Anda di halaman 1dari 8

BLOOM KATA TUGAS RESPONS YANG DIHARAPKAN

TAXONOMY

Apakah Memberikan maklumat yang khusus


atau spesifik

Bilakah Menyatakan masa / waktu / urutan


prosedur

Pengetahuan Catatkan Merakamkan atau merekodkan


sesuatu maklumat

Definisikan Memberi keterangan yang singkat


tetapi jelas tentang makna suatu
perkataan khusus / istilah /
terminology

Di manakah Menyatakan kedudukan / tempat

Isikan Memenuhkan maklumat yang


spesifik di ruang

Kenal pasti Memberi petunjuk atau makluman


terhadap sesuatu perkara / benda /
pernyataan yang dikenali atau dicam
dengan jelas

Labelkan Menandakan dan / atau memberikan


panggilan yang spesifik terhadap
suatu rujukan pada rajah / graf /
carta / ilustrasi

Lengkapkan Mengisikan maklumat / nilai yang


spesifik pada ruang kosong pada
jadual / rajah / ayat yang diberikan

Namakan Memberi panggilan yang spesifik


terhadap suatu benda / istilah /
terminology / proses

Nyatakan Memberi jawapan yang spesifik


tanpa memerlukan penerangan
lanjut / huraian / sokongan
Padankan Membuat penyesuaian yang setara
berdasarkan rajah / symbol /
maklumat tentang pernyataan
berhubung spesifikasi / fungsi /
aplikasi atau sebaliknya

Siapakah Mengenal pasti individu dalam


konteks

Takrifkan Memberi keterangan yang singkat


tetapi jelas tentang makna suatu
perkataan khusus / istilah /
terminology

Tandakan Meletakkan symbol yang


dikehendaki

Tulis Mencatat huruf / angka / symbol


yang khusus

Bagaimanakah Memperihalkan / memberi


penerangan tentang cara / keadaan /
langkah / kejadian

Bilakah Menyatakan masa / waktu / urutan


prosedur

Bincangkan Memberi penerangan / pandangan


Kefahaman daripada pelbagai aspek

Buatkan Mengemukakan pernyataan yang


boleh diuji

Catatkan Merakamkan atau merekodkan


sesuatu maklumat

Di manakah Menyatakan tempat / kedudukan

Fokuskan Memberi penerangan / pernyataan


dengan menumpukan kepada
sesuatu aspek tertentu

Isikan Memenuhkan maklumat yang


spesifik di ruang
Jelaskan Memberi penerangan tentang
sesuatu dengan sokongan supaya
mudah difahami

Kemukakan Memberi pendapat sama ada


menyokong atau membangkang

Lorekkan Melukis dengan garisan / corengan /


coretan pada kawasan / rantau /
ruangan tertentu

Manakah Menyatakan pilihan

Mengapakah Memberi sebab

Nyatakan Memberi jawapan yang spesifik


tanpa memerlukan penerangan
lanjut / huraian / sokongan

Padankan Membuat penyesuaian yang setara


berdasarkan rajah / symbol /
maklumat tentang pernyataan
berhubung spesifikasi / fungsi /
aplikasi atau sebaliknya

Pasangkan Mencantumkan bahagian sesuatu


mengikut susunan prosesdur yang
betul

Susun Membuat sesuatu urutan dengan


menggunakan kaedah / prinsip /
keperluan / keutamaan

Tafsirkan Mengulas sesuatu berdasarkan


maklumat yang diberi

Terangkan Menyatakan fakta dengan sokongan


atau menjelaskan sesuatu dengan
sebab

Terjemahkan Menukarkan sesuatu bentuk


komunikasi kepada suatu bentuk
komunikasi lain
Tunjukkan Menyatakan sesuatu dengan bukti

Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif yang


dianggap sesuai dengan konteks
berdasarkan pertimbangan/

Bezakan Menyatakan kelainan /


ketidaksamaan antara dua atau lebih
perkara

Aplikasi Bincangkan Memberi penerangan / pandangan


daripada pelbagai aspek

Bundarkan Membuat penghampiran bagi suatu


nilai kepada kejituan tertentu

Cari Memberikan suatu nilai / kedudukan


/ perkara secara mengenai pasti
dengan menggunakan kaedah
tertentu atau menghitung secara
ringkas

Gariskasarkan Memberi ciri penting secara umum


untuk sesuatu proses / tindakan

Ilustrasikan Menjelaskan dengan contoh /


gambarajah / rajah

Laraskan Menyesuaikan dengan sesuatu


supaya sama dengan penunjuk /
tolok

Organisasikan Membuat sesuatu berdasarkan apa


yang telah dirancang untuk
dilaksanakan

Peringkatkan Membuat pemeringkatan beberapa


perkara megikut aras / tahap
tertentu

Pilih Menentukan maklumat yang terbaik

Ringkaskan Menyatakan sesuatu ungkapan /


pernyataan / petikan secara pendek /
padat dan mengekalkan kandungan
utama yang asal

Selesaikan Memberi beberapa fakta / ciri /


konsep / prinsip / teori secara
spesifik / berbentuk poin tanpa
memberi hubungan / perkaitan /
penerangan lanjut bagi setiap
satunya

Tentukan Membuat sesuatu keputusan selepas


mengambil kira beberapa perkara
sebagai asas pertimbangan

Tunjukkan Menyatakan sesuatu dengan bukti

Ulas Memberi pandangan / pendapat /


komen / kritik

Ungkapkan Menyatakan sesuatu secara


muktamad dalam bentuk yang
dikehendaki

Analisiskan Membuat pernyataan terperinci


tentang suatu aspek atau perkara
yang dikomunikasikan

Bandingkan Menyatakan atau menjelaskan


persamaan dan perbezaan antara dua
atau lebih perkara

Analisis Cadangkan Memberi pandangan / idea /


pendapat dengan
mempertimbangkan perkara positif
atau negative

Formatkan Menyediakan / menyusun maklumat


mengikut sesuatu prinsip / prosedur
/ peraturan tertentu

Galurkan Menghuraikan peristiwa atau fakta


secara kronologi

Gambarkisahkan Memberi penerangan dengan


menggunakan gambarajah
Huraikan Memperihalkan / menceritakan
sesuatu dengan panjang lebar /
terperinci

Jadualkan Membuat susunan tentang perkara /


maklumat / acara mengikut ciri-ciri
atau urutan tertentu yang telah
ditetapkan

Klasifikasikan Mengumpulkan / membahagi-


bahagikan / melabelkan sesuatu
kepada sesuatu kumpulan . kategori
berdasarkan kesamaan kualiti /
criteria / ciri / sifat

Lakar Memberi persembahan berbentuk


rajah / gambarajah / peta secara
kasar dan tidak memerlukan
perincian

Laporkan Memberitahu maklumat tentang


sesuatu keadaan secara lisah atau
bertulis

Lukis Memberi persembahan berbentuk


grafik / rajah / gambar rajah / graf
bagi menggambarkan suatu benda
atau perkara dengan menggunakan
alat dan mengikut ukuran atau skala
tertentu

Plot Menanda / melukis titik-titik graf

Ramalkan Memberi sesuatu nilai yang dijangka


munasabah berdasarkan pola atau
corak tertentu

Rekodkan Mencatatkan dapatan kajian /


eksperimen / data / pemerhatian
mengikut format

Tentusahkan Menyatakan kebenaran / ketepatan


sesuatu dengan memberikan bukti
Ukur Menggunakan alat pengukur untuk
mendapatkan nilai ukuran beserta
unitnya

Binakan Membuat sesuatu menggunakan


kaedah / alat tertentu

Cerakinkan Menghuraikan sesuatu kepada


bahagian

Sintesis Hitungkan Memberi nilai kuantitatif dengan


melaksanakan algoritma (langkah-
langkah tertentu) atau menggunakan
rumus

Hubungkaitkan Membuat sesuatu pertalian


berdasarkan beberapa ciri / faktor

Interpretasikan Memberi maklumat atau makna lain


bagi sesuatu komunikasi

Rumuskan Membuat sesuatu kesimpulan


berdasarkan data / maklumat /
petikan

Sarankan Memberi pandangan / idea yang


boleh diaplikasikan dalam sesuatu
situasi

Sediakan Mengadakan / mewujudkan /


menyiapkan / melengkapkan /
menyusun sesuatu mengikut format
dan prinsip yang tertentu

Syorkan Memberi pandangan / idea /


pendapat yang boleh diaplikasikan
dalam sesuatu situasi dengan
mempertimbangkan perkara positif
atau negatif

Ubahsuai Membuat sesuatu perubahan dengan

Unjur Membina garisan mengikut unjuran


sudut yang ditetapkan
Bangunkan Menghasilkan satu aturcara /
program yang menggunakan perisian
/ kaedah yang sesuai mengikut
langkah-langkah tertentu

Ciptakan Menghasilkan / mewujudkan /


Penilaian menerbitkan sesuatu dengan daya
fikiran atau imaginasi atau kreativiti

Deduksikan Membuat kesimpulan berdasarkan


sesuatu

Nilaikan Membuat pertimbangan terhadap


sesuatu perkara

Pamerkan Menunjukkan persembahan


terhadap penguasaan dalam sesuatu
perkara

Rekabentukkan Membuat garis kasar / lakaran / plan


tindakan / prototaip / model

Terbitkan Membina sesuatu dengan


menunjukkan cara

Wajarkah Membuat pertimbangan terhadap


sesuatu perkara dengan mengambil
kira pelbagai aspek sama ada
kebaikan, keburukan, kelebihan atau
kekurangan

Soalan-soalan berunsur KBAT biasanya bermula daripada Aras Analisis, Sintesis dan Penilaian dalam Bloom
Taxonomy. Biasakan menyoal pelajar-pelajar dengan soalan yang bercorak sebegini, bagi menerapkan unsur KBAT
dalam pembelajaran mereka! Semoga berjaya ..

Anda mungkin juga menyukai