Anda di halaman 1dari 2

Tahun 2011 merupakan tahun yang penting bagi Kementerian Pelajaran kerana pada tahun

ini adalah tahun perlaksanaan Dasar 1 Murid 1Sukan di semua sekolah seluruh Malaysia. Dasar ini

mewajibkan setiap murid yang sihat tubuh badan mengambil sekurang-kurangnya satu jenis sukan.

Mereka boleh mengambil lebih daripada satu sekiranya mereka mahu dan pada masa yang sama,

sekolah tersebut mempunyai kemudahan untuk menganjurkan sukan berkenaan. Tidak dapat

dinafikan lagi, dasar ini telah memberi pelbagai faedah kepada setiap pelajar, sekolah dan juga

masyarakat agar minda cerdas badan sihat.

Antara faedahnya adalah, dasar ini mampu memberikan peluang kepada setiap pelajar untuk

meningkatkan keupayaan jasmani kendiri. Seperti yang kita sedia maklum, aktiviti sukan mampu

menjana kepada badan yang sihat dan otak yang cerdas. Badan yang sihat diperoleh melalui

rembesan peluh dari badan apabila kita melakukan senaman. Semakin banyak peluh yang keluar,

badan akan menjadi lebih sihat. Apabila badan menjadi sihat, pemikiran kita dalam pembelajaran

dalam kelas akan menjadi lebih mudah.

Selain itu, dasar ini dapat memupuk perpaduan antara kaum. Penglibatan dalam satu-satu

jenis sukan akan melibatkan ramai pelajar lain yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, bangsa

dan agama seperti yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Keadaan ini akan

memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan sensitiviti mereka dan juga menambah

pengetahuan masing-masing akan budaya pelbagai kaum. Pendek kata, “tak kenal, maka tak

cinta”. Malahan, pemahaman mereka terhadap sesuatu bangsa atau agama akan lebih meningkat.

Dasar 1 Murid 1Sukan juga mampu membentuk sahsiah, jati diri, dan disiplin diri. Sebagai contoh,

ketika menghadiri latihan sukan bola sepak, pelajar tersebut perlu menepati masa latihan supaya

jurulatih dan kawan-kawan yang lain tidak akan tertunggu-tunggu dan juga pembaziran masa tidak

akan berlaku kerana orang yang membazir masa selalu rugi.

Minat yang mendalam terhadap sesuatu sukan akan mendorong untuk berlatih bersungguh-

sungguh. Kesungguhan tersebut akan mencetuskan komitmen terhadap latihan bagi mencapai

keputusan yang terbaik.


Dasar ini juga dilihat mampu menjadi landasan ke arah kecemerlangan sukan di sesebuah sekolah

dan juga negara. Penglibatan pelajar dilihat mampu menaikkan nama sekolah. Semakin tinggi tahap

penglibatan pelajar tersebut, semakin tinggilah martabatnya di mata masyarakat. Sekiranya murid

tersebut menang dalam pertandingan yang disertai, misalnya pertandingan memanah peringkat

kebangsaan, nama sekolah dan negeri akan naik. Begitu juga sekiranya pelajar tersebut menang di

peringkat antarabangsa, nama negara turut harum dalam persada sukan yang disertainya.

Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan lagi, Dasar 1 Murid 1Sukan memberikan banyak faedah kepada

individu pelajar itu sendiri dan juga masyarakat. Namun, setiap pelajar harus diingatkan bahawa

keseimbangan antara akademik dan kokurikulum adalah sangat penting. Guru dan ibu bapa perlu

memainkan peranan penting dalam memastikan setiap pelajar menyeimbangkan kedua-dua perkara

ini. Hal ini kerana, kedua-duanya mampu mendorong kepada pelajar tersebut untuk membentuk jati

diri kerana jika hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Anda mungkin juga menyukai