Anda di halaman 1dari 3

Anugerah Dari Tuhan

Arakian terbetiklah suatu berita, kononnya ada seorang pemuda Melayu bernama Jamal. Jamal
merupakan seorang anak orang kaya. Ibu bapa Jamal pula merupakan orang yang suka mengumpul
harta. Pada mereka, harta adalah punca kebahagiaan, justeru itu dia orang pun sibuklah bekerja siang
malam, pagi petang, demi untuk mencari harta yang kononnya akan membahagiakan mereka dan anak
tunggal mereka Si Jamal tu... Bagaimana pula halnya Si Jamal di rumah?
Sebelum tu... Jamal ni tak pernah dididik dengan agama... kalau gitu macam mana nak kenal Tuhan?
Macam mana dia nak takut dengan Tuhan? Cinta dengan Tuhan lagiii la jauh. Ibu bapa dia ni, didik dia
dengan akademik semata-mata. Dari kecik sampai la ke besar, belajar, belajar, belajar. Tak sembahyang
tak pe, jangan tak lulus periksa. Ha, kalau tak baca buku, siap la. Habis kena marah la Si Jamal tu.
Ntah hape la yang ada dalam kepala otak mak bapak dia ni. Dia orang ni cukup risau kalau Jamal ni tak
tahu cakap omputih. Pada dia orang perkara seumpama ini amatlah mengaibkan. Peliknya, mereka tak
pulak susah hati kalau Jamal tak kenal Quran. Baca Fatihah pun tak pandai. Isy, isy, isy... dia orang ni tak
tahu ke, cuma tiga perkara yang akan kita tinggalkan sebelum kita mati...?
Dan salah satunya adalah doa anak yang soleh ... anak yang soleh, anak yang soleh!!! Bukan anak yang
boleh cakap omputih, bukan anak yang boleh terbang!
Tuhan tak tanya esok dalam kubur, "Kenapa anak kau tak jadi pilot? Atau peguam? Atau doktor? Atau
jutawan?" Tidak... Tuhan tak akan tanya macam tu.
So... kita berbalik kepada cerita si Jamal tu... Oleh itu Jamal pun dibesarkanlah oleh ibu bapanya dengan
suasana kehidupan yang sangat mementingkan `standard` dan `branded`. Maka nak dipendekkan
cerita... pada suatu hari.. ibu bapa beliau telah terbabit dalam kemalangan yang amat dahsyat sehingga
terbanglah nyawa kedua-duanya. Lalu tinggallah Si Jamal sebatang kara dan yatim piatu dengan duit
berlambak dan harta yang banyak. Jamal ni oleh kerana dia tak kenal Tuhan... maka dia amatlah tertarik
dengan budaya kuning dan kelabu yang jadi kegilaan muda-mudi kini. Maka setiap hari
gegak-gempitalah rumah besar itu dengan `party` yang bercampur-gaul lelaki perempuan... berhiburlah
mereka semalam-malaman sehinggalah ke pagi hari...
Hai, macam roti canai la mak bapak dia dalam kubur.... Makin dia buat, makin teruk mak bapak dia kena
belasah... isy, isy, isy... teruknya kau ni Jamal... kau tak sedar ke mak bapak kau teruk kena belasah....!

Jamal ni masih remaja, umur dia baru 23 tahun. Di samping `kehenseman` dan kekayaan yang ada
padanya, dia ni juga teror main surfboard... Ape ke bende surfboard tu? Ala... papan luncur tu la. Ooo...
papan luncur... so... oleh kerana dia ni `handal` main surfboard, maka bertambah `glamour` la dia, dan
ramai peminat pulak tu... terutama peminat yang terdiri dari kalangan wanita.
So, apalagi Jamal ni tadi... bila dia dah dapat ramai awek... dia pun asyik berfoya-foya menghabiskan
harta benda orang tuanya itu. Tak kira dosa pahala. Lagi pulak, nak main surfboard ni kena la pergi luar
negeri, baru mengancam.
Nak dipendekkan cerita, suatu hari Jamal pegi Australia nak main `surfboard`. Kali ini dia nak berkawan
dengan awek mat saleh pula.
Sampai di Australia, dia yang tahu cakap omputih tu apa lagi bergaya la dia. Dia pegi la ke pantai dengan
mengelek papan surf yang mahal. Dia pun ape lagi, punye la suka ... meluncur sana meluncur sini.
Tiba-tiba datang la satu ombak besar... tingginya dua tingkat bangunan... Masya-Allah...!
Tingginya.Mula-mula dia dapat kawal dan meluncur dengan lancarnya, tapi tiba-tiba dia rasa ada
sesuatu yang tolak dia dari bawah, lalu dia pun terjatuh dalam air... Tak tahu le sape yang tolak dia.
Jangan-jangan Jin Aprit agaknya. Jin memang suka kacau orang, terutama orang yang lupa Tuhan.
Mungkin betul la jin yang bertanggungjawab menolak si Jamal sampai dia jatuh dalam air...
Tapi Si Jamal ni mana tahu pasal jin. Dia hanya tahu pasal alam nyata atau alam yang hanya nampak di
mata. Jadi, dia ingat itu kesilapan teknikal.... Lalu jatuh la si Jamal tu ke dalam air... dia pun cepat-cepat
berenang naik ke permukaan. Sampai ke permukaan... tiba-tiba Jamal lihat dirinya berada jauh dari
pantai... nun sayup terkapai-kapai di tengah lautan.
Dalam Jamal termangu-mangu kehairanan itu datang satu lagi ombak bear lalu menghempas dan
menenggelamkan dia nun jauh ke dasar laut. Jamal dapat lihat suasana dalam laut tu sungguh gelap...
dalam...
"Alamak, matilah aku kali ni." Detik hati Jamal.
"Tuhan!!! Aku belum mahu mati!!" Tiba-tiba Jamal menjerit di dalam hati. Tau pulak dia sebut Tuhan.
Memang le dalam setiap diri manusia Tuhan bekalkan fitrah rasa bertuhan. Waktu tersepit macam tu
barulah manusia terasa dia perlukan Tuhan. Hati Jamal amat takut dan cemas. Walaupun dia pandai
berenang tapi sempat ke dia naik ke permukaan. Begitulah hatinya berkira-kira. Tiba-tiba... lalu satu
benda yang tinggi, betul-betul depan matanya.
Dia terdetik dalam hati, "Ini sirip ni. Sirip...? Sirip ikan apa sebesar ini?"
Rupa-rupanya itu adalah sirip milik seekor jerung raksasa.
Maka berderaulah darah Si Jamal, menggeletar seluruh tubuhnya... tahulah dia maut sedang menanti...
sekarang siapa yang akan menyelamatkannya. Teringat dia apa yang dia buat selama ini. Mana
kawan-kawan, mana makwe keliling pinggang dulu? Mana harta kekayaannya, mana glamour, mana
kepandaiannya. Itu semua tidak berguna lagi saat ini.
Dia lihat jerung tu berpusing-pusing mengelilinginya. Bayangkanlah berapa besar jerung tu kalau tinggi
siripnya sahaja dah sama tinggi dengan Jamal...Kali ini memang Jamal benar-benar mengharapkan suatu
miracle, satu bantuan atau kuasa ghaib untuk membantu dia. Tapi siapa yang dapat tolong dia
sekarang...? Tiba-tiba dia lihat jerung itu menuju laju kepadanya. Saat kemuncak yang paling
mencemaskan pun tiba.... Jamal panik, tiba-tiba dia pun berkata dalam hati (sebab nak jerit dalam air
tak boleh), "Ya Allah, Kau tolonglah aku..." Selama-lama yang dia hidup inilah kali pertama dia menyebut
nama Tuhan yang Maha Agung, yang Maha Pengasih, yang Maha Penyayang, yang Maha Pencipta...
Tuhan yang menjadikan segala-galanya, yang memiliki segala-galanya dan dia menyebut nama Tuhan itu
dengan penuh pengharapan, bagai seorang hamba kepada tuannya. Tuannya yang sebenar ... sambil
memejamkan mata dia pasrah kepada Tuhan menunggu saat-saat terakhir...
Tiba-tiba Jamal terasa dirinya terangkat laju ke atas, terasa sirip yang besar menyentuh badan hingga ke
mukanya. Jamal pun memaut sirip tersebut. Haiwan itu bergerak laju ke permukaan laut. Jamal menjadi
hairan apa yang sedang haiwan ini lakukan? Yang lebih menakjubkan, Jamal tak terasa pun dirinya
terancam... malah dia rasa kasih sayang.... Kasih sayang? Ya... betapa Maha Pengasih dan Penyayangnya
Tuhan... bagaimana haiwan yang terkenal ganas ni boleh menjadi seperti seekor kucing?Jinak, boleh
dibelai dan manja. Satu perkara yang melanggar hukum adat dan logik akal sedang berlaku. Sampai di
permukaan air, Jamal pun menarik nafas dalam-dalam sambil membuka matanya perlahan-lahan...
dilihatnya pantai dah terlalu hampir jaraknya.
Tiba-tiba jerung raksasa itu berhenti... Jamal pun melepaskan tangannya perlahan-lahan, jerung itu
beredar.... Hilang entah ke mana. Tidak jauh dari situ, Jamal dapat melihat sepasang kekasih sedang
berdua-duaan di atas pelampung... Serentak itu juga tiba-tiba satu lembaga muncul dengan mulutnya
yang terbuka luas menampakkan barisan-barisan gigi yang cukup mengerikan... lalu membaham
kedua-dua pasangan tersebut. Yang terdengar hanyalah jeritan, kemudian penyerang itu tidak
muncul-muncul. Yang ditinggalkannya hanyalah sepasang kaki dan beberapa potog jari... mungkin
sebagai amaran! Laut biru bertukar merah.
Jamal meninggalkan Australia dengan tanda tanya yang tidak mampu dia menjawabnya. Cuma yang
pasti, dia kini mendapat satu pengajaran dari pengalaman pelik dan ajaib itu, yakni adanya Tuhan dalam
hidup ini. Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang itu tidak pernah melupakan
hamba-hamba-Nya. Tapi hamba-hamba-Nya selalu melupakan-Nya. Apa yang dikehendakinya selama ini
telah pun diperolehi.
Apakah itu...? Itulah kebahagiaan... rupa-rupanya Tuhan merupakan puncak kebahagiaan, keselamatan
dan segala-galanya. Bagaimana dengan nama? Glamour? Perempuan? Harta? Bukankah semua ini yang
diburu oleh manusia, kononnya di situlah kebahagiaan. Tidak... tidak... Itu semua tidak pernah
membahagiakan manusia? Itu semua hanya menipu daya manusia. Jamal telah pun memperolehi itu
semua. Namun selama ini dia tidak pernah merasa bahagia dan puas. Hatinya sentiasa terasa
kosongKini, sekembali dari Australia, Jamal seperti orang baru. Tapi bukanlah alien pulak. Tapi manusia
yang ber`hati` baru. Tentu kita semua maklum, setiap manusia, yang menentukan kemanusiaannya
ialah hatinya. Baik hatinya maka baiklah manusia itu. Begitulah sebaliknya...

Pertama-tama kali yang dilakukan oleh Jamal ialah menziarahi makam kedua orang tuanya. Di sana dia
berdoa lama sekali sambil menitiskan air mata. Dia memohon keampunan untuk kedua-dua mereka. Dia
juga menyatakan azamnya untuk belajar bagi menambah ilmu agama terutamanya ilmu untuk
membaiki diri dan ilmu mengenal Tuhan. Hidayah dari Tuhan kepadanya itu tidak akan dipersia-siakan.
Sesungguhnya hidayah itu satu ANUGERAH yang amat mahal. Jamal amat merasakannya, lebih-lebih lagi
mengenangkan dirinya yang sudah lama hidup dalam kederhakaan dan maksiat. Dia tidak sanggup lagi
hidup tanpa Tuhan... Jamal ingin hidup bersama-sama Tuhan... kerana di situlah kebahagiaan dan
keselamatan.

Anda mungkin juga menyukai