Anda di halaman 1dari 4

AKUKAH YANG BERSALAH ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pohon ketapang sungguh lampai,

Hiasan desa tanah seberang,

Yatim nestapa cerita disampai,

Air mata jatuh berlinang.

Apa khabar kawan-kawan..harap-harap semuanya sihat ya..

Pada hari ini saya ada sebuah cerita yang hendak dikongsi dengan kawan-kawan..

Tajuk cerita saya ialah “Akukah yang Bersalah’?

Eh kawan-kawan siapa yang bersalah ni?

Haa kalau kawan-kawan nak tahu marilah,marilah duduk dekat dengan saya dan pasang

telinga.

Kawan-kawan yang saya hormati,

Di sebuah kawasan bendang tinggal seorang anak yatim, namanya Alif. Ayah Alif telah

meninggal dunia sejak dia kecil lagi. Dia tinggal bersama ibunya. Bagi menyara hidup
mereka, ibunya telah mengambil upah menebas kebun dan menjual kuih. Namun, Alif

tidak pernah mengeluh dengan kehidupan mereka. Malah Alif mengambil upah menjual

kuih dan surat khabar. Haaaa kawan-kawan baiknya hati Alif ni ya..

Setiap pukul 6.00 pagi, Alif akan membantu ibunya menjual kuih dan surat khabar. Alif

mengayuh basikalnya dari rumah ke rumah. Ibunya pula menjual kuih di tepi jalan.

Selepas itu, Alif baru ke sekolah. Seperti biasa, Alif terpaksalah kayuh basikalnya laju-

laju sampai berpeluh-peluh badannya. Alif bimbang akan bertemu guru disiplin

sekolahnya, Cikgu Azlan. Jika bertembung lagi Cikgu Azlan pasti akan memarahinya lagi.

Ini bukan kali pertama Alif lewat ke sekolah. Ahaaaaaaaaaaaa.. mendengar suara Cikgu

Azlan semua murid kecut perut. Apatah lagi bersemuka dengannya. Eeeiiii

seramnyaaaaaa..

Ingat ya kawan-kawan, sikap datang lewat ke sekolah bukanlah sikap yang baik. Sampai

sahaja di sekolah, jam menunjukkan pukul 8.00 pagi. Dengan langkah tergesa-gesa, Alif

terus ke kelasnya. Tiba-tiba Alif!!! Jerit Cikgu Azlan. Aduh bertembung pula, habislah aku,

bisik Alif. Panggilan itu mematikan langkahnya. Degupan jantungnya bertambah kencang

apabila melihat wajah Cikgu Azlan yang sangat bengis. Dengan suaranya yang lantang

Alif dimarahi kerana sering datang lewat ke sekolah. Alif hanya membisu, memberi alasan

pada saat itu bukanlah satu tindakan yang bijak. Walaupun Alif pernah menjelaskan tetapi

Cikgu Azlan enggan menerima alasannya. Malah, Alif ditegur kerana cuba menegakkan

benang yang basah.


Kawan-kawan tahu apa yang terjadi pada Alif?

Dia dibawa ke bilik guru disiplin dan dirotan di telapak tangannya. Aduh, sakitnya ! Alif

menahan kesakitan. Bukan itu sahaja, Alif juga diberi surat amaran untuk disampaikan

kepada ibunya. Alif terima dengan perasaan yang berat hati. Berat mata memandang,

berat lagi bahu yang memikul. Hati Alif bertambah sedih mengenangkan apa perasaan

ibunya nanti. Alif kecewa kerana dituduh sebagai murid yang pemalas. Padahal dia bukan

seperti itu, dia datang lambat kerana ingin membantu ibunya menyara keluarga.

Setelah sesi persekolahan tamat pada hari itu, Alif terus pulang ke rumahnya. Selepas

selesai solat, Alif terus ke dapur kerana perutnya terasa sangat lapar. Ketika menyuap

nasi terasa telapak tangannya sakit. Ibu Alif memerhati kelakuan anaknya. Kenapa nak?

Kenapa dengan tanganmu itu? Kata ibu Alif.. Alif terkejut dengan sapaan ibunya. Alif

menjelaskan apa yang terjadi dan memberikan surat amaran kepada ibunya. Ibu Alif

sangat sedih mengenangkan nasib mereka. Apa yang diharapkan oleh ibu Alif adalah Alif

berjaya dalam pelajarannya. Ibu Alif tidak mahu lagi Alif lewat ke sekolahnya. Bagi ibu

Alif dia mampu menyara keluarga mereka berdua.

Kawan-kawan tahu keesokan harinya, Alif bangun awal untuk bersiap-siap ke sekolah.

Hari ini Alif mendapat semangat yang baru. Dia tidak lagi mahu lewat ke sekolah. Alif lari

laju supaya cepat sampai ke sekolah. Sampai sahaja di persimpangan jalan, tanpa

melihat kiri dan kanan, Alif terus melintas. Malangnya, sebuah kereta terus melanggar
Alif sehingga dia tercampak ke tepi jalan dan terus pengsan. Orang yang melanggar Alif

itu, segera membawa Alif ke klinik berdekatan.

Haa kawan-kawan,

Mujurlah Alif tidak apa-apa. Dia hanya mengalami luka-luka kecil sahaja. Itu lah kawan-

kawan kita mesti berhati-hati semasa berada di jalan raya. Jangan tergopoh-gapah

kerana bahaya yang menanti. Tidak lama kemudian, Alif tersedar dan dia terkejut melihat

Cikgu Azlan berada disisinya. Dengan nada yang ikhlas dan sedih Cikgu Azlan meminta

maaf akibat kecuaiannya yang menyebabkan kemalangan. “Maafkan Cikgu Alif, cikgu

benar-benar tak sangka. Nasib baik kamu tidak apa-apa”. Dengan senang hati Alif

memberitahu bahawa dialah yang bersalah kerana tidak berhati-hati.

Begitulah kawan-kawan niat di hati untuk membantu keluarga adalah satu sikap yang

mulia. Namun begitu, kita janganlah mengabaikan pelajaran. Selain itu, kita mestilah

memikirkan keselamatan diri dan sekiranya kita melakukan kesalahan janganlah malu-

malu untuk meminta maaf kerana orang yang mengaku kesalahannya akan dipandang

mulia. Kawan-kawan sampai di sini sahaja cerita saya, semoga berjumpa lagi.

Assalamualaikum..

Anda mungkin juga menyukai