Anda di halaman 1dari 8

CARA BERSAHABAT DENGAN JIN

BAB2
BERSAHABAT DENGAN DENGAN JIN
CARA BERSAHABAT DENGAN JIN
Bagaimanakah cara yang sebaik-baiknya untuk bersa-habat dengan jin? Ada orang
yang mengatakan, cara untuk bersahabat dengan jin ialah melalui pertapaan 40 hari 40
malam tidak makan dan tidak minum. Sebahagian lagi ada yang mengatakan naik ke
puncak bukit ataupun masuk ke tengah hutan seorang diri sambil menyebut-nyebut
nama jin. Ada pula yang mengatakan dengan cara mem-bakar kemenyan dan melalui
upacara jampi serapah. Ke-semua cara ini ada dilakukan orang sama ada berjaya
ataupun tidak.

Lagi pun, jin itu sebenarnya yang lebih takut


kepada manusia berbanding takutnya manusia
kepada jin
Bagaimanapun Islam tidak membenarkan cara-cara tersebut, kerana ia justeru akan
memesongkan akal fikiran manusia di samping tidak ada manfaatnya sedikit pun. Lagi
pun, jin itu sebenarnya yang lebih takut kepada manusia berbanding takutnya manusia
kepada jin sebagai-mana yang dijelas-kan oleh Imam Mujahid:
"Sesungguhnya jin-jin itu sama takut kepada manusia seba-gaimana manusia itu takut
kepada jin." Imam Harun bin Abdullah Al-Bazar pernah meriwayatkan suatu kisah yang
dialami Abu Syura'ah, katanya:
"Pada suatu malam Syeikh Yahya bin Al-Jazzat melihat aku sedang ketakutan,
sehingga aku tidak berani memasuki lorong. Maka beliau berkata, "Sesungguhnya
sesuatu yang kamu takuti itu lebih takut kepadamu." Ada riwayat lain oleh Ishak bin
Ibrahim dari Muhammad bin Jabir dan Hamad dari Mujahid, kata-nya:

"Jin itu lebih takut kepada manusia berbanding


takutmu kepada jin. Oleh itu bila kamu diganggu
jin, maka janganlah kamu lari. Sebab bila
engkau lari ketakutan, maka jin itu akan
menjadikan dirimu sebagai kenderaan-nya."
Oleh itu jelaslah bahawa jin sebenarnya takut kepada manusia. Untuk lebih jelasnya
berikut adalah beberapa kete-rangan Al-Qur'an berhubung dengan tunduknya jin
kepada manusia.
"Dan Kami telah tunduk-kan (kepada Sulaiman) sego-longan syaitan-syaitan yang
menyelam (ke dasar laut) untuk mengerjakan perintahnya; dan adalah Kami meme-
lihara mereka iiu. " (Al-Anbiya': 82).

"Dan dihimpunkan untuk Sulaiman tenterany a


dari jin, manusia dan burung, lalu mereka itu
berbaris dengan tertib." (An-Naml: 7).
"Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di bawah kekuasaan (Sulaiman) dengan izin
Tuhannya. Dan sesiapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami
rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala. Jin-jin itu membuat untuk
Sulaiman apa \ang dikehendakinya dari bangunan-bangunan yang tinggi danpatung-
patung dan periuk yang tetap (berada di atas tungku). Bekerjalah hai keluarga Daud
untuk ber-svukur." (Saba: 12-13).

Setelah dibuka, ternyata isinya adalah jin yang


terus menyatakan taubatnya kepada Nabi
Sulaiman yang menghukumnya
Imam Syakir menulis di dalam kitab Al-Ajaib yang bersumber dari Sufyan bin Abdullah
bahawasanya Umar bin Abdul Aziz bertanya kepada Musa bin Nashir mengenai suatu
kisah ganjil yang terjadi di lautan. Kisah tersebut adalah sebagai berikut:

"Kami pernah dilantik sebagai panglima perang ke suatu pulau. Di sana terdapat
sebuah rumah yang di dalaranya terdapat tujuh belas bejana besar yang tertutup dan
ada cap yang dapat dipastikan cap Nabi Sulaiman. Aku perintahkan emf»at buah
bejana yang dibawa manakala yang satu dilubangi untuk mengetahui benda apa yang
berada di dalamnya. Setelah dibuka, ternyata isinya adalah jin yang terus menyatakan
taubatnya kepada Nabi Sulaiman yang menghukum-nya. Jadi jin itu belum tahu kalau
yang berada di luar itu bukan Nabi Sulaiman melainkan Musa bin Nashir.

Setelah jin itu keluar dan melihat bahawa Nabi Sulaiman berserta kera-jaan dan
istananya sudah musnah, maka dengan gembira sekali jin itu pergi me-ninggalkan
tempat itu. Ke-mudian bejana yang lain ku-perintahkan agar dikemba-likan semula ke
tempat asalnya."

Berdasarkan keterangan tersebut jelaslah bahawa dalam sejarah, manusia bukan saja
telah bersahabat dengan jin malahan berjaya menun-dukkan jin malahan syaitan,
dengan izin Allah. Bersahabat dengan jin bukan hanya terhad di kalangan Nabi saja,
melainkan di kalangan orang-orang biasa juga berlaku persahabatan antara dua
makhluk yang berlainan jenisnya ini.

Pengarang kitab Al-Hawatif menceritakan yang bersumber dari Muhammad bin c Amr
bin Al-Hakam, katanya: "Pada suatu hari saya berada di sebuah kolam bersama Amr
bin Malik dan anak gadisnya. Lelaki itu berkata kepada anaknya, "Hai anakku,
ambilkanlah aku air dari dalam kolam itu." Gadis itu segera melaksanakan perintah
ayahnya tetapi di tengah jalan dia bertemu dengan jin dan segera melarikan gadis itu.
Ayah si gadis bersama penduduk kampung mencari ke lereng-lereng gunung tetapi
tidak berjaya menemukan jejak gadis itu. Semasa Umar bin Khattab menjadi khalifah,
gadis yang hilang itu muncul semula. Setelah disoal oleh ayahnya, gadis itu menjelas-
kan bahawa jin telah me-nangkapnya dan membawa-nya pergi ke perkampungan jin
dan tinggal di situ dalam tempoh yang agak lama. Sebelum ia dibebaskan oleh jin,
makhluk halus itu me-ninggalkan pesan kepadanya agar menghubungi-nya bila
memerlukan bantuan. Akhirnya ayah gadis itu meni-kahkan anaknya ke-pada seorang
pemuda di kampung itu. Tetapi pada suatu hari terjadi pertengkaran antara kedua
suami isten itu. Maka wa-nita itu segera me-manggil jin yang per-nah menjadi sahabat-
nya itu. Terdengarlah suara tanpa rupa:

Suara: Hai golongan Bani al-Haris, jadilah kamu ke-luarga yang rukun dan damai.
Pemuda: Hai, kami mendengar suara tetapi kami tidak melihat rupa. Suara: Saya
adalah jin dan pernah bersama-sama tinggal dengan isterimu. Demi Allah, aku sama
sekali tidak pernah berbuat haram kepadanya. Jika engkau mcnyakitinya, pasti akan
kutusuk matamu.

Gadis itu menjelaskan bahawa jin telah


menangkapnya .dan membawanya pergi ke
perkampungan jih dan tinggal di situ dalam
tempoh yang agak lama
Pemuda: Cuba nampak Nabi Sulaiman boleh menunkan wujudmu kepada kami supaya
kami dapat membalas budi baikmu itu. Suara: Nenek moyang kami dahulu pernah
berdoa kepada Allah agar kami dapat melihat tetapi tidak dapat dilihat, dapat berjalan
dan terbang di bumi, dan yang terakhir agar orang-orang tua dari kalangan kami
dikemba-likan muda semula.

Dengan itu jelaslah bahawa gadis itu telah bersahabat dengan jin dalam masa yang
cukup lama dan dapat meminta bantuan kepada jin bila-bila masa yang diperlukan.
Cuma tidak diceritakan bagaimana cara-nya gadis itu bersahabat dengan jin.

DOA MENUNDUKKAN JIN


Sayid Abdullah al-Husain menjelaskan di dalam kitabnya Al-Hijab bahawa Nabi
Sulaiman boleh menundukkan jin berkat doanya:

"Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak
dimiliki oleh seorang jua pun sesudahku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha
Pemberi." (Shaad: 35).
Ayat inilah yang dikata-kan sebagai ayat untuk menaklukkan ataupun bersahabat
dengan jin sebagaimana ianya digunakan oleh Nabi Sulaiman. Malahan ada ulama
yang mengatakan bahawa ayat mi apabila diamalkan dengan betul tanpa tujuan-tujuan
tertentu, akan dapat menjadikan jin mengikuti arahan kita.

Masalahnya ialah ada sesetenngah jin yang bersifat degil kerana menganggap taraf
ataupun tingkat ketakwaan kita kepada Allah masih berada di bawah mereka.
Sedangkan bagi jin-jin yang bodoh. mereka mudah di-arahkan mengikuti selera dan
kemahuan "tuan'nya. Maka kejadiam-kejadian pelik dan luar biasa seperti ilmu kebal,
ilmu pengasih mengubati orang dengan jampi serapah dan Lain-lain keanihan adalah
disokong oleh makhluk halus dan kalang jin
Bagaimanapun bodoh jin itu, mereka tetap dapat menyesatkan manusia walaupun
dengan kadar pe-nyesatan yang kecil. Seku-rang-kurangnya di kalangan tukang-tukang
sihir dan bo-moh yang jahil serta mereka yang mempercayai jalan ini. Begitu pula
mereka yang lemah iman dan cetek ilmu agama, akan mudah terkena pengaruh sihir
dan akan menanggung sakit yang berpunca daripada perbuatan sihir dan gangguan jin.

"Kami ditangkap oleh jin dan dijadikan seolah-


olah barang mainan. Tetapi setelah engkau
membaca ayat Al-Qur'an dengan keras tadi,
mereka segera melepaskan kami dan lari"
AYAT-AYAT AL-QUR'AN MELAWAN JIN
Diriwayatkan sebuah peristiwa yang dialami oleh Abu Khalid Al-Walidy bersumberkan
Ishak bin Ismail dan Malik bin Al-Haris, kata-nya: "Aku pernah di-utus oleh kaumku
untuk mengadap Sayidina Umar di Madinah. Pada waktu itu isteri dan anak-anakku
turut bersamaku.'Di tengah jalan kami berehat manakala isteri dan anak-anakku berada
di sebuah rumah di belakangku. Tiba-tiba aku mendengar jeritan kanak-kanak yang
disertai dengan suara gemuruh yang aneh. Aku segera membaca beberapa ayat Al-
Qur'an dengan suara keras. Setelah itu aku mendengar ada beberapa benda yang
jatuh.

"kami
Maka kutanyakan kepada isteriku apa yang telah berlaku. Jawabnya,

ditangkap oleh jin dan dijadikan seolah-olah


barang mainan. Tetapi setelah engkau membaca
ayat Al-Qur'an dengan keras tadi, mereka
segera melepaskan kami dan lari."
Dalam kitab Al-Funun diceritakan, ada sebuah rumah di Iraq yang sangat misteri di
mana orang yang tinggal di rumah itu akan mati pada pagi harinya. Pada suatu hari
ada. seorang lelaki alim yang setiap hari membaca Al-Qur'an, menyewa rumah itu. Para
jiran mulai meramalkan kematian lelaki itu. Tetapi apa yang terjadi? Keesokan harinya
lelaki itu tenyata masih hidup. Maka bertanyalah para jiran kepada lelaki berkenaan
gerangan ilmu apa yang dimilikinya. Lelaki itu menjawab:
"Pada waktu malam aku sentiasa solat dan membaca Al-Qur'an. Tiba-tiba ada seorang
pemuda yang muncul dari dalam perigi sambil mengucapkan salam kepadaku. Aku pun
segera menjawab salamnya dengan agak ketakutan. Pemuda itu berkata, "Hai laki-laki,
engkau jangan takut kepadaku. Tolonglah aku, dan ajarilah aku sesuatu dari Al-Qur'an."
Lalu dengan segera aku mengajarkannya dan bertanya kepada pemuda itu mengenai
Kami adalah
kejadian-kejadian pelik di rumah itu. Dia menjawab, "

golongan jin Muslim. Kami sering membaca Al-


Qur'an dan solat. Tetapi rumah ini justeru didiami
oleh orang-orang fasik yang gemar minum arak
dan mabuk-mabukan. Maka kami cekik para
penghuninya yang fasik itu, dan pada pagi
harinya didapati oleh para jiran telah mati."
Kisah-kisah di atas menunjukkan kehandalan ayat-ayat Al-Qur'an dalam menundukkan
dan melawan jin. Ayat-ayat Al-Qur'an yang biasanya digunakan untuk menundukkan jin
adalah sebagai berikut:

"Jangan kamu jadikan rumahmu seperti kuburan,


dan sesungguhnya rumah yang di dalamnya
dibacakan Surah Al-Baqarah, maka syaitan pasti
tidak berani mendekat."
1. Ayat Kursi
Abul Qasim meriwa-yatkan yang bersumberkan Ubai bin Ka'ab, bahawa ayahnya ada
bercerita mengenai stor tempat menyimpan buah-buah yang terletak tidak jauh dari
rumahnya. Setiap hari stor itu dijaga namun setiap hari pula ada saja barang-barang
yang hilang. Pada suatu malam ia mengelilingi stor itu dan menjumpai seekor haiwan
yang kecil dan aneh bentuk-nya. la bertanya kepada haiwan itu, "Apakah engkau
manusia atau jin?" Haiwan itu mengakui bahawa dirinya adalah jin. Ditanyanya lagi,
"Mengapa engkau mencuri harta milikku?" Jawabnya, "Telah sampai berita kepa-daku
bahawa engkau adalah orang yang suka bersedekah.
Aku ingin sekali mendapat bahagian dari sedekahmu itu." Maka ditanyanya lagi,
"Ayat
"Apakah yang dapat menyela-matkan kami dari gangguanmu?" Jawab jin itu,

Kursi yang terdapat di dalam Surah Al-Baqarah


ayat 255." Pada pagi harinya Ka'ab datang ke rumah Nabi s.a.w. dan
menceritakan kejadian tersebut. Rasulullah membenarkan ucapan jin itu. Hadis ini juga
diriwayatkan oleh Al-Hakim dalam kitabnya "Al-Mustadrak."

2. Bismillah
Imam At-Tirmizi meri-wayatkan hadis yang ber-sumberkan Malik bin Hamzah bin Abi
Usaid, katanya: "Pada suatu hari Abi Usaid memungut hasil kebun-nya dan
disimpannya di suatu tempat. Tiba-tiba ada jin yang berbuat jahat dan mencuri-nya, lalu
Abu Usaid melapor-kan kejadian itu kepada Rasulullah. Jawab Nabi, "Itu adalah jin
jahat yang selalu keluar malam untuk meng-ganggu manusia. Oleh itu dengarkanlah
gerakan jin itu, kemudian bila engkau telah mengetahui akan kedata-ngannya, maka
bacalah "Bismillahir Rahmaanir Rahim."
Ternyata apa yang di-ajarkan Rasulullah kepada Abi Usaid adalah berkesan sehingga
jin itu lari tonggang-langgang.

3. Ta'awuz
Allah s.w.t. berfirman: "Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan syaitan, maka
berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui." (Al-A'raf: 200). Dalam hadis-hadis dise-butkan. memohon perlindu-ngan
Allah dan pengaruh dan godaan jin atau syaitan adalah dengan cara membaca "A'uzu
billahi minas syaithaanir rajim."

4. Surah Al-Falaq dan An-Nas


Imam At-Tirmizi meri-wayatkan hadis dari Al-Jarir dari Abu Nadharah yang diterimanya
dari Abu Said al-Khudn. katar. "Rasulullah selalu memohon perlindungan kepada Allah
dan godaan dan pengaruh jin dengan membaca Surah Al-Falaq dan An-Nds."

5. Surah Al-Baqarah
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Suhail dari ayahnya dari Abu Hurairah
bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Jangan kamu jadikan rumahmu seperti kuburan,
dan sesungguhnya rumah yang di dalamnya dibacakan Surah Al-Baqarah, maka
tan pasti tidak berani mendekat."

6. Akhir Surah Al-Baqarah


Membaca akhir Surah Al-Baqarah adalah meringan-kan kaum Muslimin yang tidak
mampu membaca Surah Al-Baqarah secara keselu-ruhan. Maka baginya cukup dengan
membaca sebahagian dari Surah tersebut, iaitu dua ayat yang paling akhir sesuai
dengan hadis berikut.
Daripada Ibnu Mas'ud Al-Ansari yang diriwayatkan oleh Abu Dawud bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda: "Barangsiapa membaca dua ayat dari akhir Surah Al-Baqarah pada
suatu malam, maka dua ayat itu sudah mencukupinya." Dalam hadis lain yang
diriwayatkan Al-Hakam dari Abu Zar bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah menutup Surah Al-Baqarah dengan dua
ayat yang diberikan kepadaku dari gedung rahmat-Nya yang berada
di bawah 'Arasy, maka pelajarilah dua ayat itu dan ajarkanlah
kepada isteri dan anak-anakmu, kerana dua ayat itu merupakan
rahmat."

7. Ayat "Hamim" Al-Mukmin


At-Tirmizi meriwayatkan daripada Abdurrahman bin Abi Bakar yang diterimanya
daripada Abu Hurairah bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa membaca
Surah Hamim Al-Mukmin sehingga kalimat "Ilaihi Mashir" dan ayat Kursi pada waktu
pagi, maka akan selamat hingga ke petang. Dan barangsiapa membaca keduanya
pada waktu petang, maka akan selamat hingga pagi."

8. Zikir
Hadis daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa
membaca "Laa Illaaha Illallaahu Wahdahu Laa syarikalah Lahul Mulku Walahul Hamdu
Wa Huwa 'Alaa Kulli Syai'in Qadir" sebanyak seratus kali, 'maka orang itu setaraf
dengan orang yang membebaskan sepuluh hamba dan ditulis baginya seratus
kebajikan dan dihapuskan baginya seratus keburukan serta bacaan itu sebagai perisai
bagi syaitan pada hari itu hingga ke petang.

9. Mengambil Air Sembahyang dan Solat


Air sembahyang dan solat adalah dua senjata yang sanggup menghalangi penga-ruh
dan gangguan jin. Orang yang sentiasa tidak pernah tinggal air sembahyangnya maka
orang tersebut akan terhindar dari sebarang perbuatan buruk sama ada yang berasal
daripada jin mahupun manusia. Kekuatan air sembahyang juga mampu meredakan
kemarahan sebagaimana hadis Nabi s.a.w.:
"Jika kamu sedang marah, pergilah ambil air sembahyang."
Sebab marah itu adalah sifat syaitan. Syaitan dicip-akan daripada api, sedang api )ila
disiram air akan mati, terutama air sembahyang. *

Air sembahyang dan solat adalah dua senjata


yang sanggup menghalangi pengaruh dan
gangguan jin. Orang yang sentiasa tidak pernah
tinggal air sembahyangnya maka orang tersebut
akan terhindar dari sebarang perbuatan buruk
sama ada yang berasal daripada jin mahupun
manusia

Anda mungkin juga menyukai