Anda di halaman 1dari 3

PEMBUNUHAN PERTAMA DIDUNIA

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..

Ahlan wasahlan bicara bermula


Hakim bijaksana, hadirin sejahtera
Qisasul Anbiya wadah ditinta,
Pembunuhan pertama dunia dengarkan bersama.

Qabil adalah, petani yang tamak dan bakhil


Habil pula, seorang penternak yang berhati mulia.

Qabil dan Iqlima kembar sulong,


Habil pula pasangannya Labuda,
Zuriat kurnian yang maha Agung
Pasangan istimewa Adam dan Hawa

Bertani dan menternak adalah sumber rezeki mereka sekeluarga.

Bertepatanlah firman Azza Wajalla:

  


  
   
(Surah Al- Jumaah: Ayat 10)

Ertinya: Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi
(untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa Yang kamu hajati dari limpah
kurnia Allah.

Kawan-kawan,

Pertanian dan penternakan adalah pekerjaan yang mulia, pelancaran Inovasi MAHA 2014,
membuktikan Malaysia bersungguh-sungguh dalam meningkatkan produktiviti pertaniaan.

Tibalah masanya….dewasalah mereka


Keinginan berumahtangga…mulai terasa

Allah telah mengilhamkan kepada Nabi Adam agar melaksanakan perkahwinan bersilang.
Qabil dengan Labuda..manakala Habil pua dengan Iqlima.

    


  

Maka berkahwinlah Dengan sesiapa Yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan
(lain): dua, tiga atau empat
(Surah An- Nisa : ayat 3
Pensyariatan perkahwinan adalah untuk mengembangkan keturunan manusia dan
melengkapkan kehidupan manusia.

Qabil membantah tidak setuju dengan keputusan ayahandanya. Nak tahu kenapa?. Beliau
sukakan kembarnya. Bukan Labuda yang tidak secantik Iqlima.

Kawan-Kawan nak tahu,

Qabil dan Habil telah diperintahkan


Korbankan tanaman dan haiwan ternakan
Hikmah IIahi uji keimanan
Tentukan pasangan Iqlima rupawan

Habil mengorbankan kambing gemuk dan terbaik manakala Qabil memilih buah-bahan yang
tidak elok dan hampir busuk.

   


    


Ertinya: Iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk
mendampingkan diri kepada Allah). lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil),
dan tidak diterima (korban) dari Yang lain . (Surah Al-Maidah: Ayat : 27)

Allah menerima korban Habil maka dialah yang berhak mengawini Iqlima. Dendam Qabil
semakin membara.

Kawan-kawan

Berjuanglah dengan penuh keikhlasan tanpa mengharapkan balasan. Bantuan kemanusiaan


di Kemboja adalah satu usaha yang murni.

Qabil lambang kedegilan,


Kesombongan insan,
Di dadanya penuh dengki,
Di hatinya penuh benci.

Maka terjadilah pembunuhan pertama didunia..

Qabil pun mula gelisah menyesal….takut…


Diusung mayat adiknya ke sana…ke mari…tanpa tujuan
Tidak tahu.apa yang perlu dilakukan..
Dengan kuasa Allah…
Termaktub dalam surah Al-Maidah ayat 31

    


  
   
Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi
supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) Bagaimana cara menimbus mayat saudaranya.

Ya Kawan-kawan,

Menyempurnakan jenazah adalah satu kewajipan. Bengkel pengurusan jenazah yang


dianjurkan badan swasta kini mendapat sambutan hebat daripada masyarakat.

Begitulah Habil dikebumikan. Pengebumian manusia pertama didunia. Benarlah firman


Allah;

    


Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam.

Surah Al-Isra’ ayat 70

Sesal dahulu pendapatan


Sesal kemudian tiada gunanya
Kisah ini jadikan teladan
Ambil ikhtibar sebagai panduan

Sekian…wassalmualaikum..

Anda mungkin juga menyukai