Anda di halaman 1dari 5

Apa itu kalori? Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori? Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan? Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian Maklumat Pemakanan dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam gram nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram Protein: Didarab dengan 4 setiap gram Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi; Karbohidrat-53g (53g X 2 = 106 Kalori) Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori) Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori) Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 174 kalori!

Berapa kalori diperlukan oleh lelaki dan wanita dewasa dalam sehari? Lelaki: 2000-2500 kalori Wanita: 1600-2000 kalori

Apa akan berlaku jika saya makan lebih pada itu? Setiap 8000 kalori yang terkumpul (tidak dibakar) akan menaikkan 1kg berat badan.

Berapa kalori dalam makanan orang Malaysia? Kategori: Kuih Muih 1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori 2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori 3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori 4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori 5. Popia goreng (satu) = 130 kalori 6. Popia basah (satu) = 95 kalori 7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori 8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori 9. Karipap (sebiji) = 130 kalori 10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori 11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk 1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori 2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori 3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori 4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori 5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori 6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori 7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori 8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori 9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori 10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori 11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori 12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori 13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin 1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori

2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori 3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori 4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori 5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori 6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori 7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori 8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori 9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori 10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori 11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori 12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori 13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori 14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera 1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori 2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori 3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori 4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori 5. Burger keju (satu) = 425 kalori 6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori 7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori 8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan 1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori 2. Betik (sepotong) = 45 kalori 3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori 4. Durian (5 ulas) = 64 kalori 5. Limau (sebiji) = 42 kalori 6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori

7. Nenas (sepotong) = 59 kalori 8. Epal (sebiji) = 63 kalori 9. Ciku (sebiji) = 44 kalori 10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori : Minuman 1. Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal 2. Minuman kotak 250g = 105 kal 3. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal 4. Susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal 5. Aiskrim 2 skop= 390 kal 6. Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal 7. Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal 8. Mentega 2 sudu teh = 75 kal

Berapa yang selalunya orang dewasa makan sehari? Makan Pagi: Nasi lemak bersambal (400 kalori) + Telor mata kerbau (21 kalori) + Teh Tarik (120 kalori) = 541 kalori Pukul 10 pagi: Kuih karipap 3 biji (390 kalori) + Teh O (20 kalori) = 410 kalori Makan tengahari: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ayam kari (250 kalori) + Dalca Sayur setengah cawan (150 kalori) + Air Tembikai (80 kalori) = 900 kalori Minum petang: Kopi susu (120 kalori) + Popia Goreng 3 biji (390 kalori) = 510 kalori Makan Malam: Nasi 3 cawan (420 kalori) + Ikan Tenggiri Masak Merah (142 kalori) + Kangkong goreng belacan (120 kalori) = 682 kalori Jumlah (541 + 410 + 900 + 510 + 682) = 3043 kalori.

Apa akan berlaku jika tabiat makan kita seperti di atas berlarutan selama setahun? Jika lelaki bakar 2500 kalori tetapi makan 3043 kalori sehari maka mereka akan simpan 543 kalori setiap hari sebagai lemak. 543 X 365 hari = 198, 195 kalori setahun disimpan. Jadi dalam setahun berat akan meningkat sebanyak 24.77kg!! (198,195 / 8000).

Ada yang cakap pengiraan kalori untuk turunkan berat badan kena buat macam ni:

Tips pengiraan kalori makanan Pengiraan kalori ayng diperlukan = berat(kg) * 30 calories

Contoh: Berat kita 45kg * 30 = 1350 kalori/hari

Katakan target kita nak kurangkan badan dalam minggu tu 1kg.. maksudnya 45kg - 1kg = 44kg

Jadi untuk minggu tu, pengambilan kalori perlu hanya 44 * 30 = 1320 kalori/hari sahaja

Lagi 30 kalori/hari tu (1350-1320 calories) kita akan withdraw dari part-part lemak kita yang sedia ada.. Biasanya start dengan punggung ler.. Isk... Best ni :)

Anda mungkin juga menyukai