Anda di halaman 1dari 1

Allah Nilai Hati Si Majusi

Semasa menunaikan ibadah haji, Abdullah bin Al Mubarak tertidur di Hijir Ismail. Dalam tidurnya dia
bermimpi Rasulullah berpesan kepadanya:
"Wahai Abdullah, apabila engkau kembali ke Baghdad, pergilah berjumpa Bahramal Majusi (pemimpin
agama Majusi). Sampaikan salamku dan katakan Allah telah redha kepadanya."
Abdullah tersedar dan menyangka mimpi itu daripada syaitan. Namun mimpi itu datang tiga kali
berulang-ulang. Maka setelah selesai mengerjal kan haji, Abdullah lantas pulang ke Baghdad dan
mencari Bahramal Majusi.
"Wahai Bahramal Majusi, boleh aku tahu apa kebaikan yang pernah engkau lakukan?" tanya Abdullah
setelah bertemu dengan orang yang dimaksudkan.
"Baru sebentar tadi aku pinjamkan wang kepada orang dengan faedah yang sedikit."
"Itu haram hukumnya, ada yang lain?"
"Ya, aku ada empat anak lelaki dan empat anak perempuan. Maka aku telah mengahwinkan sesama
mereka dengan mengadakan jamuan yang besar."
"Itu juga haram, ada yang lain?"
"Ya, aku ada seorang anak perempuan yang cantik dan tiada tandingannya. Itu sebabnya aku bernikah
dengannya dengan belanja perkahwinan yang besar. Lebih seribu orang Majusi menghadirnya."
"Itu juga haram..."
"Oh, baru aku teringat.Seminggu lepas, sewaktu aku sedang tidur bersama anakku pada waktu malam,
datang seorang wanita yang sama agamanya dengan kamu. Dia datang dan pergi beberapa kali. Aku
syak dia seorang pencuri. Maka aku cuba mengekorinya dari belakang. Sampai di rumah wanita
tersebut, kelihatan empat anak perempuannya sedang kelaparan."
"Mereka bertanya, " Ibu adakah makanan untuk kami malam ini?"
Ibunya lalu menjawab, " Aku malu untuk meminta kepada selain Allah. Tambahan pula kepada musuh
Allah, orang Majusi itu."
"Wanita tersebut sedih hingga mengalirkan air mata. Aku tidak tergamak melihat keadaan mereka.
Lantas aku pulang dan membawa makanan yang banyak. Semua makanan itu aku serahkan kepada
wanita malang itu. Mereka sangat gembira dan aku rasa puas hati."

"Inilah kebaikan yang telah kau lakukan hingga aku bermimpi bertemu Rasulullah. Dan Rasulullah sudah
berpesan kepadaku agar menyampaikan salam kepadamu.Dia juga memberitahu bahawa Allah telah
redha kepadamu, beritahu Abdullah.
Bahramal tersentak dengan berita tersebut.Dia lantas mengucap kalimah syahadah di hadapan Abdullah
Mubarak.Selesai mengucap,Bahramal tersungkur lalu tidak bangun lagi.

Anda mungkin juga menyukai