongan wanita.
Darjat Maimunah Sauda di sisi Allah diketahui apabila
seorang wali Allah Abdul Wahid bin Zaid memohon kepada
Allah agar diperlihatkan pasangannya di syurga kelak.
Selama tiga malam berterusan dia berdoa kepada Allah dan
pada malam ketiga dia mendengar suara :"Wahai Abdul
Wahid! pasanganmu di syurga kelak adalah Maimunah Si
Hitam.

'Ada dimana dia?"tanya Abdul Wahid

"Dia di Kufah"

Abdul Wahid segera berangkat ke Kufah da menuju ke tempat


seperti mana yang diberitahu. Abdul Wahid bin Zaid bertanya
kepada seseorang perihal Maimunah dan dia ingin berjumpa
dengannya. Orang itu menyatakan Maimunah Si Hitam adalah
seorang pengembala berhampiran perkuburan.

Abdul Wahid segera ke tempat yang dimaksudkan di sana dia


berjumpa dengan Maimunah Si Hitam sedang solat Di
hadapannya ada sebatang tongkat dan di bajunya ada tulisan
yang tertulis
"Tidak boleh dijual beli".

Anehnya kambing-kambing yang digembalakan oleh Maimunah


bercampur baur dengan serigala. Kambing tidak merasa takut
pada serigala dan serigala pula tidak mahu makan kambing
tersebut. Apabila Maimunah mengetahui ada orang datang dia
mempercepatkan solatnya.

"Wahai anak si Zaid! Pulanglah perjanjian kita bukan di sini


tetapi di akhirat kelak"kata Maimunah sebaik sahaja selesai
solatnya.
"Semoga Allah merahmatimu. Siapakah yang memberitahu
engkau tentang aku?"

"Apakah engkau tidak tahu bahawa roh itu dipasang-pasangkan ,


mana yang akan berkawan rapat atau berjauhan antara satu sama
lain"jawab Maimunah.

"Wahai Maimunah berilah aku nasihat pinta Abdul Wahid.

"Aneh betul. Engkau adalah orang yang memberi nasihat,


mengapa engkau meminta nasihatku"kata Maimunah. "Tapi tak
apalah. Aku telah mendengar bahawa tidak ada seorang hamba
yang telah diberikan sesuatu nikmat dunia oleh Allah, kemudian
meminta lagi yang kedua kecuali setelah Allah cabut kemanisan
beribadah. Kemudian dia akan jauhkan dari Allah setelah
sebelumnya dekat kepadaNya, dan digantikannya sifat berjinak-
jinak menjadi kebencian.

"Aku lihat kambing-kambing yang engkau gembala bercampur


baur dengan serigala. Anehnya serigala tidak makan kambing
dan kambing tidak takut kepada serigala. Mengapa
demikian?"tanya Abdul wahid.

"Pergilah engkau dari sini. Aku memperbaiki hubungan aku


dengan Allah dan Allah jualah yang menjinakkan antara
kambing dengan serigala ini"jawab Maimunah.
Di situasi lain;

Rabi pergi bertanya kepada seseorang tentang Maimunah As-


Sauda. Ada orang memberitahu bahawa dia adalah pengembala
kambing dan Rabi pergi berjumpa dengannya untuk melihat apa
yang dikerjakannya. Ternyata dia adalah biasa-biasa saja dan
beramal biasa-biasa saja setakat yang wajib-wajib. Pada waktu
petang, Maimunah pergi memerah susu kambing yang
digembalanya dan memberi Rabi minum susu kambing yang
diperahnya.

"Wahai perempuan mengapa engkau tidak memberi aku minum


susu dari kambing yang lain?"tanya Rabi pada hari ke tiga.

"Wahai hamba Allah sesungguhnya kambing yang aku perah


susu dan aku berikan kepada kamu itu, itulah satu-satunya
bahagianku. Aku minum susunya dan aku bebas untuk
memberikan minum kepada sesiapa yang aku suka."

"Wahai Maimunah aku lihat engkau hanya bekerja mengembala


tidak melakukan pekerjaan lain."
"Maaf, Maimunah aku diberitahu dalam mimpiku bahawa
engkau adalah calon isteriku di dalam syurga kelak" kata Rabi."

".... oooo kalau begitu engkau Rabi' bin Khuthaim?" kata


Maimunah.

"Betul. Aku adalah Rabi' bin Khuthaim."

Anda mungkin juga menyukai