Anda di halaman 1dari 2

Biarlah Anakku Mati......

Suatu hari seorang sahabat Rasulullah bernama Qais bin Assim hendak bersarapan. Jariahnya pun
membawa hidangan berupa daging panggang, makanan kegemaran orang-orang Arab.

Daging panggang yang dibawa oleh jariah itu masih tercucuk pada besi pembakarnya dan masih panas
lagi. Semasa jariah itu hendak meletakkan hidangan di hadapan tuannya, tiba-tiba tanpa disengajakan
daging panggang bersama besi pemegang itu terjatuh.
Kebetulan salah seorang anak Qais berada di situ dan besi itu menimpa ke atas dirinya. Ditakdirkan
Allah, anak itu meninggal dunia di situ juga. Ketakutan menyelinap dihati jariah itu hingga menggeletar
seluruh anggota badannya. Dialah penyebab kematian anak tuannya, walaupun dengan tidak sengaja.
Tambahan pula dia hanyalah seorang hamba sahaya.
Cuba bayangkan keadaan jariah itu di hadapan tuannya. Kalaulah ketika itu kita sebagai tuan jariah itu,
sudah tentu tindakan yang sewajarnya akan diambil akibat kecuaian orang gaji kita. Tetapi berlainan
sekali dengan sikap Qais bin Assim ketika itu. Dia dapat menerima keadaan itu dengan sabar dan
tenang, malah dapat berkata kepada jariahnya, "Janganlah engkau susah hati dan takut. Aku sudah pun
memaafkan engkau. Sesungguhnya matinya anakku ini dengan ketentuan Allah jua."
Dan dia menyambung, "Dan mulai saat ini aku merdekakan kamu."
Subhanallah...! Begitu mudah dia beri kemaafan. Bukan saja dimaafkan malah dia terus memerdekakan
hamba sahayanya itu.
Seorang sahabat bernama Annas bin Qais, pernah ditanya orang tentang sifatnya yang lemah lembut,
sopan santun, pemaaf dan sebagainya. "Tuan ini amat lemah lembut, sopan santun dan pemaaf, di
manakah tuan belajar itu semua?"
Lalu Annas pun menjawab, "Saya belajar daripada Qais bin Assim."
Bila Rahsia Sudah Terbongkar
14/05/2006
Abdullah Al Mubarak mempunyai seorang hamba. Dia berjanji, "Engkau akan aku bebaskan jika aku
dibayar seratus dinar."
Oleh kerana terlalu ingin dibebaskan maka hamba itu pun berjanji akan membayar secara
beransur-ansur setiap hari. Suatu hari sahabat Abdullah datang memberitahunya, "Hambamu itu pergi
ke kubur setiap hari dan mencuri kain kapan dan kemudiannya menjual kain kapan itu ke pasar."
Abdullah berasa marah dan bercadang untuk mengintai apakah benar dakwaan sahabatnya itu. Dia
pergi ke kubur dan dilihat hambanya ada di situ. Hambanya memakai kain yang kasar dan gelang besi di
lehernya. Hamba itu masuk ke dalam kubur , menangis, merayu dan berdoa sehingga pagi. Kemudian
hambanya menuju ke masjid.
Abdullah mengekori hambanya tanpa diketahuinya. Tiba di dalam masjid si hamba berdoa lagi: "Wahai
Tuhan! Tidak lama lagi aku akan membayar pendapatan harianku kepada tuan badanku ini."

Tiba-tiba datang satu cahaya kepadanya. Cahaya itu datang ke arah tapak tangannya dan terus bertukar
menjadi wang. Semasa beliau hendak bangun dan membayar harga tebusannya dirinya itu kepada
Abdullah, tiba-tiba Abdullah keluar dari tempat persembunyiannya, lalu memanggil hambanya, "Dari
hari ini marilah kita bertukar, engkau jadi tuan, aku jadi hamba."
Si hamba itu pun menjawab, "Sekarang rahsia aku telah terbongkar, maka aku tidak mahu hidup lagi."
Dengan serta merta hamba itu pun meninggal dunia.Beliau pun dikebumikan dengan pakaian yang
kasar.Pada malam itu Abdullah bermimpi bertemu Rasulullah,lalu berkata,
" Abdullah,adakah patut kamu kebumikan orang yang kami kasihi dengan pakaian yang kasar itu."

Anda mungkin juga menyukai