Anda di halaman 1dari 5

Fakta Tentang Kalori Untuk Tips Diet Turunkan Berat Badan

by Adilah Manaf

Anda perlu mengetahui tentang fakta yang tepat dan betul tentang kalori sebelum anda memulakan diet untuk turunkan berat badan supaya diet anda tidak siasia. Tips diet untuk turunkan berat badan perlu digabungkan dengan fakta tentang kalori supaya anda faham tentang konsep kalori masuk dan kalori keluar.
Objektif terakhir sudah tentulah untuk mendapatkan berat badan yang ideal bagi menjamin kesihatan tubuh.

1. Apa yang dimaksudkan dengan kalori?


Kalori sebenarnya ialah unit ukuran untuk tenaga.

2. Adakah benar atau mitos bahawa tubuh manusia memerlukan kalori?


BENAR. Tubuh badan manusia memerlukan kalori bagi menjana tenaga, namun masalah akan timbul jika kuantiti kalori yang diambil (apa yang anda makan)
terlalu banyak dan tidak pula dibakar. Akhirnya, akan bertukar menjadi
lemak yang tersimpan dalam badan. Inilah penyebab berat badan bertambah dan ianya bahaya untuk kesihatan.

3. Bagaimana saya mahu mengira jumlah kalori dalam makanan yang diambil?
Pada kebiasaanya, setiap produk yang dijual akan menunjukkan kandungan jumlah kalorinya pada bahagian
Maklumat Tentang Pemakanan.

Tetapi kiraan kalori boleh dibuat dengan mendarab berat dalam gram nutrisi tersebut dengan nombor pekali tertentu yang disenaraikan.
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh:

Satu hidangan Sos Cili didapati mengandungi kuantiti:

i. Karbohidrat 53 gram (Berat) x 4 (nombor pekali) = 212 Kalori.


ii. Protein 1 gram (Berat) X 4 (nombor pekali) = 4 Kalori
iii. Gula (sejenis karbohidrat) -16g (Berat) x 4 (nombor pekali) = 64 Kalori

Justeru, untuk 1 tuangan sos cili kuantiti kalorinya adalah 280.

4. Berapa banyak kalori yang perlu bagi setiap lelaki dan wanita dewasa dalam satu hari?
Menurut kajian pakar diet, jumlah yang diperlukan oleh lelaki dewasa adalah 2000 hingga 2500 kalori sehari. Manakala bagi wanita dewasa pula adalah 1600
hingga 2000 kalori sehari.

5. Apa akan terjadi andainya saya makan lebih daripada kuantiti yang disyorkan itu?
Ini penting untuk anda faham. Setiap 8000 kalori yang terkumpul dalam badan (tidak dibakar) akan menyebabkan berat badan naik sebanyak 1 kilogram.

6. Maklumat tambahan sebagai panduan. Berapa anggaran kuantiti kalori dalam makanan rakyat Malaysia?

Kategori: Buah-buahan

Tem bikai (sepotong) = 20 kalori


Betik (sepotong) = 45 kalori

Pisang em as (2 bij i) = 76 kalori

Durian (5 ulas) = 64 kalori

Lim au (sebij i) = 42 kalori

Jam bu batu (sebij i) = 110 kalori

Nenas (sepotong) = 59 kalori

Epal (sebij i) = 63 kalori

Ciku (sebij i) = 44 kalori

Mang ga (sebij i) = 103 kalori

Kategori: Kuih Muih

Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori


Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori

Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori

Cekodok Pisang (sebij i sederhana) = 180 kalori

Popia goreng (satu) = 130 kalori

Popia basah (satu) = 95 kalori

Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori

Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori

Karipap (sebij i) = 130 kalori

Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori

Bubur kacang (sem angkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk

Ikan kem bong kari berkuah (seekor) = 85 kalori


Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori

Ikan kem bong goreng (seekor) = 140 kalori

Ikan senangin m asam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori

Daging lem bu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori

Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori

Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori

Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori

Sam bal udang (setengah cawan) = 70 kalori

Sam bal sotong (setengah cawan) = 55 kalori

Telor goreng (sebij i) = 110 kalori

Taufufa goreng (sekeping) = 110 kalori

Kacang panggang dalam tin (2 sudu m akan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Ruji

Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori


Nasi lem ak bersam bal (sepinggan) = 400 kalori

Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori

Nasi bri yani berayam (sepinggan) = 880 kalori

Nasi m inyak kosong (sepinggan) = 445 kalori

Nasi a yam kosong (sepinggan) = 300 kalori

Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori

Mee sup (semangkuk) = 380 kalori

Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori

Roti putih (2 keping) = 156 kalori

Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori

Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori

Pau ayam (sebij i) = 203 kalori

Em ping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera

Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori


Nugget ayam (satu) = 60 kalori
Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori

Sa yur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori

Burger kej u (satu) = 425 kalori

Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori

Sate ayam (secucuk) = 35 kalori

Pi zza berkej u (sepotong) = 240 kalori

7. Berapa banya k kalori selalunya orang dewasa makan dalam sehari?

a) Sarapan Pagi:

Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori

b) Minum Pukul 10 pagi:

Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori

c) Makan tengahari:

Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori)

+ Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori

d) Minum petang:

Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori

e) Makan Malam:

Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong belacan (120 kalori) = 682 kalori

Jumlah keseluruhan dalam sehari : 541 + 410 + 900 + 510 + 682 = 3043 kalori!!

8. Apa akan terjadi jika tabiat makan di atas tidak diubah selama setahun?
Ambil situasi lelaki dewasa, lelaki biasanya akan membakar kembali 2500 kalori yang diambil tetapi jika ambilan 3043 kalori sehari akan terdapat lebihan
sebanyak 543 kalori setiap hari dalam bentuk lemak. Jika dihitung dengan matematik mudah 543 kalori berlebihan X 365 hari = 198,195 kalori setahun akan
disimpan dan tidak terbakar. Akhirnya, dalam masa setahun berat kita akan meningkat sebanyak 24.77 kilogram iaitu kenaikan 1 kilogram bagi setiap 8000 kalori
yang tidak dibakar. Darab pula dengan 5 tahun sekiranya tabiat pemakanan masih sama!

9. Bagaimana kalori berlebihan dapat dibakar?


Ubah stail hidup anda. Amalkan gaya hidup aktif, berjalan lebih pantas, naik dan turun tangga tanpa lif, mencuci sendiri kereta, lebih kerap bersukan dan
bersenam. Kurangkan masa menonton televisyen atau bermain komputer kerana tubuh hanya mampu membakar 1 kalori seminit dan ianya sama kuantiti dengan
kalori yang dibakar semasa tidur.

10. Berapa kalori dibakar dengan aktiviti yang kita lakukan?


Jumlah kalori yang terbakar bergantung pada ketumpatan tubuh dan berat badan seseorang. Berikut anggaran kiraan kalori dibakar bagi individu seberat 68
kilogram membuat aktiviti selama 1 jam.

Aerobik = 405 kalori


Berm ain bola keranj ang (agresif)= 450 kalori

Berj alan pantas= 300 kalori

Berkebun= 320 kalori

Meng em as rum ah= 240 kalori

Berm ain golf (tanpa kedi) = 385 kalori

Berm ain Pingpo ng = 280 kalori

Meno nton televisyen = 40 kalori

Berbasikal statik= 380 kalori

Jadi, sekarang anda sudah faham dan tahu tentang konsep kalori masuk dan kalori keluar. Elakkanlah berdiet dengan skip waktu makan kerana ianya
adalah diet yang kurang sihat. Akibatn ya, boleh m erosakkan sel-sel badan kerana kurangnya pengam bilan nutrien . Anda boleh
m em betulkan persepsi ini dengan fakta dan m aklum at ya ng telah diberikan di atas. T inggalkanlah diet tidak sihat tersebut dan pilihlah makanan
dengan jumlah kalori yang diperlukan dan pastikan kalori yang diambil tidak berlebihan atau pun bakar kembali kalori berlebihan tersebut dengan aktiviti riadah
yang disarankan.

Tetapi, sekiranya anda ingin memastikan diet untuk menurunkan berat badan anda sihat tanpa mengabaikan nutrien dan memastikan kalori yang anda ambil tidak
akan berlebihan dari sepatutnya, anda boleh mengambil replacement meal bagi memastikan tubuh anda sentiasa kenyang dan kekal bertenaga.

Klik gambar untuk mendapat info tentang produk.

Saya mencadangkan Cinch Shake Mix yang mempunyai 5 perisa sebagai replacement meal yang HALAL, semulajadi dan bebas dadah. Cinch Shake Mix sangat
enak dan merupakan cara berkhasiat membantu menurunkan berat badan. Hubungi saya sekarang untuk tem pahan Cinch Shake Mix ya ng terbukti
secara klinikal ini.

Read more http://www.celikvitamin.com/v2/fakta-tentang-kalori-untuk-tips-diet-turunkan-berat-badan/

Anda mungkin juga menyukai