Anda di halaman 1dari 26

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulillah dengan izin- Nya saya telah berusaha untuk menyudahkan
tugasan Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu dengan jayanya walaupun
terpaksa menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah yang
telah membimbing saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini membuka
minda saya untuk mempelajari pembelajaran morfologi dan sintaksis bahasa
Melayu untuk diaplikasikan kepada anak-anak didik saya di sekolah.

Keduanya pula saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-
rakan yang telah membantu saya dari segi bahan dan cara membuat tugasan ini

Akhir sekali, saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada suami dan anak-
anak yang sentiasa bersabar dengan sikap saya yang terpaksa mengurangkan
aktiviti bersama keluarga.
Semoga apa yang kalian lakukan, mendapat keredhoaan Allah s.w.t
InsyaAllah pertolongan kalian dibalas dengan kebaikan daripada Allah s.w.t.
Amin.
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said

BIODATA
Nama : Maznah bt Meor Mohd @ Said
Kad Pengenalan : 661124-08-5076
Alamat : D 2, Rumah Guru,
Sekolah Kebangsaan Kampung Muhibbah,
31100 Sungai Siput (U),
Perak.
E-mail : mazha04@yahoo.com
Telefon : 019-5722685
Foto : Bersama keluarga tercinta.
Suami: Abdul Halim bin Mohamed Zelan,
Anak: Muhammad Solehin, Nur Solehah,
Nur Syukrina, Muhammad Syahmi
dan Nur Syahirah.

Isi kandungan

1. Pendahuluan…………………….…………………………..................1

2. Soalan 1- Jelaskan dan berikan pengertian strategi


pengajaran yang dipilih...........................................................................2-3

2
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said
3. Prosedur Pembelajaran Masteri...............................................................4-5

4. Soalan 2- Hasilkan satu rancangan pengajaran berdasarkan


strategi pengajaran dan aktiviti menggambar yang dipilih.......................6-11

5. Huraikan mengapa strategi pengajaran tersebut dipilih............................12-16

6. Kenalpasti dan jelaskan LIMA kelebihan dan LIMA kekurangan


menggunakan kaedah ini............................................................................16-19

7. Berikan pendapat anda mengenai kepentingan aplikasi strategi


Pengajaran di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
Seni Visual ................................................................................................19-23

8. Rumusan......................................................................................................24

9. Rujukan .......................................................................................................25

10. Lampiran ......................................................................................................26

BAHAGIAN A (MORFOLOGI)
Pengenalan

3
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said

1. Konsep

Morfem Perkataan

Bebas Terikat Akar Dasar

2. Bentuk Kata

Tunggal Terbitan Majmuk Ganda

3. Proses Pembentukan Kata

Pengimbuhan Pemajmukan Penggandaaan

4. Golongan Kata

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong
kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang
menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa
sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan

4
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said
penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan
berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan
yang sama.

1. Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan jenis-jenis perkataan dalam


bahasa Melayu

Perkataan dan jenis-jenis perkataan

Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang terdiri
daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Perkataan dimulai dan
diakhiri oleh sempadan perkataan. Contohnya, Pelajar itu sudah menjadi mahasiswa
terdapat bentuk-bentuk kata: + pelajar ++ sudah ++ menjadi ++ mahasiswa +.
Sempadan perkataan ini bersifat abstrak, iaitu menggunakan perkataan, baik dalam
tulisan ataupin pertuturan.

Daripada contoh yang diberikan di atas, kita dapati bahawa perkataan mengandungi
berbagai-bagai bentuk yang dapat dijeniskan sebagai yang berikut: kata tunggal, kata
terbitan, kata majmuk dan kata ganda.

Kata Tunggal

Bentuk kata tunggal ialah bentuk kata yang terdiri daripada hanya satu bentuk kata
dasar yakni tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar lain. Kebanyakan
kata tunggal dalam Bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluaskan dengan
bentuk terbitan.

Kata tunggal boleh terdiri daripada satu suku kata dan dua atau lebih suku kata.
Contoh:
satu suku kata – am, dan, roh, skru
dua suku kata – itu, ubi, aku

5
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said
Berasaskan perlaksanaan tatabahasa, kata tunggal dapat dibahagikan kepada tiga
jenis:

a) Kata tunggal yang merupakan unit bebas dan dapat berdiri sendiri sebagai satu
perkataan yang bermakna. Contoh : orang, gitar, pen, botol
b) Kata tugas, iaitu unit yang yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan
sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya.
Contoh : dari, dan, pada, demi, untuk
c) Kata akronim, iaitu perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan
beberapa perkataan dan membentuk satu perkataan yang utuh. Bentuk-bentuk
singkatan ini terdiri daripada suku kata atau huruf-huruf tertentu. Contoh :
berdikari – berdiri di atas kaki sendiri
komuter – keretapi berkomputer
kugiran – kumpulan gitar rancak
pawagam – panggung wayang gambar

Kata Terbitan

Kata terbitan ialah bentuk kata yang mengandungi kata dasar yang mendapat atau
menerima imbuhan. Kata terbitan ini terbentuk melalui proses pengimbuhan iaitu
proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar dan menghasilkan empat
bentuk kata terbitan :
a) Kata Terbitan Berawalan
b) Kata Terbitan Berakhiran
c) Kata Terbitan Berapitan
d) Kata Terbitan Bersisipan

Imbuhan ialah unit-unit bahasa yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang
menyebabkan perubahan makna nahunya. Imbuhan dapat dibahagikan pada empat
jenis :

6
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said
a) imbuhan awalan
- unsur imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar.
Contoh : imbuhan ‘ber’ dalam ‘bersukan’  ber+sukan

b) imbuhan akhiran
- unsur imbuhan yang hadir selepas kata dasar
Contoh : imbuhan ‘-an’ dalam ‘makanan’  makan+an
imbuhan ‘-kan’ dalam ‘kembalikan’  kembali+kan

c) imbuhan apitan
- imbuhan yang hadir secara melingkungi kata dasar iaitu dua bahagian
imbuhan yang hadir serentak pada awal dan akhir perkataan
Contoh : imbuhan ‘men…..kan’ dalam ‘mendebarkan’  men+debar+kan
imbuhan ‘pe….an’ dalam ‘pendidikan’ pen+didik+an

d) imbuhan sisipan
- unsur imbuhan yang hadir di celahan kata dasar. Bentuk ini tidak lagi
produktif dalam pembentukan kata terbitan, iaitu kata terbitan baru tidak lagi
dibentuk dengan imbuhan sisipan
Contoh : imbuhan ‘…er…’ dalam ‘keruping’
imbuhan ‘…el…’ dalam ‘telunjuk’

Kata Terbitan Berawalan


Kata terbitan berawalan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan
kata adjektif terbitan. Contoh :

a) Kata Nama : pelari, perakus ( imbuhan ‘pe’)

7
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said
pembawa, pembuat (‘pem’)
suprakelas, supranasional (‘supra’)

b) Kata Kerja : melawan, mengikat, merasa (‘me’)


berjalan, berganti, berserta (‘ber’)

c) Kata Adjektif : terbesar, tercantik (‘ter’)


secerah, setebal, senipis (‘se’)

Kata Terbitan Berakhiran


Kata terbitan berakhiran dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata kerja terbitan
sahaja. Contoh :

a) Kata Nama : pakaian, jahitan, mainan (‘-an’)


sasterawan, angkasawan (‘-wan’)
budiman, seniman (‘-man’)
peragawati, seniwati (‘-wati’)
nasionalisme, patriotisme (‘-isme’)
b) Kata Kerja : gunakan, besarkan, buatkan (‘-kan’)
duduki, turuti, berkati (‘-i’)

Kata Terbitan Berapitan


Kata terbitan berapitan dapat wujud dalam kata nama terbitan, kata kerja terbitan,dan
kata adjektif terbitan. Contoh :

a) Kata Nama : pelaksanaan, perasaan (‘pe…an’)


kelainan, kedukaan (‘ke…an’)

b) Kata Kerja : memainkan, melukakan (‘me…kan’)


beralaskan, berlaukan (‘ber…kan’)
diyakini, disirami (‘di…i’)
dipergunakan (‘diper…kan’)
memperdagangkan (‘memper…kan’)
keselesaan (‘ke…an’)

8
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said

c) Kata Adjektif : kemelayuan (‘ke…an’)

Kata Terbitan Bersisipan


Bentuk sisipan tidak lagi produktif dalam pembentukan kata terbitan, yakni kata
terbitan baru tidak lagi dibentuk dengan sisipan. Bentuk-bentuk kata sisipan sudah
membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan –
perkataan lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta. Kata terbitan
bersisipan dapat wujud dalam kata nama terbitan dan kata adjektif terbitan. Contoh :

a) Kata Nama : kelingking, telunjuk (‘..el..’)


keruping, seruling (‘..er..’)

b) Kata Adjektif : kelebak, selerak (‘..el..’)


gemilang, semerbak (‘..em..’)

Kata Majmuk

Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata atau lebih, dan bentuk
baru yang terhasil akan membawa makna yang tertentu. Kata majmuk dieja terpisah
dan bertindak sebagai satu unit. Bentuk kata majmuk tidak boleh menerima sebarang
penyisipan unsur lain. Contoh kata majmuk adalah seperti berikut:

Kata Majmuk Rangkai Kata Bebas

Contohnya: alat tulis nasi minyak kerusi malas

Kata Majmuk Istilah Khusus

Contohnya: batu kapur carta pai kanta tangan

Kata Majmuk Maksud Kiasan

9
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said
Contohnya: kaki ayam duit kopi berat tangan

Terdapat juga sebilangan bentuk kata majmuk yang disebut sebagai kata majmuk
mantap iaitu dieja secara serangkai, seperti dalam contoh berikut:
Antarabangsa apabila padahal olahraga warganegara

Kata Ganda

Proses penggandaaan dalam bahas Melayu ialah proses yang menggandakan kata
dasar. Dalam proses demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau
separa. Kata dasar juga boleh digandakan secara berentak, iaitu berdasarkan bunyi
tertentu. Tiga jenis penggandaan dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:

Penggandaan Penuh
Contohnya: pulau-pulau buku-buku cantik-cantik

Penggandaan Separa
Contohnya: jejari sesisir lelangit

Penggandaan Berentak
Contohnya: sayur-mayur lauk-pauk gunung-ganang

BAHAGIAN A (MORFOLOGI)
Soalan 2 : Pilih salah satu bahan mengajar yang sesuai untuk mengajar jenis-
jenis perkataan dalam bahasa Melayu kepada murid-murid tahun enam.
Pengunaan bahan bantu mengajar tersebut boleh disokong dengan penggunaan

10
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said
rajah, alat atau apa sahaja bahan yang bersesuaian. Pemilihan strategi dan teknik
juga amat penting untuk merealisasikan pengajaran anda.
Carta 1

KATA
KATA
MAJMUK
TUNGGAL

JENIS-JENIS PERKATAAN

JENIS-JENIS
JENIS-JENIS
PERKATAAN
PERKATAAN

KATA KATA
TERBITAN MAJMUK

11
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said

Jenis-jenis Perkataan

Tunggal Terbitan Majmuk Ganda

gam menyapu Bola sepak Layang-layang

Lembaran Kerja

12
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said
Baca petikan dibawah kemudian gariskan jenis-jenis perkataan iaitu kata tunggal,
kata majmuk, kata terbitan dan kata ganda yang terdapat di dalam petikan
tersebut. Kemudian tulis d iruangan yang disediakan.

Setelah siap berpakaian, aku pun duduk di ruang tamu


sambil menonton televisyen. Aku telah berjanji hendak ke pasar
raya yang terletak berhampiran dengan rumahku bersama-sama
Hadi dan Kumaresan.
Tidak lama kemudian, terdengar bunyi pintu pagar dibuka
oleh seseorang. Aku yakin, tentulah itu Hadi dan Kumaresan.
Aku menuju ke pintu, memang tidak salah lagi tekaanku. Hadi
dan Kumaresan tersenyum memandangku.
Kami bertiga hanya berjalan kaki ke pasar raya itu. Tujuan
kami bukanlah untuk melepak, tetapi kami hendak membeli
alat-alat tulis yang kebetulan sedang diberi tawaran istimewa di
pasar raya itu.
Aku tidak menyangka sebegitu ramai orang yang datang
ke pasar raya pada hari itu. Aku rasa lemas dengan keadaan
begitu kerana hendak berjalan pun terasa sukar.
Kami bertiga terus menuju ke tempat alat-alat tulis.
Masing-masing sibuk memilih alat tulis yang diingini. Setelah
membayar, kami pun segera pulang.
Aku berasa amat lega setelah keluar dari pasar raya yang
sibuk itu.

13
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said
Senaraikan jenis-jenis perkataan yang terdapat dari petikan di atas ke dalam
ruangan yang disediakan di bawah ini.

Kata Kata
Tunggal Majmuk

1.____________________________ 1.___________________________

2.____________________________ 2.___________________________

3.____________________________ 3.___________________________

4.____________________________ 4.___________________________

5.____________________________ 5.___________________________

Kata Kata Ganda


Terbitan

1.____________________________ 1.____________________________

2.____________________________ 2.____________________________

3.____________________________ 3.____________________________

4.____________________________ 4.____________________________

5.____________________________ 5.____________________________

14
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said
Langkah-langkah menggunakan bahan mengajar.

1. Guru menggunakan teknik deduktif iaitu menerangkan atau membuat rumusan


kepada murid-murid jenis-jenis perkataan dengan menunjukkan carta gambarajah
seperti di m/s 8.

2. Guru menggunakan carta di m/s 9 dan menunjukkan beberapa contoh perkataan


mengikut jenis-jenisnya. Kemudian guru membahagikan kepada empat kumpulan
mengikut jenis perkataan iaitu Kumpulan Kata Tunggal, Kumpulan Kata Majmuk,
Kumpulan Kata Terbitan dan Kumpulan Kata Ganda. Murid di berikan lima keping
kad “white board” dan sebatang “marker white board” kepada setiap kumpulan.
Setelah setiap kumpulan menulis perkataan yang berkenaan, guru meminta ketua
kumpulan menampal perkataan tersebut pada carta di papan hitam.

3. Guru dan murid-murid berbincang mengenai jawapan daripada setiap kumpulan.

4. Apabila murid sudah menguasai jenis-jenis perkataan tersebut, guru edarkan satu
petikan kepada setiap murid dan meminta murid membacanya. Kemudian, guru
meminta murid mengeluarkan keempat-keempat jenis perkataan tadi lalu ditulis ke
dalam kertas lembaran kerja yang disediakan oleh guru.

5. Guru dan murid-murid berbincang mengenai jawapan dari lembaran kerja.

6. Penutup, murid-murid membuat rumusan tentang jenis-jenis perkataan bahasa


Melayu.

15
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said

BAHAGIAN B (SINTAKSIS)
1. Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan apakah yang
dimaksudkan denga nragam ayat aktif dan ayat pasif dalm bahasa Melayu.

Pengenalan Sintaksis.
Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji
bentuk,struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Bidang sintaksis juga sebagai kajian
tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah pengabungan dan
penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu
bahasa.

RAGAM AYAT
Ragam ayat terdiri daripada ayat aktif dan pasif.

Ayat aktif
Ayat aktif mengandungi kata kerja aktif yang mengutamakan subjek asal sebagai
judul atau unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan
ayat aktif tak transitif.

Ayat aktif transitif mengandungi kata kerja transitif yang perlu diikuti oleh frasa
nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya. Kata kerja
transitif mempunyai dua bentuk : yang pertama tidak menerima imbuhan ( seperti
makan, minum) dan yang kedua menerima imbuhan ‘men-‘ ( seperti memanggil,
melanda)
Contoh :
1. frasa nama sebagai objek:
a) Guru disiplin memanggil pelajar itu.
b) Banjir kilat melanda Kuala Lumpur.
2. ayat komplemen sebagai
a) Pengawas memberitahu bahawa pelajar itu sudah pulang.
b) Pengetua mengumumkan bahawa kawasan sekolah perlu dibersihkan setiap
hari.

16
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said
Ayat aktif tak transitif mengandungi kata kerja tak transitif yang mengandungi
pelengkap.
Contoh:
1. Kanak-kanak sedang mandi di kolam itu
2. Pokok itu membesar dengan cepat
3. Mereka berkebun di kampung.

Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang dibina dengan mengutamakan objek asal sebagai pokok
atau bahagian yang diterangkan. Ayat ini mempunyai kata kerja yang ditandai oleh
penanda pasif seperti imbuhan ‘di-‘, ‘ter-‘, ‘ber-‘ serta ‘ke-‘dan ‘-an’.
Contoh :
1. Kain itu belum berlipat
2. Penjenayah itu ditangkap oleh polis.
Bagi ayat pasif yang berkata kerja pasif ‘di-‘, kata sendi ‘oleh’ dan frasa nama yang
berkedudukan selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa merosakkan makna struktur
ayat

Contoh : Penjenayah itu ditangkap polis malam tadi.


Namun jika binaan ‘oleh’ dan frasa nama itu terletak jauh daripada kata kerja, maka
‘oleh’ tidak boleh digugurkan.

Bagi ayat pasif dengan kata ganti diri orang pertama dan kedua, jenis kata ganti nama
diri diletakkan di hadapan kata kerja dasar. Ini kerana kata ganti nama diri pertama
dan kedua tidak boleh menerima kata kerja dengan imbuhan pasif ‘di-‘.

Contoh : Buku itu jangan sekali-kali kau baca lagi.


Ayat pasif dengan kata bantu pasif ‘kena’ pula mempunyai perkataan ‘kena’ di
hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.

Contoh : Pengedar dadah itu kena tangkap.

17
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said
BAHAGIAN B soalan 2
Bina satu rancangan pengajaran yang lengkap bagaimana anda boleh
mengajarkan penulisan ayat tunggal yang gramatis di dalam kelas tahun 5 yang
digabungjalinkan dengan pengajaran bacaan dan kefahaman. Masa yang
diperuntukan ialah 60 minit ( 2 waktu). Rancangan pengajaran anda perlulah
bermula dengan perancangan, perkembangan, dan penutup. Pemilihan strategi
dan teknik yang sesuai amat penting dan di akhir pengajaran disediakan latihan
yang bersesuaian.

BUTIR – BUTIR AM
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : Tahun 5 Tekun
Umur : 11 Tahun
Bilangan Murid : 25 orang
Masa : 8:30 hingga 9:30 pagi
Tema : Kekeluargaan
Tajuk : Keluarga Harmoni Hidup Diberkati
Hasil Pembelajaran : F.U – 8.1 Aras 2 (i)
F.S - 5.1 Aras 2 (i)
Pengetahuan sedia
Ada murid : Murid pernah pergi berkelah di tepi pantai bersama keluarga.
Murid telah belajar membina ayat tunggal berpandukan
gambar.
Objektif : 1. Murid boleh membaca teks dialog dengan intonasi yang
betul.
2. Murid boleh menjawab soalan pemahaman berpandukan
dialog sekurang kurangnya tiga betul daripada lima soalan.
3. Murid boleh membina ayat tunggal yang gramatis
sekurang- kurangnya tiga daripada lima ayat berpandukan
gambar tunggal yang diberi.
Tatabahasa : Kata Tanya dan Kata Kerja
Nilai murni : Bekerjasama, berterima kasih, berusaha dan sabar.
KBKK : Menjana idea, mengenal pasti dan mengaplikasi.

18
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said
Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan
Masa
Pembelajaran
Set Induksi Berkelah Bersama - Guru menayangkan LCD
Keluarga. LCD- power point
(5minit)
menunjukkan gambar- Nilai murni:
gambar berkelah di tepi - menyayangi
pantai bersama keluarga. keluarga
- Guru menyoal beberapa - berani
orang murid tentang - bersyukur
pengalaman mereka
berkelah bersama
keluarga.

Langkah 1 Teks dialog. Buku teks


- Guru meminta murid
(10 minit) Tajuk: ”Keluarga
dan soalan
Fahmi Berkelah di membaca teks dialog
Pantai Teluk pemahaman
dalam buku teks muka
Kemang”
surat 6.
Soalan; Nilai murni
- Murid membaca senyap
1. Apakah rancangan
berani
Fahmi pada cuti - Guru meminta empat
sekolah? bertanggungjawab
orang membaca
bekerjasama.
2. Di manakah kem mengikut intonasi seperti
itu diadakan?
dalam dialog.
3. Siapakah yang - Guru bersoaljawab
telah menyiapkan
secara lisan soalan
alatan dan pakaian
Fahmi? pemahaman yang
diberikan oleh guru.
4.Bagaimanakah
perasaan Fahmi
ketika itu?

5. Berikan maksud
perkataan motivasi
dalam petikan.

Catatan
Langkah/ Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan

19
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said
Masa Pembelajaran

Menyenaraikan ayat -Guru meminta murid Teks dialog


Langkah 2 tunggal daripada teks
meyenaraikan ayat
10 minit Nilai murni:
tunggal yang terdapat berani
berusaha
dalam teks dialog tadi
lalu ditulis di papan
hitam.
-Guru bersoaljawab
secara kelas tentang
jawapan yang terdapat di
papan hitam dan
membuat rumusan
tentang ayat tunggal.

Langkah 3 Tatabahasa BBM:


-Guru meminta murid
10 minit - Kata Tanya kad kata tanya
membuka buku teks kad kata kerja
- Siapa? kad ayat.
muka surat 5.
- Apa yang dibuat ?
-Guru meminta murid
- Di mana ? Nilai murni:
berada dalam kumpulan
bekerjasama
- Bila ?
seramai lima orang – berusaha
murid menulis kata tanya
Kata Kerja:
dan menyenaraikan kata
berbual-bual KBKK:
kerja yang terdapat
menjana idea
membina
dalam gambar. menciri
berenang mengaplikasi
- Kemudian murid
berlari
menampal kad kata tanya
mengepit
dan kad kata kerja di
papan hitam kemudian
berbincang secara kelas.

Isi Pelajaran
Aktiviti Pengajaran dan
Langkah/Masa Catatan

20
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said
Pembelajaran
Membina ayat -Guru tunjukkan contoh
Langkah 4
10 minit tunggal gramatis ayat tunggal gramatis
berpandukan kata tanya
BBM:
dan kata kerja
yang Buku Teks m/s 5
Kad ayat tunggal
terdapat dalam gambar
buku teks m/s 5.
Contoh: Ibu Fahmi
Nilai murni:
sedang berbual-bual di bekerjasama
berani
atas tikar ketika berkelah
berusaha
di tepi pantai.
-Guru menerangkan ciri-
ciri ayat tunggal yang
gramatis.
-Murid membina ayat KBKK:
menjana idea
tunggal yang gramatis di
mengaplikasi
dalam kumpulan masing-
masing.

Pembentangan Ketua kumpulan


Langkah 5
10 minit menampal ayat tunggal
dan membacanya.
Guru bersoaljawab
mengenai semua ayat
tunggal yang ditulis oleh
setiap kumpulan.
Guru memuji kumpulan
murid yang boleh
menulis ayat tunggal
gramtis dengan baik.

Langkah/Masa Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Catatan


dan Pembelajaran

21
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said

Menyalin dan Murid menyalin ayat


Penutup membuat rumusan tunggal gramatis ke Buku penulisan
5 minit dalam buku penulisan
Nilai murni:
dan guru bersoaljawab bertanggungjawap
dan membuat rumusan
dengan murid tentang KBKK:
membuat rumusan
ciri ayat tunggal
gramatis.

Kesimpulan daripada Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran di atas telah menggunakan pendekatan eklektik


iaitu pendekatan yang menggabungkan kedua-dua pendekatan deduktif dan induktif
supaya pengajaran lebih berkesan.

Teori Pemerolehan Bahasa iaitu Teori Behaviurisme digunakan dalam aktiviti


pengajaran dan pembelajaran supaya murid lebih memahami jika pengulangan dan
latihan dilakukan serta mementingkan persekitaran murid dan pengalaman sedia ada
murid.

Strategi yang digunakan ialah berpusatkan murid dan menggunakan teknik soaljawab,
teknik perbincangan dan teknik latih-tubi. Penggabungjalinan antara kemahiran
bahasa membaca teks, membina dan menulis ayat serta tatabahasa yang diajar
menambahkan lagi pengetahuan sedia ada murid. Di samping penyerapan nilai murni
juga penting semasa aktiviti dijalankan.

22
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said

Bibliografi

Dr. Ali Mahmood et. al (2007). HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa
Melayu. OUM, Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Mohamad Hanafiah Zainuddin (2006). Visi Baharu Bahasa Melayu UPSR .


Selangor: SNP Panpac (M) Sdn. Bhd.

Mohd. Nasar Bin Sukor et.al (2006). Bahasa Melayu Tahun 5 Sekolah Kebangsaan
Buku Teks. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur: Percetakan Warni Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim et.al (2008).Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur: Dawana Sdn. Bhd.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1987). Kajian Bahasa untuk Pelatih Maktab
Perguruan. Petaling Jaya, Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tatabahasa_bahasa_Melayu

http://mindabahasa:wordpress.com/category/sintaksis/

http://tatabahasabm.tipod.com/tata/ragayat.htm

23
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said

Lampiran:

 Petikan dan Soalan Pemahaman


 Gambar Tunggal

24
HBML 2103 Pembelajaran Morfo Sintaksis Bahasa Melayu
Maznah bt Meor Mohd @ Said
Membina lima ayat tunggal yang gramatis berpandukan aktiviti dalam gambar di
bawah.

Kata tanya

siapa apa yang dibuatnya di mana bila

Kata kerja

Berbual-bual, membina , berenang, mengepit, berlari

Contoh:

1. Nenek Fahmi sedang berbual-bual di atas tikar semasa berkelah.


2. Abang Fahmi sedang mengepit papan luncur menuju ke tepi laut.

25

Anda mungkin juga menyukai