Anda di halaman 1dari 6

BM Tahun 3 : Latihan Kata Adjektif

Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. (16%)

kelabu kemas suam bersih mesra berani indah


sayang

1. Rina suka berjoging di taman kerana keadaan di situ __________________ .


2. Sebagai anggota polis, kita hendaklah sentiasa _______________ ketika menjalankan
tugas.
3. Pemandangan di kaki gunung itu sungguh _______________ terutamanya pada waktu
senja.
4. Baju yang dipakai oleh ibu Cindy berwarna ________________ .
5. Kakak membantu ibu menyusun pinggan mangkuk di dapur supaya kelihatan
____________ .
6. Adik minum segelas air ________________ selepas makan.
7. Pelayan restoran itu melayan pelanggan dengan _____________ .
8. Ron sangat _____________ akan binatang peliharaannya.

BM Tahun 3 : Latihan Kata Tanya


Isi tempat kosong dengan kata tanya yang sesuai. (14%)

berapakah mengapakah apakah siapa bilakah bagaimanakah


mana

1. ______________________ dua orang budak perempuan itu menangis di kantin ?


2. _______________________ jumlah gula-gula dalam botol itu ?
3. _______________________ Roxanne boleh terjatuh ke dalam longkang ?
4. Lagu itu ditujukan kepada _____________ ?
5. Jelapang padi banyak terdapat di negeri ________________ ?
6. Selepas mencuci sayur ini, _______________ langkah seterusnya ?
7. ___________________________ kamu akan memulangkan buku rujukan saya yang
kamu pinjam ?
Latihan Kata Seru
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.

1._________! Indahnya pemandangan di bukit ini !

A. Oh
B. Aduh
C. Hei
D. Wah

2._________! Sakitnya perut saya!


A. Aduh
B. Aduhai
C. Oh
D. Wah

3._________, petahnya pelajar itu berbahasa Inggeris!


A. Amboi
B. Aduh
C. Cis
D. Nah

4._________, cantiknya bunga ini!


A. Oh
B. Wah
C. Hai
D. Aduhai

5._________, siapkan kerja ini sekarang juga!


A. Oh
B. Cis
C. Nah
D. Wah

6._________, begini caranya membuat kek lapis.


A. Wah
B. Oh
C. Amboi
D. Ceh

7._________, engkau telah berjaya!


A. Nah
B. Syabas
C. Amboi
D. Wah

8._________, perempuan yang tidak tahu malu!


A. Oh
B. Wah
C. Cis
D. Hoi

9._________, siapa pula yang hendak tolong saya kali ini?


A. Aduh
B. Nah
C. Eh
D. Aduhai

10._________, rupanya kamu berdua adiki-beradik!


A. Nah
B. Cis
C. Eh
D. Syabas

BM Tahun 3 : Latihan Imbuhan Awalan and Akhiran


Tuliskan imbuhan awalan me- and akhiran –an, -kan atau -i yang sesuai untuk kata dasar di
bawah :

jelas - _______________ nyata - ____________

lancer - _____________ cadang - ______________________________

galak - ______________ bubuh - _______________________________

amal - ______________ kekal - _________________________________

tahu - ______________ rujuk - _________________________________


M Tahun 3 : Latihan Kata Bilangan
Gariskan kata bilangan yang sesuai. (16%)

1. ( Semua / Segala / Setengah ) murid di kelas itu sedang beratur di luar bilik darjah.
2. Emak memberi ( kedua / setiap / separuh ) kek itu kepada jiran kami.
3. Kakak mendapat tempat ( kedua-dua / dua / kedua ) dalam pertandingan itu.
4. ( Masing-masing / Pelbagai / Setengah ) jenis pakaian dijual di pasaraya itu.
5. Sudah (berbulan-bulan / berjam-jam / bertahun-tahun ) saya menunggu Jamie di
perhentian bas ini.
6. (Setengah / Secucuk / Ribuan ) penonton menyaksikan perlawanan bola sepak itu.
7. Penumpang dinasihati supaya memakai tali pinggang ( setiap / masing-masing / beberapa
).
8. Dr. Deng hanya memberi cuti selama (pertama / setiap / satu ) hari kepada Anita.

Latihan Imbuhan Awalan and Akhiran


Gariskan kata berimbuhan yang betul. (16%)

1. Alex sedang _______ (memainkan / bermain / termain) bola di padang.


2. Puan Halimah sedang _________ (dicuci / mencuci / pencuci) pakaiannya.
3. Semua __________ (penonton / menonton / ditonton ) bertepuk tangan apabila
persembahan di pentas itu tamat.
4. Pokok bunga itu ________ (ditanam / menanam / tanamkan) oleh ibu.
5. Shiela amat ________ (meminati / peminat / berminat) penyanyi itu sejak kecil lagi.
6. Walaupun kalah dalam pertandingan badminton itu, Sunny tidak pernah _______
(berputus / terputus) asa.
7. Amber Lim telah ________ ( dilantik / melantik / terlantik ) menjadi ketua pasukan bola
keranjang sekolahnya.
8. Sesiapa yang berminat menyertai _________ (melawat / lawatan / dilawati) itu, sila
beritahu guru kelas.
BM Tahun 3 - Latihan Kata Hubung
Isi tempat kosong dengan kata hubung yang sesuai. (14%)

kerana sementara sambil tetapi lalu agar


sejak

1. Syakifi berdiri ________________ menjawab soalan yang diberikan oleh Cikgu Wong.
2. Ibu mencedok sambal _____________________ abang membungkus nasi lemak.
3. William mandi _______________ menyanyi di dalam bilik air.
4. Natasha suka makan ayam goring __________________ tidak suka makan sayur.
5. Lily sangat sedih _____________ kucing kesayangannya dilanggar oleh kereta.
6. Kita mestilah mejaga kebersihan ____________ kesihatan kita terjamin.
7. Encik Steven cacat penglihatan ______________ terlibat dalam kemalangan.

BM tahun 3 : Latihan Kata Seru


Isi tempat kosong dengan kata seru yang betul. (14%)

Aduh Cis Nah Oh Syabas Hai Wah

1. _______________, rupa-rupanya begini cara kamu menggunakan kamera digital !


2. _______________, berani kamu merosakkan telefon bimbit saya !
3. _______________, kawan-kawan ! Lihatlah computer baru saya.
4. _______________, sakitnya tangan saya kerana terkena sterika yang panas itu !
5. _______________, ambil alat kawalan jauh kamu ini semula !
6. _______________, kejayaan ini adalah kebanggaan untuk kita semua!
7. _______________, berkereta besar engkau sekarang !
BM Tahun 3 : Latihan Simpulan Bahasa - 1
Isikan tempat kosong dengan simpulan bahasa berikut :

Ringan tulang mata pencarian titik peluh

nasi telah menjadi bubur malang tidak berbau besar hati

1. Aduhai, ___________________________________________________________, saya terpijak


seekor ular lalu digigit olehnya.

2. Emak Ali berasa _________________________________________ apabila melihat anaknya

rajin belajar and berkelakuan baik.


3. ________________________________________ nya sebagai seorang nelayan bukannya
senang. Bila cuaca hujan, kuranglah rezekinya.

4. Dia berasa gembira apabila mendapat wang hasil ______________________________ nya


menjual sayur-sayuran.
5. Saya sudah ditipu oleh penjahat itu. Apa dayaku, _________________________________

______________.
6. Pak Abu memang adalah seorang yang ___________________________________, pagi-pagi lagi
sudah pergi bekerja di lading getah untuk menyarai keluarganya.

Anda mungkin juga menyukai