Anda di halaman 1dari 7

Adab

menjaga
orang sakit
30.1Tuntutan menjaga orang sakit
• sakit merupakan ujian daripada Allah S.W.T
• Sebagai manusia ,kita dituntut menjaga orang
sakit supaya dapat meringankan bebannya
.menjaga dan menziarahi orang sakit hukumnya
ialah fardu kifayah .
• Hadis Nabi maksudnya:”apabila kamu menziarahi
orang sakit atau orang yang hampir mati
hendaklah kamu memperkatakan perkara yang
baik kerana sesungguhnya malaikat mengucapkan
amin terhadap apa yang kamu katakan itu.”
30.2Adab menjaga orang sakit
aspek huraian
Rohani ➢Mengingatkannya agar sentiasa mengingati Allah
➢Mengingatkannya menunaikan solat
➢Manasihatinyan sabar dan tabah menghadapi dugaan
➢Mengingatkannya sakit sebagai ujian Allah
➢Membantunya mengambil wuduk sekiranya pesakit
memerlukannya
Emosi ➢Menggunakan tutur kata yang lembut
➢Sabar dengan rungutan dan tingkah lakunya
➢Melayan pesakit dengan baik
➢Memahami keperitan yang dihadapinya
fizikal ➢Membantu menghantar pesakit ke hospital
➢Bertanya keinginan dan keperluannya
➢Menjaga kebersihannya agar sentiasa bersih dan selesa
➢Memberi rehat secukupnya
30.3Sebab perlunya beradab ketika
menjaga orang sakit
• 1)meringankan beban yang ditanggung
olehnya.
• Semoga pesakit cepat sembuh kerana kita
turut memberi semangat kepadanya.
• Melatih sifat sabar.
• Menenangkan pesakit.
• Mengelakkan kepincangan hubungan
silaturahim dengan pesakit.
30.4Akibat tidak beradab ketika
menjaga orang sakit
• Menyebabkan pesakit berkecil hati
• Pesakit berasa dirinya membebankan
• Ahli keluarga dan saudara – mara membenci kita.
• Pesakit akan cepat putus asa dengan bebam sakit yang
ditanggung.
• Wujud kepincangan dalam keluarga.
• Jiwa pesakit akan tertekan daan menambah lagi
keperitan yang dihadapi.
• Penyakit pesakit akan lebih serius.
• Menjatuhkan imej Islam yang sentiasa mengkendaki
umatnya agar berbuat baik.
30.5 Hikmah beradab ketika menjaga
orang sakit
• Mengukuhkan lagi silaturrahim yang terjalin.
• Melahirkan sifat prihatin kepada orang yang
lemah.
• Meningkatkan syiar islam kepada orang yang
sihat.
• Memberi keinsafan.
• Dapat melaksanakan tanggungjawab kepada
mereka yang memerlukan.
• Meringankan penderitaan pesakit.
NAK TENGOK VIDEO?

Anda mungkin juga menyukai