Anda di halaman 1dari 16

01 Sarang Lebah (Mudah)

Lebah tersebut dalam perjalanan pulang untuk memberi makan kepada larva. Lebah tersebut mahu
menggunakan jalan yang paling singkat untuk sampai ke sana.

Soalan

Selesaikan urutan arahan untuk membantu lebah tersebut.


02 Jeremy di dalam bas (Easy)

Kanak-kanak sedang bermain permainan robot – Jeremy merupakan sebuah robot dan dia hanya
mendengar arahan tersebut : ke hadapan, kiri, kanan. Jika dia terdengar arahan ke hadapan dia akan
berjalan lurus ke hadapan sehingga dia terlanggar apa sahaja halangan (bangunan, pagar, belukar).
Jika kanak-kanak tersebut menyebut kiri, Jeremy akan pusing ke kiri tetapi tidak akan bergerak.
Sekiranya kanak-kanak tersebut menyebut kanan, Jeremy akan pusing ke kanan tetapi tidak akan
bergerak. Jeremy berada di kiri bawah taman permainan dan menghadap ke kafeteria. Kanak-kanak
tersebut mahu memberi arahan kepada Jeremy sehingga sampai ke belukar yang terletak di kanan
atas penjuru taman permainan.

Soalan

Susunan manakah yang perlu kanak-kanak tersebut beri kepada Jeremy untuk pergi ke belukar?

a) Hadapan, kanan, hadapan, kiri, hadapan, kanan, hadapan, kiri, hadapan

b) Kanan, hadapan, kiri, hadapan, kiri, hadapan

c) Kanan, hadapan, kiri, hadapan, kanan, hadapan, kanan

d) Hadapan, kanan, hadapan, kiri, hadapan, kiri, hadapan, kiri, hadapan


03 Mesin Rantai (Mudah)

Jane mahukan rantai baru seperti di bawah :

Jane mempunyai mesin yang perlu ditetapkan sendiri dengan susunan manik yang boleh
menghasilkan rantai.

Soalan

Bina susunan manik yang perlu Jane masukkan sekiranya dia mahu rantai yang sama seperti di atas :
04 Di Dalam Hutan (Sederhana)

Rupert pergi berjalan di dalam hutan. Dia memilih jalan dan di penghujungnya dia menjumpai seekor
anjing.

Soalan

Pokok manakah yang telah Rupert lalui sepanjang jalan? Pokok-pokok tersebut telah disusun
mengikut turutan yang dilihat oleh Rupert.
05 Ladybug Dotty (Sederhana)

Ladybug Dotty berjalan daripada bawah kiri penjuru ke atas penjuru kanan. Dia perlu memijak pada
petak bunga dan air yang sama bilangan.

Dalam gambar di atas, dia bergerak mengikut arahan tersebut : 2R, 3U, 2R, 1U

R – ke kanan

U – ke atas

Nombor yg berada di hadapan kod arahan bermaksud berapa kali Dotty bergerak dalam arah
tersebut.

Soalan

Yang mana satu daripada empat arah tersebut yang membawa Dotty daripada sudut bawah kiri ke
sudut atas kanan dengan memijak pada nombor petak bunga dan air yang sama?

a) 1U, 3R, 2U, 1R, 1U

b) 3R, 3U, 1R, 1U

c) 1U, 1R, 3U, 3R

d) 1R, 2U, 1R, 1U, 2R, 1U


06 Rotatiom Tool (Sederhana)

Terdapat alat putaran di dalam komputer.

Jika anda memilih gambar dan menggunakan

alat tersebut, gambar akan pusing arah jam

(lihat gambar). Anda boleh menggunakan

alat tersebut beberapa kali pada satu gambar.

Soalan

Manakah antara kepingan puzzle A, B, C D yang tidak mungkin didapati daripada kepingan
puzzle X dengan menggunakan alat putaran?
07 Isyarat Api (Susah)

Pada zaman dahulu di Jepun, sesetengah ninja berkhidmat dibawah kerajaan Shogun. Pada
waktu kecemasan, mereka menggunakan isyarat asap untuk berkomunikasi di antara satu
sama lain.

Pada gambar di atas, titik merah tersebut merupakan lokasi Kerajaan Shogun. Setiap titik biru
adalah lokasi di mana isyarat asap akan dinyalakan. Seterusnya, dua titik juga akan
disambungkan dengan garisan sekiranya isyarat asap tersebut boleh dilihat daripada satu
sama lain. Di setiap titik, terdapat beberapa ninja yang berdiri sepanjang hari. Mereka
menyalakan asap apabila mereka melihat isyarat daripada titik yang bersambung dengan
mereka selepas 1 minit isyarat tersebut dinyalakan.

Soalan

Berapa minit yang diambil untuk kesemua isyarat dinyalakan di setiap titik?

a. 4 minit

b. 5 minit

c. 6 minit

d. 8 minit
08 Pokok yang Tertinggi (susah)

Peta tersebut menunjukkan pokok-pokok di dalam Hutan Beaver, dan ketinggian pokok tersebut.
Beaver tidak boleh melihat daripada jauh di dalam hutan memandangkan terdapat banyak batu dan
Beaver terlalu kecil untuk melihat. Dua pokok di dalam peta disambungkan dengan garisan sekiranya
pokok tersebut boleh dilihat antara satu sama lain.

Beaver Jacob mahu mengagumkan Sarah dengan memotong pokok tertinggi yang boleh dijumpai.
Bagaimana Beaver akan menjumpai pokok tersebut? Dia mula di pokok yang mempunyai ketinggian 5
seperti ditunjukkan di dalam gambar. Dia akan berjalan ke pokok yang tertinggi yang dapat dilihat
(sebagai contoh, dia boleh memilih antara 4, 7 dan 8, jadi dia memilih untuk pergi ke pokok yang
berketinggian 8). Beaver mengulangi langkah tersebut sehinggalah dia menjumpai pokok yang
tertinggi dan mendapati pokok lain yang berada di sekitarnya lebih kecil.

Berapakah ketinggian pokok yang akan dijumpai oleh Beaver dan dipotong pada akhirnya/

a) 9

b) 10

c) 12

d) 13
09 Aksi Menyelamat (susah)

Pasukan penyelamat sedang mencari seorang kanak-kanak pekak di dalam sebuah gua. Mereka
mulakan pencarian daripada pintu masuk gua (di dalam peta) dan apabila terdapat simpang di dalam
terowong, separuh daripada mereka akan pergi ke kiri dan separuh lagi ke kanan (sekiranya mereka
terdiri daripada jumlah ahli yang ganjil, ahli yang akan bergerak ke kanan adalah lebih jumlahnya
daripada yang ke kiri)

Di terowong mana satu yang terdapat jumlah ahli yang paling ramai, di mana mereka kesemuanya
bermula pada pintu masuk seramai 21 orang?

A) Terowong A

B) Terowong B

C) Terowong C

D) Terowong D
04 Mesin Soda (sederhana)

Tidak! Mesin soda baru hanya mempunyai dua punat (A, B). Tetapi terdapat 4 minuman (kopi suam,
teh suam, jus epal sejuk, soda sejuk). Carl seorang penjaga yang bijak telah programkan mesin
tersebut untuk menawarkan 4 pilihan air apabila menekan dua punat :

Pertama, tekan A untuk air suam dan B untuk air sejuk.

Seterusnya tekan A untuk kopi dan B untuk teh, atau A untuk jus epal dan B untuk Soda.

Contoh : Tekan B – A untuk jus epal sejuk.

Soalan

Manakah arahan yang betul?

Jawapan

a) Tekan A – A untuk dua air suam.

b) Tekan A – B untuk teh suam

c) Tekan B – B untuk teh sejuk

d) Tekan B untuk soda


05 Terowong Zebra (Sederhana)

Terdapat dua jenis terowong di Bebras Land. Apabila beaver masuk ke terowong hitam, mereka keluar
dengan turutan terbalik. Apabila beaver masuk ke terowong putih, apabila mereka keluar hanya yang
pertama dan yang terakhir akan bertukar.

Soalan

Keluarga beaver melalui tiga terowong tersebut.

Susunan manakah yang betul apabila mereka keluar daripada terowong yang terakhir?

Jawapan
06 Permainan spinning (Susah)

Beaver menjumpai sekeping kayu di mana ulat-ulat telah membuat sistem terowong di dalamnya.
Seorang ayah yang kreatif telah menggunakannya sebagai permainan. Pada permulaannya mereka
meletakkan guli di tengah. Cara menggerakkan guli tersebut adalah dengan memusingkan roda
tersebut ke kiri (L) dan kanan (R). Pada setiap jalan guli tersebut bergerak ke terowong seterusnya
atau ke penghujung roda.

Mengikut susunan yang manakah guli tersebut dapat keluar?

Answer (Multiple Choice)

a) LRRLR

b) RLRLL

c) LRRLRL

d) LRRRRL
01 Rantai (mudah)

Beaver Pam membuat rantai untuk dirinya. Setelah selesai, dia tidak pasti rantai tersebut akan muat
atau tidak di lehernya.

Nombor tersebut menunjukkan panjang benang antara manik. Penghujung rantai berada di kiri dan
kanan.

Berapakah panjang rantai tersebut?

Jawapan (Pilihan jawapan)

a) 26

b) 32

c) 34

d) 35
03 Lapangan Terbang (sederhana)

Pekerja lapangan terbang sedang memunggah beg penumpang


pada tempat beg yang bergerak. Dia selalu meletakkan beg
seterusnya di tempat ketiga yang kosong sehingga kesemua
lima beg diletakkan di tempat beg.

Bagaimana susunan beg yang akan terhasil setelah pekerja


tersebut selesai?
04 Carta Alir Perkomputeran (Sederhana)

Di sekolah, beaver membuat satu pengiraan yang mengelirukan menggunakan satu carta alir. Mereka
mula dengan nombor pada Start! dan mengikut arahan :

Soalan

Apabila mula dengan nombor 18, apakah nombor yang didapati setelah selesai?
09 Kod Segi Tiga (Susah)

Beaver Betty mahu menghantar mesej kepada rakannya, tetapi dia tidak mahu yang lain dapat
membaca mesejnya itu. Jadi dia cuba menulis mesej tersebut menggunakan cara yang rumit. Dia
memutuskan untuk menceraikan mesej yang terkandung 10 karakter kepada beberapa bahagian dan
menggunakan kaedah berikut pada setiap bahagian :

1. Letak karakter tersebut dalam segi tiga, seperti yang ditunjukkan di bawah.

2. Terbalikkan segi tiga tersebut.

3. Tulis karakter tersebut dalam susunan yang baru seperti ditunjukkan di petak kuning berikut.

Soalan

Satu mesej yang ditulis oleh Betty adalah “Hro?oeuwYA?”.

Apakah mesej yang sebenar?

Anda mungkin juga menyukai