Anda di halaman 1dari 3

KISAH ISRAK DAN MIKRAJ DARI HADITH SAHIH

Nabi s.a.w berkata : “Telah dibuka atap dan bumbung rumahku sedangkan ketika itu aku
berada di Mekah, maka turunlah Jibril a.s dan telah dibukakan dadaku (dari lubang leher dada hingga
ke bahagian atas dada hingga ke bahagian tumbuhnya bulu kemaluan dan dikeluarkan jantungku),
kemudian ia membasuhnya dengan air zamzam, kemudian datangnya ia dengan bekas dari emas
yang dipenuhi hikmah dan iman, dan ia pun mengisi kesemuanya di dalam dadaku, dan kemudian
menutupnya semula. kemudian, aku didatangkan dengan seekor buraq dan ia seekor tunggangan
bewarna putih, panjang, besar sedikit dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. ia merendahkan
tubuhnya sehingga perut buraq tersebut mencapai hujungnya. maka aku segera menungganginya
sehingga sampai ke Baitul Maqdis. kemudian aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang
biasa dilakukan oleh para Nabi. sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan solat
sebanyak 2 rakaat. setelah selesai aku terus keluar, tiba-tiba aku didatangi Jibril dengan membawa
semangkuk arak dan semangkuk susu. dan aku pun memilih susu. lalu Jibril berkata ; “kamu telah
memilih fitrah”. lalu Jibril membawaku naik ke langit. ketika aku dimi’rajkan, aku melewati suatu
kaum yang kuku mereka terbuat dari tembaga, kuku itu mereka gunakan untuk mencakar muka dan
dada mereka. aku lalu bertanya, Wahai Jibril, siapa mereka itu? Jibril menjawab, mereka itu adalah
orang yang makan daging manusia (ghibah) dan merosak kehormatan mereka. ketika Jibril meminta
agar dibukakan pintu, maka ditanyakan, Siapakah kamu? jibril menjawab, jibril. ditanyakan lagi, siapa
yang bersamamu? jibril menjawab, Muhammad. jibril ditanya lagi, apakah dia telah diutus? jibril
menjawab, ya, dia telah diutus. maka dibukalah pintu untuk kami. ketika itu, ada seseorang yang
sedang duduk, di sebelah kanan orang itu ada sekelompok manusia begitu juga di sebelah kirinya.
apabila dia melihat kepada sekelompok orang yang di sebelah kanannya ia tertawa dan bila melihat
ke kirinya ia menangis. lalu orang itu berkata, selamat datang nabi yang soleh dan anak yang soleh,
maka aku berkata kepada Jibril, siapakah dia? Jibril menjawab, dialah Adam a.s dan orang-orang
yang ada di sebelah kanan dan kirinya adalah ruh keturunannya. mereka yang ada di sebelah
kanannya adalah para ahli syurga dan di sebelah kirinya adalah ahli neraka. jika dia memandang
sebelah kanannya dia tertawa dan bila memandang sebelah kirinya dia menangis. kemudian aku
dibawa menuju langit kedua. ketika Jibril meminta agar dibukakan pintu, maka ditanyakan, Siapakah
kamu? jibril menjawab, jibril. ditanyakan lagi, siapa yang bersamamu? jibril menjawab, Muhammad.
jibril ditanya lagi, apakah dia telah diutus? jibril menjawab, ya, dia telah diutus. maka dibukalah pintu
untuk kami. Tiba-tiba aku bertemu dengan Isa bin Maryam dan yahya bin zakaria, mereka berdua
menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Lalu baginda memberi gambaran tentang Nabi
Isa. Ternyata dia berwajah dan berperawakan sedang, berkulit merah, seakan-akan baru keluar dari
bilik mandi. Beliau seakan-akan iras Urwah bin Mas’ud As-Saqafi. kemudian aku dibawa menuju
langit ketiga. ketika Jibril meminta agar dibukakan pintu, maka ditanyakan, Siapakah kamu? jibril
menjawab, jibril. ditanyakan lagi, siapa yang bersamamu? jibril menjawab, Muhammad. jibril ditanya
lagi, apakah dia telah diutus? jibril menjawab, ya, dia telah diutus. maka dibukalah pintu untuk kami.
tiba-tiba aku bertemu dengan nabi yusuf a.s. ternyata dia telah dikurniakan dengan kedudukan yang
sangat tinggi. dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. kemudian aku dibawa
menuju ke langit keempat. ketika Jibril meminta agar dibukakan pintu, maka ditanyakan, Siapakah
kamu? jibril menjawab, jibril. ditanyakan lagi, siapa yang bersamamu? jibril menjawab, Muhammad.
jibril ditanya lagi, apakah dia telah diutus? jibril menjawab, ya, dia telah diutus. maka dibukalah pintu
untuk kami. tiba-tiba aku bertemu dengan nabi idris a.s. dia terus menyambutku dan mendoakan
aku dengan kebaikan. Allah berfirman : “Dan Kami telah mengangkatnya ke tempat yang tinggi
darjatnya”. Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. ketika Jibril meminta agar dibukakan pintu, maka
ditanyakan, Siapakah kamu? jibril menjawab, jibril. ditanyakan lagi, siapa yang bersamamu? jibril
menjawab, Muhammad. jibril ditanya lagi, apakah dia telah diutus? jibril menjawab, ya, dia telah
diutus. maka dibukalah pintu untuk kami. tiba-tiba aku bertemu dengan Nabi Harun a.s, dia terus
menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. aku dibawa lagi naik ke langit keenam. ketika
Jibril meminta agar dibukakan pintu, maka ditanyakan, Siapakah kamu? jibril menjawab, jibril.
ditanyakan lagi, siapa yang bersamamu? jibril menjawab, Muhammad. jibril ditanya lagi, apakah dia
telah diutus? jibril menjawab, ya, dia telah diutus. maka dibukalah pintu untuk kami. tiba-tiba aku
bertemu dengan Nabi musa a.s, dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Lalu
Nabi memberikan gambaran tentangnya, ternyata dia seorang lelaki yang sedang tinggi, berambut
ikal seolah-olah dari kabilah Syanuah. tiba-tiba dia menangis dengan kuat, maka aku berkata: apa
yang menjadikan kamu menangis sebegini? maka dia berkata aku menangis kerana seorang pemuda
yang diutuskan selepas aku masuk syurga dengan umatnya lebih banyak dari umatku. kemudian aku
dibawa ke langit ketujuh. ketika Jibril meminta agar dibukakan pintu, maka ditanyakan, Siapakah
kamu? jibril menjawab, jibril. ditanyakan lagi, siapa yang bersamamu? jibril menjawab, Muhammad.
jibril ditanya lagi, apakah dia telah diutus? jibril menjawab, ya, dia telah diutus. maka dibukalah pintu
untuk kami. tiba-tiba aku bertemu dengan nabi Ibrahim a.s. dia sedang berada dalam keadaan
menyandar di baitul makmur. Dan baginda menyatakan bagindalah keturunannya yang paling mirip
dengan Nabi Ibrahim. keluasannya setiap hari boleh dimasuki 70,000 malaikat. setelah keluar,
mereka tidak kembali lagi kepadanya. dan aku melihat malaikat malik penjaga neraka dan dajjal. dan
aku telah melihat jibril mempunyai 600 sayap membentang yang bulunya dihiasi dengan mutiara
dan permata. (Baginda pernah berkata ternyata Jibril memiliki kemiripan dengan Dahyah bin
Khalifah). kemudian aku dibawa hingga sampai ke suatu tempat yang aku dapat mendengar suara
pena yang menulis. kemudian Allah mewajibkan kepada umatku 50 solat. maka aku pun pergi
membawa perintah itu hingga aku berjumpa dengan musa. lalu ia bertanya, apa yang Allah
perintahkan untuk umatmu? aku menjawab, difardukan 50 solat. ia berkata, kembalilah kepada
Tuhanmu, maka sesungguhnya umatmu tidak akan sanggup. maka aku pun kembali dan Allah
mengurangi setengahnya. aku kemudian kembali menemui musa dan aku katakan bahawa Allah
telah mengurangi setengahnya. tapi ia berkata, kembalilah kepada Tuhanmu, maka sesungguhnya
umatmu tidak akan sanggup. maka aku kembali menemui Allah, Allah berfirman, “5 ini adalah
sebagai pengganti dari 50”. dan jika mereka berniat melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya,
nescaya akan dicatat untuknya satu kebaikan. jika dia melaksanakannya, maka dicatat 10
kebaikannya. sebaliknya, jika mereka berniat melakukan kejahatan tetapi tidak membuatnya,
nescaya tidak dicatat baginya satu pun. lalu dia mengerjakannya, maka dicatat sebagai satu
kejahatan baginya. aku turun hingga sampai kepada nabi musa, lalu aku memberitahunya, dia masih
saja berkata, kembalilah kepada tuhanmu, mintalah keringanan. aku menjawab, aku terlalu banyak
berulang-ulang kembali kepada tuhanku sehingga menyebabkan ku malu kepada Nya. dan telah
diberi Rasulullah s.a.w ayat-ayat penutup surah Al Baqarah dan diampuni dosa-dosa besar milik
orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun dari kalangan umat baginda. Kemudian
sidratul muntaha diangkat/ dinampakkan kepadaku yang ternyata buahnya seperti tempayan daerah
Hajar dengan daunnya seperti telinga-telinga gajah. Jibril a.s berkata : “ini adalah sidratul muntaha”.
ternyata di dasarnya ada empat sungai, dua sungai bathin, dan dua sungai zahir. aku bertanya :
“apakah ini wahai jibril? jibril menjawab : “adapun dua sungai bathin adalah dua sungai yang berada
di syurga, sedangkan dua sungai zahir adalah nil dan furat. baginda bersabda : ketika baginda
menaikinya dengan perintah Allah, maka sidrah muntaha berubah yang diselimuti dengan warna
warni yang aku tidak tahu benda apakah itu. tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu
menggambarkan keindahan kerana indahnya. kemudian aku dimasukkan ke dalam syurga, ternyata
di dalamnya banyak kubah tebuat dari mutiara dan tanahnya dari minyak kasturi. diperlihatkan
kepada mereka berdua melihat syurga dan semua peristiwa akhirat. kemudian mereka pulang ke
tempat semula mereka pergi. pada malam aku diisrakkan, keesokkan paginya aku berada di mekah,
lalu aku merasa tertekan dengan perkaraku dan aku tahu bahawa orang-orang akan mendustakanku.
lalu beliau duduk menyendiri dengan kesedihan. ibnu abbas berkata: lewatlah abu jahal, musuh allah
datang hingga duduk dekat beliau, kemudian ia bertanya kepada beliau dengan nada mengejek, ada
sesuatu yang terjadi? maka rasulullah s.a.w bersabda, ya. ia bertanya, apa itu? beliau menjawab, aku
telah diisrakkan malam tadi. ia bertanya, ke mana? beliau menjawab, ke baitul maqdis. ia bertanya
lagi, kemudian pagi ini engkau telah berada di tengah-tengah kami? beliau menjawab, ya. ibnu abbas
berkata, abu jahal tidak memperlihatkan bahawa dirinya mendustakan beliau khawatir beliau
menolak menceritakannya, bila ia memanggil kaumnya kepada beliau, abu jahal berkata : bagaimana
menurutmu jika aku memanggil kaummu lalu engkau ceritakan kepada mereka apa yang telah
engkau ceritakan kepadaku? beliau menjawab, ya. maka abu jahal berseru, wahai sekalian bani kaab
bin luai, maka majlis menjadi membludak dan mereka pada datang dan berkerumun di sekeliling dua
orang tersebut, kemudian abu jahal berkata, ceritakan kepada kaummu seperti apa yang telah
engkau ceritakan kepadaku. maka rasulullah s.a.w bersabda, sesungguhnya aku diisrakkan malam
tadi. mereka bertanya ke mana? beliau menjawab, ke baitul maqdis. mereka berkata, kemudian
kamu pagi-pagi sudah berada di tengah-tengah kami? beliau menjawab, ya. ibnu abbas berkata, di
antara mereka ada yang bertepuk tangan dan ada juga yang meletakkan tangannya di kepala kerana
terkesima dan sebagai bentuk pendustaan mereka terhadap apa yang diklaim (Rasulullah s.a.w),
kemudian mereka berkata : apakah kamu bisa memberikan gambaran kepada kami tentang kondisi
masjid? dan di antara kaum ada yang telah mengadakan perjalanan ke negeri tersebut dan telah
melihat masjid. rasulullah s.a.w menuturkan, maka akupun mensifati masjid dan aku masih tetap
memberikan gambaran sampai akhirnya beberapa gambaran menjadi samar bagiku, beliau
melanjutkan: kemudian didatangkan pemandangan masjid (dihadapanku) sehingga aku dapat
melihatnya, sampai-sampai tempat sebelum dar Iqal atau Uqail dapat aku gambarkan dan aku dapat
melihatnya. beliau melanjutkan, dan aku meski dapat menggambarkan kondisi masjid, tetapi aku
tidak dapat menghafalnya. ibnu abbas berkata: maka kaum itu akhirnya berkata : demi Allah,
penggambaran dia (terhadap masjid) sangatlah tepat.

Anda mungkin juga menyukai