Anda di halaman 1dari 6

JurnalMelalui

Isu Agihan Pendapatan di Malaysia: Penilaian Ekonomi MalaysiaIslam


Pendekatan 44(2010) 115 - 120
Hadhari 115

NOTA PENYELIDIKAN

Isu Agihan Pendapatan di Malaysia: Penilaian Melalui Pendekatan Islam Hadhari


(Income Distribution Issues in Malaysia: Assessment Through the Islam Hadhari Perspective)

Ideris bin Endot


Ahmad Redzuwan Mohd Yunus
Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Isu ketidaksamaan agihan kekayaan negara menjadi persoalan sejagat dalam kalangan sarjana ekonomi di barat
dan timur. Evolusi idea pemikiran pembangunan ekonomi moden Adam Smith dan Karl Marx telah menjadi latar
belakang dasar pertumbuhan dan agihan sumber kekayaan ekonomi dunia ditadbir oleh samada aliran kapitalis
atau sosialis-marxis dan dasar ekonomi campuran liberal kapitalisme. Dari pihak yang lain dunia telah dikenali
dengan falsafah ekonomi China dan India di Timur dan Ekonomi Islam di negara-negara Muslim. Tegasnya, apa
sahaja sistem ekonomi yang digunapakai di Malaysia sebagai negara sedang membangun, fungsi kepimpinan
negaralah yang menentukan dasar ekonomi dilaksanakan dengan pengurusan dan tadbir urus berkesan, cekap,
adil, saksama, demokratik, terbuka, liberal, bebas dan sebagainya adalah antara slogan-slogan penting dalam
agenda pembangunan negara Malaysia diperdebatkan hingga kini. Apakah model ekonomi unggul, terbaik dan
alternatif ideal untuk menyelesaikan persoalan kemunduran rakyat yang dikaitkan dengan kemiskinan di Malaysia.
Isu keadilan dan ketidaksamaan sosio-ekonomi tetap menjadi agenda negara dan umat manusia sejagat di Malaysia.

Kata kunci: agihan pendapatan; kemiskinan; jurang pendapatan; agama Islam

ABSTRACT

The issue of unequal distribution of national wealth has become a global problem among the western and eastern
economic scholars. The evolution of modern growth economic ideas like Adam Smith and Karl Marx has become the
background of world’s development and wealth distribution policies, either among capitalist or Socialist-Marxist or
liberal mix capitalism. On the other side, the world has also been known by the economic philosophy from China and
Indian in eastern or by Islamic economist in Muslim countries. Therefore, which ever economic system applicable for
Malaysia as developing country, the leadership will determine the economic policies to be implemented either
effectively, efficiently, justice, fairness, democratic, openness, liberal and freedom as a slogan for development model
which have been debated until now. What is the ideal or the best to economic model to overcome problems related to
back wardness and poverty problem in Malaysia. The role of justice and socio economic inequality still remain as
national agenda and human kind in Malaysia.

Keywords: income distribution; poverty; income gap; Islamic religion

LATAR BELAKANG ISU AGIHAN DI MALAYSIA mencapai kemerdekaan 1957, keluaran dalam negeri kasar
Malaysia (KDNK) pada harga sebenar meningkat sebanyak
Malaysia sebagai negara yang mengamalkan sistem 6.5% antara tahun 1957-2005, merupakan suatu kadar
demokrasi berparlimen (INTAN 1991), semenjak merdeka pertumbuhan yang tertinggi pernah dicapai oleh negara
tidak terlepas daripada isu pertumbuhan dan agihan yang berdaulat yang setaraf dan sedang membangun. Dalam
tidak sama rata dan sama taraf walaupun Dasar Ekonomi tempoh yang sama, KDNK perkapita pada harga semasa
Baru dikemukakan 1971-1990 (Faaland 1990; Chamhuri meningkat ke aras 7.0% setahun telah menghasilkan
1992 & 1996 dan Mohd Yusof Kasim 1994), yang peningkatan ketara kualiti hidup rakyat. (Malaysia 2006:3).
dilanjutkan kepada Dasar Pembangunan Nasional (1991- Hala tuju pembangunan negara Malaysia dibentuk
2000) dan Dasar Pembangunan Wawasan (2001-2010). oleh wawasan, pemikiran serta usaha para negarawan dan
Dengan indikator statistik yang rasmi, Malaysia telah cendekiawan negara seperti yang termaktub dalam
mencapai kemajuan pesat dalam ekonomi yang terus Perlembagaan Negara dan tiga rangka dasar perancangan
memberangsangkan dalam pelbagai usaha untuk terus strategik utama negara, iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB),
menerus membangunkan negara, memajukan ekonomi dan 1971-1990, Dasar Pembangunan Nasional (DPN), 1991-2000
meningkatkan kualiti hidup warga negaranya. Semenjak dan Dasar Wawasan Negara (DWN), 2001-2010. Setiap
116 Jurnal Ekonomi Malaysia 44

dasar tersebut digubal berlandaskan pemahaman yang dengan fungsi kuasa kepimpinan negara memilih dasar
mendalam tentang keperluan dan cabaran yang dihadapi agihan manakah yang hendak dilaksanakan dalam
oleh negara serta tindakan yang perlu dilaksanakan. Dasar- kehidupan ekonomi negara dan umat sejagat. Walaupun
dasar ini juga berjaya mencerminkan aspirasi negara. wajah pertumbuhan dan agihan harta kekayaan negara
Aspirasi ini telah digariskan dalam Wawasan 2020 yang dipersembahkan dengan nada dan agenda yang amat
dilancarkan pada tahun 1991, bagi mencapai status negara menarik kepada hamba rakyat, namun isu keadilan agihan
maju menjelang 2020. (Malaysia 2006:3). sentiasa mendapat perhatian utama dari pelbagai pihak.
Isu penting yang dibangkitkan dalam seluruh dasar-
dasar DEB, DPN dan DWN adalah berpunca daripada
persoalan pertumbuhan dan agihan sumber kekayaan PENCAPAIAN KDNK DAN PER KAPITA
ekonomi negara semenjak merdeka hingga kini. Justeru
itu strategi membasmi kemiskinan dan menyusun semula Pencapaian pertumbuhan ekonomi Malaysia selepas DEB
masyarakat adalah impak kebalikan yang tersurat dan melalui DPN dapat dikenalpasti dengan jelas melalui Jadual
tersirat dari segi agihan pendapatan sumber kekayaan 1 dan Jadual 2, berasaskan data untuk tahun 1995-2000.
ekonomi negara yang banyak melibatkan pelbagai faktor, Pertumbuhan negeri-negeri yang berbeza menyebabkan
seperti politik, sosial, pendidikan, etnik, budaya dan pencapaian dalam bantuk agihan per kapita juga adalah
kepercayaan agama warga Malaysia yang telah terkenal berbeza. Negeri yang dikategorikan lebih maju, akan terus
dengan kepelbagaian falsafah hidup, tradisi dan amalan maju dan negeri yang berada dalam kategori kurang maju
semasa hingga kini. akan terus kurang maju walaupun berlaku peningkatan
Sebenarnya isu pengagihan adalah isu yang sama dalam pertumbuhan ekonomi sebesar dan per kapita
wujud dengan manusia itu sendiri di alam dunia ini. Al- negeri-negeri di Malaysia. Manakala Jadual 3 dan Jadual
Quran menyatakan peristiwa Qabil dan Habil adalah 4 menunjukkan pencapaian prestasi KDNK dan KDNK per
berpunca daripada hak milik harta dunia yang kapita tahun 1990-2010 negeri-negeri di Malaysia masih
menimbulkan perbalahan, perselisihan, kedengkian dan berada dalam ketegori yang sama, iaitu lebih maju dan
kerakusan yang akhirnya membawa kepada musibah dan kurang maju yang melibatkan aspek ketidaksamaan agihan
trajidi kematian dan kemusnahan nilai hidup murni, kekayaan negara terus kekal dengan bentuk dan corak
walaupun mereka berdua adalah bersaudara di bawah agihan yang sedia ada diamalkan di negara ini.
bimbingan satu Ayah dan satu Ibu. Rakaman ini diketahui
oleh umat yang beragama wahyu terutamanya umat Islam,
Yahudi dan Keristian yang golongan inilah menguasai FOKUS ISU KETIDAKSAMAAN AGIHAN
sumber kekayaan dunia dan pengagihannya seperti yang PENDAPATAN
dipelopori oleh Adam Smith, dan Karl Marx yang menjadi
asas mazhab konvensional-sekular terbesar dunia kini. Ketidaksamaan pendapatan dalam pembangunan ekonomi
Di pihak yang lain ialah dasar pengagihan kekayaan negara Malaysia semenjak tahun 1970 hingga pelaksanaan
mengikut al-Quran dan al-Sunnah seperti yang dipelopori RMK9(2006-2010) adalah menjadi isu utama dalam usaha
oleh umat Islam. Justeru itu isu agihan kini berkait rapat untuk mencapai pertumbuhan dengan pengagihan. Isu

JADUAL 1. Keluaran Dalam Negeri Kasar Mengikut Negeri di Malaysia 1995-2000

KDNK Mengikut Nilai Pembeli RM juta dalam harga 1978


Negeri 1995 1998 2000 1996-97(%) 1998(%) 1999-2000(%)
Johor 13787 15293 16416 9.8 -7.9 3.6
Kedah 5596 6285 6803 10.1 -7.5 4.0
Kelantan 2723 2802 3087 5.8 -5.1 3.3
Melaka 3102 3422 3588 9.1 -7.7 2.6
N.Sembilan 4018 4470 4792 9.8 -7.7 3.5
Pahang 5455 5973 6516 7.9 -5.9 4.4
Perak 9930 10891 11678 8.3 -6.6 3.6
Perlis 7839 859 926 8.3 -6.5 3.8
P.Pinang 3378 9920 10234 7.4 -7.9 1.6
Sabah 2919 8647 10026 3.1 -2.9 7.7
Sarawak 0362 10293 10719 11.9 -9.0 2.0
Selangor 4528 26061 27019 8.0 -8.8 1.8
Terengganu 8047 9374 9899 10.8 -5.1 2.8
WPKL 15639 16880 17431 55.5 -3.1 1.6
Malaysia 120272 131258 139145 8.2 -6.7 3.0
Sumber: Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000:51
Isu Agihan Pendapatan di Malaysia: Penilaian Melalui Pendekatan Islam Hadhari 117

JADUAL 2. Keluaran Dalam Negeri Kasar Mengikut Negeri 1995-2000

KDNK Per KapitaNisbah KDNK per kapita kepada purata negara


RM dalam harga semasa Kadar pertumbuhan tahunan purata (%)
Negeri 1995 1998 2000 1996-97 1998 1999-2000 1995 1998 2000
Johor 9715 11726 12705 11.2 -2.4 4.1 0.95 0.96 0.99
Kedah 6490 8064 8896 12.1 -1.2 5.0 0.60 0.66 0.69
Kelantan 3584 4067 4293 6.9 0.3 2.7 0.35 0.33 0.33
Melaka 9530 11861 12785 12.1 -1.0 3.8 0.93 0.97 0.99
N.Sembilan 9124 11293 12245 12.1 -1.5 4.1 0.89 0.93 0.95
Pahang 8157 9810 10784 9.6 0.1 4.8 0.79 0.81 0.84
Perak 8380 10503 11682 11.6 0.6 5.5 0.82 0.86 0.91
Perlis 6722 8094 8724 10.1 -0.6 3.8 0.65 0.67 0.68
P.Pinang 13858 16624 17509 10.2 -1.2 2.6 1.35 1.37 1.36
Sabah 6307 6457 7028 0.8 0.7 4.3 0.61 0.53 0.55
Sarawak 8390 10537 11108 13.9 -3.1 2.7 0.82 0.87 0.86
Selangor 15374 17361 17708 8.5 -4.1 1.0 1.50 1.43 1.37
Terengganu 15888 19880 20623 11.7 0.2 1.9 1.55 1.63 1.60
WPKL 20704 25100 26442 8.1 3.8 2.6 2.02 2.06 2.05
Malaysia 10273 12166 12884 9.5 -1.2 2.9 1.00 1.00 1.00
Sumber: Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ketujuh 1996-2000:51

JADUAL 3. Keluaran Dalam Negeri Kasar Mengikut Negeri 1990-2010 (RM juta harga 1987)

Negeri 1990 % 2000 % 2010 % Kadar pertumbuhan


purata(%)
Pencapaian Sasaran
RRJP2 RRJP3

Negeri Lebih Maju 67604 63.8 141492 67.6 293077 68.2 7.7 7.6
Johor 11093 10.5 23425 11.2 49162 11.4 7.8 7.7
Melaka 3124 2.9 6148 2.9 12536 2.9 7.0 7.4
N.Sembilan 3427 3.2 6776 3.2 13720 3.2 7.1 7.3
Perak 9582 9.0 17153 8.2 34235 8.0 6.0 7.2
P.Pinang 7997 7.5 17314 8.3 36446 8.5 8.0 7.7
Selangor 20103 19.0 44708 21.4 93878 21.8 8.3 7.7
WPKL 12277 11.6 25968 12.4 53101 12.4 7.8 7.4
Negeri KurangMaju 38373 36.2 67777 32.4 136668 31.8 5.9 7.3
Kedah 4670 4.4 9087 4.3 18944 4.4 6.9 7.6
Kelantan 3098 2.9 5061 2.4 9615 2.2 5.0 6.6
Pahang 4926 4.6 8250 3.9 17034 4.0 5.3 7.5
Perlis 712 0.7 1362 0.7 2648 0.6 6.7 6.9
Sabah 9268 8.7 14947 7.1 30004 7.0 4.9 7.2
Sarawak 9687 9.1 16323 7.8 33274 7.7 5.4 7.4
Terengganu 6011 5.7 12746 6.1 25149 5.9 7.8 7.0
Malaysia 105977 100 209269 100 429745 100 7.0 7.5
Sumber: RRJP3 2001-2010:118

JADUAL 4. KDNK Per Kapita Mengikut Negeri 1990-2010 (RM Harga Semasa)

Negeri 1990 2000 2010 Kadar pertumbuhan Nisbah Kepada


RRJP2 tahunan purata (%) Purata Negara
Pencapaian
RRJP3 Sasaran 1990 2000 2010
Negeri Lebih Maju 7591 17410 29319 8.7 5.4 1.2 1.2 1.2
Johor 5877 13954 28100 9.0 5.9 0.9 1.0 1.0
Melaka 6598 15723 24249 9.1 6.0 1.0 1.1 1.1
N.Semilan 5394 12791 25549 9.0 6.6 0.8 0.9 1.0
Perak 5435 13183 25524 9.3 6.8 0.8 0.9 1.0
P.Pinang 8066 21469 37951 10.3 5.9 1.2 1.5 1.5
Selangor 9691 17363 25888 6.0 4.1 1.5 1.2 1.0
WPKL 11364 30727 49630 10.5 4.9 1.7 2.1 2.0
118 Jurnal Ekonomi Malaysia 44

JADUAL 4. (Sambungan)

Negeri Kurang Maju 5326 10893 19174 7.4 5.8 0.8 0.7 0.8
Kedah 3864 8918 16910 8.7 6.6 0.6 0.6 0.7
Kelantan 2940 6241 11735 7.8 6.5 0.4 0.4 0.5
Pahang 5232 10370 19870 7.1 6.7 0.8 0.7 0.8
Perlis 4279 10802 20316 9.7 6.5 0.7 0.7 0.8
Sabah 5729 9123 14335 4.8 4.6 0.9 0.6 0.6
Sarawak 6403 12775 23094 7.2 6.1 1.0 0.9 0.9
Terengganu 8549 22994 37734 10.4 5.1 1.3 1.6 1.5
Malaysia 6578 14584 25096 8.3 5.6 1.0 1.0 10
Sumber: RRJP3 2001-2010:119.

ketidaksamaan ini menjadi agenda penting dalam misi miskin. Kejayaan Pusat Pungutan Zakat Wilayah
nasional sebagai teras ketiga, iaitu menangani masalah Persekutuan Kuala Lumpur akan dicontohi sebagai model
ketidakseimbangan sosio ekonomi yang berterusan pungutan zakat untuk dilaksanakan di negeri lain.
secara membina dan produktif. Peruntukan rasmi kerajaan melalui institusi pelaksana
Kenyataan ini dikukuhkan bahawa ketidaksamaan bagi melaksanakan program dan projek pembasmian
pendapatan termasuk dalam setiap kumpulan etnik telah kemiskinan dan pengagihan pendapatan, agensi peneraju
meningkat. Aspek ketidaksamaan lain juga menunjukkan dalam pembasmian kemiskinan luar bandar adalah
arah aliran yang membimbangkan. Walaupun jurang Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah,
ketidaksamaan pendapatan etnik secara relatifnya telah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan
mengecil semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
jurang tersebut dari segi nilai mutlak terus meluas. Masyarakat. Manakala bagi kawasan bandar, usaha
Ketidaksamaan antara negeri dan antara wilayah pembasmian kemiskinan akan diterajui oleh Kementerian
berterusan dan kekal lebar. Pertumbuhan ekonomi Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Agensi lain yang
merupakan daya penggerak dalam meningkatkan terlibat dalam program pembasmian kemiskinan dan
pendapatan dan taraf hidup, namun pertumbuhan ekonomi peningkatan pendapatan termasuk Jabatan Hal Ehwal
tidak dengan sendirinya menjamin manfaat pertumbuhan Orang Asli, FELDA, RISDA, FELCRA Berhad, Jabatan
dinikmati secara saksama oleh semua lapisan masyarakat Kebajikan Masyarakat dan Unit Perancang Ekonomi
(Malaysia 2006:343). Negeri berkaitan. Agensi peneraju bagi melaksanakan
Keperluan untuk menegaskan semula pengagihan program penyusunan semula guna tenaga adalah Jabatan
dalam pembangunan Pendekatan Islam Hadhari bagi Perkhidmatan Awam, Kementerian Pendidikan/Pelajaran,
menangani isu ketidaksamaan pendapatan melalui Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber
perancangan strategik dan program RMK9 disuratkan Manusia dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan
dengan irama yang amat menarik walaupun nyata ianya Koperasi (MECD). Bagi meningkatkan pemilikan kekayaan
masih berada dalam kerangka “Capitalist Globalisation” dan pembangunan MPPB , agensi yang memainkan
(Choudhury 1997) atau lebih parah lagi andainya ia berada peranan utama adalah MECD, Kementerian Perdagangan
dalam bakul “ casino capitalism” (Anwar Fazal 2002). Antarabangsa dan Industri, Kementerian Kewangan dan
RMK9 (2006:344-346) merangkakan antaranya, ialah: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Dalam
1. Mengekalkan pertumbuhan ekonomi mampan, tempoh RMK9, peruntukan pembangunan bagi program
menggalakkan pembangunan insan dan pengagihan adalah seperti dalam Jadual 5.
memperkukuhkan perpaduan negara. Jadual 5 menunjukkan bahawa agenda pengagihan
2. Memenuhi sasaran pengagihan yang belum dicapai dalam RMK9 akan memberi tumpuan ke arah pencapaian
sepenuhnya. pariti pendapatan menerusi strategi pembasmian
3. Memastikan keberkesanan dan impak sepenuhnya kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat.
dasar, program dan projek pengagihan selaras dengan Kemiskinan tegar dijangka akan dapat dibasmi dan
amalan tadbir urus yang baik. kemiskinan keseluruhan dikurangkan separuh kepada
4. Ke arah pertumbuhan dengan pengagihan 2.8% menjelang akhir tahun 2010 menerusi program
pembasmian kemiskinan yang lebih bertumpu. Strategi
Fokus khusus dalam pendekatan pembangunan pengagihan akan terus dilaksanakan bagi memastikan
Islam Hadhari yang istimewanya ialah dari segi usaha penyertaan dalam peluang ekonomi yang lebih seimbang
dalam tempoh RMK9 (2006:363), wujudnya langkah yang dan saksama di kalangan pelbagai kumpulan etnik. Lebih
akan diambil untuk menambah baik pengurusan institusi penekanan akan diberikan kepada usaha mengurangkan
berasaskan Islam, terutamanya yang berkaitan dengan ketidaksamaan pendapatan dan merapatkan jurang
zakat, wakaf dan baitulmal serta membangunkan institusi pendapatan antara bandar dengan luar bandar serta
tersebut menjadi mekanisme yang berkesan untuk meningkatkan penyusunan semula guna tenaga dan
memberi bantuan secara langsung kepada golongan menambahkan guna tenaga Bumiputera dalam kategori
Isu Agihan Pendapatan di Malaysia: Penilaian Melalui Pendekatan Islam Hadhari 119

JADUAL 5. Peruntukan Pembangunan bagi Program JADUAL 6. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar
Pengagihan 2006-2010 (RM juta) Mengikut Negeri 2001-2010

Program Peruntukan Negeri Kadar Pertumbuhan tahunan


Purata (%)
Pembasmian Kemiskinan 4,465.3
RMK 8 RMK 9
Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat 340.8
Program Pembasmian Kemiskinan Bandar 50.0 Wilayah Utara 4.4 5.9
Skim Penanaman Semula Getah dan Kedah 4.1 5.9
Kelapa Sawit 1,047.8 Perak 4.1 5.7
Pemulihan dan Penyatuan Tanah 1,004.3 Perlis 3.4 5.3
Pembangunan Wilayah 510.9 Pulau Pinang 5.0 6.1
Pembangunan Semula Kampung Tradisional Wilayah Tengah 4.6 6.2
dan Baru 235.0 Melaka 4.2 6.0
Pembangunan Orang Asli 361.8 Negeri Sembilan 3.8 5.8
Pembangunan Keusahawanan Tani 414.7 Selangor 5.2 6.4
Pembangunan Tanah Pribumi dan Adat 100.0 WPKL 3.8 6.1
Program Lain 400.0 Wilayah Selatan
Penyusunan Semula Masyarakat 7,058.8 Johor 5.1 6.2
Pmbangunan MPPB 1,371.9 Wilayah Timur 3.5 5.7
Kemudahan Pembiayaan 1,220.0 Kelantan 3.3 5.2
Pendidikan dan Latihan 2,216.9 Pahang 3.9 5.9
Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera 2,000.0 Terengganu 3.4 5.7
Pembangunan Tanah Wakaf/Baitulmal 250.0 Sabah 4.3 5.8
Jumlah 11,524.1 Sarawak 4.6 6.1
Malaysia 4.5 6.0
Sumber: Malaysia RMK9:2006:373
Sumber: Malaysia RMK9 2006:377

pekerjaan professional dan yang berpendapatan tinggi.


Di samping itu, jurang pemilikan kekayaan akan negeri-negeri Wilayah Timur akan terus ketinggalan
dikurangkan manakala pembangunan MPPB akan berbanding dengan negeri-negeri Wilayah Tengah, Timur
memasuki fasa kedua yang lebih mantap. Justeru itulah, dan Selatan. Walaupun pertumbuhan per kapita negeri
maka pentingnya semua program dan projek pengagihan, tertentu telah mengatasi per kapita nasional, namum ia
kerajaan akan memastikan pelaksanaannya diseliakan tetap berada dalam negeri dalam kategori kurang maju
dengan teliti menerusi mekanisme pemantauan yang lebih seperti apa yang dicapai oleh negerti Terengganu.
kukuh di Unit Perancang Ekonomi dan Unit Penyelarasan Kadar pertumbuhan KDNK negeri di Malaysia dalam
Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri. Semua RMK8 dan RMK9 bagi Wilayah Timur (3.5:5.7) nyata lebih
kementerian dan agensi berkaitan perlu memastikan dasar rendah berbanding dengan Wilayah Tengah (4.6:6.2),
dan program yang dilaksanakan menyumbang ke arah Wilayah Utara (4.4:5.9), Sabah (4.3:5.8) dan Sarawak
pengagihan pendapatan, kekayaan dan peluang ekonomi (4.6:6.1). Sedangkan di peringkat nasional ialah (4.5:6.0).
lain yang lebih saksama. Satu sistem yang lebih baik akan Manakala kadar pembandaran negeri di Malaysia seperti
diwujudkan untuk mengenal pasti penerima faedah dan Jadual 7 adalah juga menunjukkan bahawa peratus
meminimumkan kebocoran bagi mencapai objektif pencapaian negeri-negeri di Wilayah Timur adalah lebih
pertumbuhan dengan pengagihan (Malaysia RMK 9 rendah berbanding dengan negeri-negeri di Wilayah
2006:374) Tengah, Utara, Selatan, Sabah dan Sarawak yang
Keindahan penyataan di atas dapat melembutkan hati menunjukkan bahawa negeri-negeri di pantai timur,
yang gusar, mental yang berputar, dada yang berdebar, terutamanya Kelantan dan Terengganu akan mengalami
rasa yang cemas, dan harapan yang berkabus. Namun akibat ketidaksamaan agihan pendapatan dan peluang
kepastian ke arah mana pengagihan sebenar belum pasti ekonomi yang sama sahaja sebelum dan selepas RMK9
merawat penyakit kronik kemiskinan dan ketidaksamaan dalam pembangunan Pendekatan Islam Hadhari di
agihan kekayaan negara semenjak DEB 1971-1990 dan DPN Malaysia. Inilah hakikat isu agihan yang sebenar perlu
1991-2000 yang kini berada dalam wabak yang sama ditangani bersama oleh kerajaan, rakyat, pemimpin,
melalui DPW 2001-2010. Secara kritikal hal ini dapat pegawai awam dan swasta, NGO dan koporat.
diselongkarkan melalui indikator dalam Jadual 6 dan 7,
iaitu gambaran pertumbuhan KDNK negeri di Malaysia
tahun 2001-2010 dan kedudukan penduduk dan kadar KESIMPULAN
pembandaran mengikut negeri 2000-2010 yang dipecahkan
mengikut pembangunan Wilayah Utara, Tengah, Selatan, Isu agihan pendapatan di Malaysia melibatkan
Timur, Sabah dan Sarawak. Dalam apa pun ungkapan pelaksanaan dasar pembangunan ekonomi negara melalui
pembangunan dan keadilan agihan yang hendak dicapai, DEB, DPN dan DPW yang dilaksanakan semenjak 1971
120 Jurnal Ekonomi Malaysia 44

JADUAL 7. Penduduk dan Kadar Pembandaran Mengikut Negeri 2000-2010

Negeri Penduduk (juta) Kadar Pembandaran Kadar pertumbuhan


(%) Tahunan Purata
penduduk bandar (%)
2000 2005 2010 2000 2005 2010 RMK 8 RMK 9

Wilayah Utara
Kedah 1.67 1.85 2.04 39.1 39.8 40.3 2.4 2.2
Perak 2.09 2.28 2.44 59.1 59.3 59.3 1.6 1.6
Perlis 0.21 0.23 0.25 34.0 35.1 35.9 2.2 2.2
P.Pinang 1.33 1.50 1.60 79.7 79.8 80.0 2.0 1.9
Wilayah Tengah
Melaka 0.65 0.72 0.79 67.5 70.6 73.4 2.9 2.7
N.Sembilan 0.87 0.96 1.03 54.9 56.3 57.4 2.3 2.1
Selangor 4.19 4.47 5.31 88.7 88.4 89.1 2.7 2.4
WPKL 1.42 1.62 1.60 100.0 100.0 100.0 1.9 1.5
Wilayah Selatan
Johor 2.76 3.17 3.46 64.8 66.5 67.7 2.9 2.6
Wilayah Tengah
Kelantan 1.36 1.51 1.67 33.5 33.4 33.3 2.0 2.1
Pahang 1.30 1.41 1.57 42.0 43.5 44.6 2.7 2.5
Terengganu 0.90 1.02 1.12 49.4 49.8 50.3 2.6 2.6
Sabah 2.60 3.13 3.33 48.1 49.8 51.6 3.1 2.9
WPLabuan 0.08 0.09 0.09 76.3 77.6 78.6 3.2 1.8
Sarawak 2.07 2.34 2.56 48.1 49.5 50.6 2.8 2.4
Malaysia 23.49 26.75 28.96 62.0 63.0 63.8 2.5 2.3
Sumber: Malaysia RMK9 2006:381

hingga 2010. Dalam perancangan pembangunan RMK9, Deane, Phyllis. 1990. The evolution of economic ideas.
pertumbuhan dan agihan sumber kekayaan negara diberi Cambridge: Cambridge University Press.
wadah operasi melalui Pendekatan Islam Hadhari tahun Faaland, Just, Parkinson, J.R and Rais Saniman. 1990. Growth
2006 hingga 2010. Hasil yang dicapai untuk melaksanakan and ethnic inequality: Malaysia’s New Economic Policy.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula
INTAN. 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur: INTAN
masyarakat terus menerus menjadi harapan semua pihak.
Jabatan Perdana Menteri. 1998. Pelan pemulihan ekonomi
Usaha kerajaan dan rakyat diharapkan dapat dilaksanakan negara:agenda tindakan. Majlis Tindakan Ekonomi
dengan lebih baik dan berkesan untuk mencapai matlamat Negara: Unit Perancang Ekonomi.
dasar, strategi dan penambahbaikan di hari muka. Malaysia. 1996. Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia
Ketujuh. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Bhd.
RUJUKAN Malaysia. 2006. RRJP3 2001-2010. Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional Bhd.
Awar Fazal. 2002. International governance:government, NGO’s Malaysia. 2006. Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010.
and the citizenry, their synergistic role in a global village, Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Bhd.
Dlm.The seventh national civil service conference 11-13 Mohd.Yusof Kasim & Md.Zyadi Md.Tahir, sunt. 1994.
July 2002. Kuala Lumpur: National Institute of Public Ekonomi Malaysia:beberapa isu utama. Bangi: Penerbit
Administration (INTAN) & Administrative and Diplomatic Universiti Kebangsaan Malaysia.
Service Association PPTD Malaysia. Al-Qaradawiy, Yusuf. 1985. Mushkilah al-faqr wa kayfa
Chamhuri Siwar, Mohd.Yusof Kasim & Abdul Malik Ismail, ‘alajaha al-Islam. Bayrut: Mu`assah al-Risalah.
sunt.1992. Ekonomi Bumiputera selepas 1990. Bangi: Al-Qaradawiy, Yusuf. 1995. Dawr al-qiyam wa al-akhlaq fi al-
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. iqtisad al-Islamiy. Al Qahirah: Maktabah Wahbah.
Chamhuri Siwar & Nor Aini Hj. Idris, sunt. 1996. Kemiskinan
dalam arus pembangunan ekonomi Malaysia.
Bangi:Penerbit Univerisiti Kebangsaan Malaysia. Jabatan Pengajian Dakwah & Kepimpinan
Chudhury, Nasudul Alam, M.Z, Abdad and Muhammad Syukri Fakulti Pengajian Islam
Salleh, eds. 1997. Islamic political economy in capitalist- Universiti Kebangsaan Malaysia
globalization:an agenda for change. Kuala Lumpur: 43600 UKM Bangi, Selangor D.E.
Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd. dzuwan@ukm.my

Anda mungkin juga menyukai