Anda di halaman 1dari 28

# Tips-Tips PBS Yang Mungkin Berguna:

>Mempraktikkan amalan pemakanan yang betul

Menganalisa kelas-kelas makanan
Menilai kepentingan gizi seimbang
Amalan Pemakanan Yang Betul Untuk Mengelak Obesiti Dalam Kalangan Murid

>Merancang satu gizi seimbang
Rancang Gizi Seimbang Dengan Senarai Kalori Makanan Seharian Kita
Contoh menu makanan seharian bagi seorang pelajar

>Mewajarkan pengagihan makanan kepada yang kurang bernasib baik
yang ini rasanya boleh buat esei sendiri kan? ..;)

>Mengaitkan adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama
Adab Makan Yang Menepati Sensitiviti dan Kepercayaan Agama di Malaysia
Kelas Makanan dan Khasiatnya
Ahad, Januari 13, 2013 Kesihatan, Sains Ting 2 14 comments

KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi : Membekalkan tenaga
Contoh : nasi, roti, coklat, ubi

PROTEIN
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen dan kadangkala sulfur
serta fosforus
Fungsi : membina sel baharu, baiki tisu rosak
Contoh : Daging, Ikan, Putih Telur, Susu dan Kacang Soya

LEMAK
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen, tetapi dalam nisbah berlainan
Fungsi : Memanaskan badan, mengekalkan suhu badan, membekalkan
tenaga, melindungi organ dalaman daripada gegaran
Contoh : Mentega, Kuning Telur, Minyak Ikan, Lemak Daging

VITAMIN
Sebatian organik yang penting untuk badan
Terbahagi kepada Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K) dan Vitamin Larut Air (B,C)
Fungsi : Penting untuk kesihatan badan
Contoh : Tomato, Susu, Limau, Telur, Ikan Kod

GARAM MINERAL
Sebatian organik yang penting untuk memelihara kesihatan badan
Diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja
Fungsi : Penting untuk kesihatan badan
Contoh : Ikan Bilis, Garam, Tomato, Limau, Telur, Ikan Kod

PELAWAS
Bahan bergentian yang tidak dapat dicernakan badan
Merangsang pengecutan otot di sepanjang salur pencernaan
Fungsi : Mencegah sembelit
Contoh : Nangka, Nenas, Betik, Jagung

AIR
67% daripada badan manusia terdiri daripada air
Fungsi : Mengangkut bahan terlarut ke seluruh badan, mengawal suhu
badan dan kepekatan darah
Contoh : Air minuman

Tengok Video Ujian Makanan

Pemakanan atau Gizi Seimbang
Selasa, Januari 15, 2013 Kesihatan, Sains Ting 2 18 comments
Gizi bermaksud makanan yang dimakan setiap hari. Gizi yang seimbang adalah
penting bagi manusia. Banyak faktor yang mendorong kepada keperluan gizi seimbang,
termasuklah aktiviti seharian. Ini kerana dalam melakukan aktiviti seharian, kita akan
bergantung kepada keperluan tenaga yang mencukupi daripada makanan yang
kita makan. Selain daripada itu juga, kita perlukan kelas makanan yang betul bagi
menjamin pertumbuhan tumbesaran dan juga menjaga kesihatan.

GIZI SEIMBANG
Pemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti
yang betul dan mencukupi

Hidangan makanan kita mestilah mengandungi kesemua kelas makanan yang
diperlukan. Sebagai contohnya, hidangan makan tengahari perlulah mengandungi
karbohidrat untuk tenaga kita (nasi), protein untuk tumbesaran dan baikpulih sel (ayam
/ daging), mineral dan vitamin untuk kesihatan badan (sayur dan buah-buahan) serta
bahan pelarut badan (air). Semua ini perlu ada dalam kuantiti yang betul dan
mencukupi seperti yang diperlukan oleh badan.

GIZI TIDAK SEIMBANG
Pemakanan yang tidak lengkap serta hanya mengandungi kelas makanan tertentu
sahaja

Hidangan makanan yang mengandungi hanya kelas makanan tertentu sahaja dan
lazimnya banyak dengan bahan makanan yang tidak berkhasiat kepada badan. Sebagai
contohnya makanan ringan atau makanan segera yang mempunyai kandungan garam
atau gula yang tinggi, sedangkan kandungan karbohidrat dan protein yang sangat
rendah. Ini yang dikatakan dengan gizi tidak seimbang.

Tengok di SINI bagaimana untuk merancang pemakanan seimbang anda!
Rancang Gizi Seimbang Dengan Senarai Kalori Makanan Seharian
Rabu, Mei 29, 2013 PBS, Sains Ting 2 32 comments
Adalah merupakan satu keperluan bagi setiap individu dalam merancang pemakanan
seimbang dengan menggunakan senarai kalori makanan yang kita makan seharian.
Sebagai contohnya, wanita dewasa memerlukan 1600-2000 kalori sehari manakala
lelaki dewasa pula memerlukan sehingga 2000-2500 kalori sehari.

Keperluan kalori juga adalah bergantung kepada beberapa faktor lain seperti jantina,
umur, saiz badan, jenis pekerjaan, iklim dan keadaan kesihatan. Manakala setiap 8000
kalori yang lebih atau terkumpul pula akan menaikkan 1kg berat badan anda. Di bawah
ini, disenaraikan kalori-kalori mengikut makanan harian kita.

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) = 160kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Tauhu goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Kuih Muih
1.Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori: Minuman
1. Minuman berkabonat 1 tin 285g = 120 kal
2. Minuman kotak 250g = 105 kal
3. Susu tepung penuh krim 1 sudu makan = 33 kal
4. Susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan = 25 kal
5. Aiskrim 2 skop = 390 kal
6. Susu pekat manis 1 sudu makan = 71 kal
7. Yogurt rendah lemak 1 cawan = 90 kal
8. Mentega 2 sudu teh = 75 kal
Sumber

Untuk merancang pemakanan yang sihat dan seimbang juga, kita juga perlu
mengambilkira beberapa faktor lain seperti:
a) keperluan kalori seharian kita
keperluan kalori seharian adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Sebagai
contoh, keperluan kalori bagi seorang budak lelaki yang aktif dengan seorang budak
perempuan yang kurang aktif adalah berlainan.
b) kelas makanan yang seimbang
mengandungi kelas makanan yang seimbang dan mencukupi. Tidak ada kelas makanan
yang berlebihan atau tidak mencukupi, kerana setiap zat makanan adalah penting dan
mempunyai fungsi masing-masing.
Cubalah kira berapa banyak kalori yang anda ambil dalam satu hari. Atas sikap tak
pernah ambil tahu dan tak nak ambil tahulah menyebabkan Malaysia tergolong dalam
kalangan negara yang menghadapi masalah OBESITI....

Selamat Mencuba!!

Contoh Menu Makanan Seharian (PBS B6D2E1) Bagi Keperluan Individu..

Bagi PBS Sains B6D2E1, para pelajar dikehendaki merancang satu contoh menu
makanan seharian (sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam dan
minum malam) bagi keperluan individu. Seperti yang telah dinyatakan dalam entri yang
sebelum ini, tidak ada jumlah tetap bagi kalori yang diperlukan bagi setiap golongan
tertentu. Ini kerana ada banyak faktor lain yang mempengaruhi jumlah keperluan kalori
bagi setiap individu.

Contohnya, seorang budak lelaki 14 tahun yang aktif bersukan, serta mempunyai saiz
badan yang lebih besar, tentulah memerlukan lebih banyak tenaga berbanding budak
lelaki 14 tahun yang tidak aktif bersukan, serta mempunyai saiz badan yang kecil.

Walaubagaimanapun, satu laporan pada tahun 2011 menganggarkan bahawa keperluan
tenaga purata bagi kanak-kanak berumur 13-18 tahun setiap hari adalah seperti berikut:

Umur (tahun) Lelaki Perempuan
13 10,100 kJ / 2414kcal 9,300 kJ / 2223kcal
14 11,000 kJ / 2629kcal 9,800 kJ / 2342kcal
15 11,800 kJ / 2820kcal 10,000 kJ / 2390kcal
16 12,400 kJ / 2964kcal 10,100 kJ / 2414kcal
17 12,900 kJ / 3083kcal 10,300 kJ / 2462kcal
18 13,200 kJ / 3155kcal 10,300 kJ / 2462kcal

Contoh Menu Makanan SeharianAhmad merupakan seorang
pelajar lelaki yang berusia 14 tahun. Ahmad bersekolah di SMK Luar Bandar No.1 Sibu.
Ahmad merupakan seorang pelajar yang sederhana aktif dalam melakukan aktiviti
seharian. Ahmad juga mempunyai tubuh badan yang sederhana besar dan normal bagi
pelajar lelaki seusia dengannya.

Jantina : Lelaki
Umur : 14 tahun
Tahap Aktif : Normal (melakukan aktiviti yang bersamaan dengan berjalan kaki sejauh
4 km sehari)
Tubuh Badan : Normal
Keperluan Kalori Seharian : 2629kcal

Makan pagi (Breakfast)
Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
Karipap (2 biji) = 260 kalori
Secawan teh = 30 kalori

Makan tengahari (Lunch)
Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
Minuman kotak 250g = 105 kal

Minum petang (Tea Break)
Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
Secawan teh = 30 kalori

Makan malam (Dinner)
Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
Nenas (sepotong) = 59 kalori
Air kosong

Minum malam (Supper)
Roti canai kosong tanpa kuah (2 keping) = 400 kalori
Susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan = 25 kalori

JUMLAH = 2635 kalori

* Bagi yang ingin tukarkan makanan lain pada contoh menu ini, sila rujuk Senarai
Kalori Makanan Harian. Lebih banyak pilihan makanan! ;)

INGAT!
Diet yang seimbang yang sihat bagi seseorang remaja haruslah merangkumi :
1) Sekurang-kurangnya lima hidangan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran setiap
hari.
2) Makanan berasaskan kanji, seperti kentang, roti, pasta dan beras (memilih jenis
bijirin penuh jika boleh).
3) Beberapa susu dan produk tenusu (memilih pilihan rendah lemak di mana anda
boleh).
4) Beberapa makanan sumber protein yang baik, seperti daging, ikan, telur, dan kacang

Remaja juga tidak perlu berlebihana pada makanan manis atau berlemak, seperti
kerepek, gula-gula, kek, biskut, dan minuman bergas yang manis. Makanan ini
cenderung untuk menjadi tinggi kalori tetapi mengandungi sedikit nutrien.

p/s: Cikgu harap entri ini dapat membantu pelajar menyiapkan tugasan PBS ini
dengan baik. Terima kasih kepada adik Hasmira Yusoff yang memberi semangat
untuk cikgu menyiapkan contoh menu makanan ini. Semoga bermanfaat kepada
semua! ;)

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Mungkin ini pun anda suka!

Kelas Makanan dan Khasiatnya
Ahad, Januari 13, 2013 Kesihatan, Sains Ting 2 14 comments

KARBOHIDRAT
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan oksigen
Fungsi : Membekalkan tenaga
Contoh : nasi, roti, coklat, ubi

PROTEIN
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen dan kadangkala sulfur
serta fosforus
Fungsi : membina sel baharu, baiki tisu rosak
Contoh : Daging, Ikan, Putih Telur, Susu dan Kacang Soya

LEMAK
Makanan yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen, tetapi dalam nisbah berlainan
Fungsi : Memanaskan badan, mengekalkan suhu badan, membekalkan
tenaga, melindungi organ dalaman daripada gegaran
Contoh : Mentega, Kuning Telur, Minyak Ikan, Lemak Daging

VITAMIN
Sebatian organik yang penting untuk badan
Terbahagi kepada Vitamin Larut Lemak (A,D,E,K) dan Vitamin Larut Air (B,C)
Fungsi : Penting untuk kesihatan badan
Contoh : Tomato, Susu, Limau, Telur, Ikan Kod

GARAM MINERAL
Sebatian organik yang penting untuk memelihara kesihatan badan
Diperlukan dalam kuantiti yang sedikit sahaja
Fungsi : Penting untuk kesihatan badan
Contoh : Ikan Bilis, Garam, Tomato, Limau, Telur, Ikan Kod

PELAWAS
Bahan bergentian yang tidak dapat dicernakan badan
Merangsang pengecutan otot di sepanjang salur pencernaan
Fungsi : Mencegah sembelit
Contoh : Nangka, Nenas, Betik, Jagung

AIR
67% daripada badan manusia terdiri daripada air
Fungsi : Mengangkut bahan terlarut ke seluruh badan, mengawal suhu
badan dan kepekatan darah
Contoh : Air minuman

Tengok Video Ujian Makanan

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Mungkin ini pun anda suka!

Pemakanan atau Gizi Seimbang
Selasa, Januari 15, 2013 Kesihatan, Sains Ting 2 18 comments
Gizi bermaksud makanan yang dimakan setiap hari. Gizi yang seimbang adalah
penting bagi manusia. Banyak faktor yang mendorong kepada keperluan gizi seimbang,
termasuklah aktiviti seharian. Ini kerana dalam melakukan aktiviti seharian, kita akan
bergantung kepada keperluan tenaga yang mencukupi daripada makanan yang
kita makan. Selain daripada itu juga, kita perlukan kelas makanan yang betul bagi
menjamin pertumbuhan tumbesaran dan juga menjaga kesihatan.

GIZI SEIMBANG
Pemakanan yang mengandungi kesemua kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti
yang betul dan mencukupi

Hidangan makanan kita mestilah mengandungi kesemua kelas makanan yang
diperlukan. Sebagai contohnya, hidangan makan tengahari perlulah mengandungi
karbohidrat untuk tenaga kita (nasi), protein untuk tumbesaran dan baikpulih sel (ayam
/ daging), mineral dan vitamin untuk kesihatan badan (sayur dan buah-buahan) serta
bahan pelarut badan (air). Semua ini perlu ada dalam kuantiti yang betul dan
mencukupi seperti yang diperlukan oleh badan.

GIZI TIDAK SEIMBANG
Pemakanan yang tidak lengkap serta hanya mengandungi kelas makanan tertentu
sahaja

Hidangan makanan yang mengandungi hanya kelas makanan tertentu sahaja dan
lazimnya banyak dengan bahan makanan yang tidak berkhasiat kepada badan. Sebagai
contohnya makanan ringan atau makanan segera yang mempunyai kandungan garam
atau gula yang tinggi, sedangkan kandungan karbohidrat dan protein yang sangat
rendah. Ini yang dikatakan dengan gizi tidak seimbang.

Tengok di SINI bagaimana untuk merancang pemakanan seimbang anda!
E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Mungkin ini pun anda suka!

Adab Makan Yang Menepati Sensitivity dan Kepercayaan Agama di Malaysia
Isnin, Jun 03, 2013 PBS 48 comments
Adab makan yang menepati sensitiviti dan kepercayaan agama di Malaysia. PBS Sains
Tingkatan 2 B6D2E1. Saya kongsikan maklumat mengenai adab makan yang menepati
sensitiviti dan kepercayaan agama Islam, Buddha, dan Hindu di Malaysia ini sebagai
bahan rujukan dalam menghasilkan buku skrap . Bagi yang mempunyai maklumat dan
rujukan bagi adab makan agama lain, dipersilakan juga untuk dikongsikan di sini.

Secara ringkasnya, agama Islam mengharamkan penganutnya memakan daging babi
dan meminum arak. Agama Buddha dan Hindu menggalakkan amalan diet vegetarian
tulen atau vegetarian lakto. Diet vegetarian tulen mengandungi makanan protein
daripada sumber tumbuhan seperti kacang soya dan hasilnya bagi menggantikan
sumber protein daging.

1) Islam

Bagi penganut agama Islam diharamkan memakan daging babi dan meminum arak.
Makan makanan yang halal dan bersih sangat-sangat penting bagi setiap orang Muslim .
Makanan yang halal tidak saja bermaksud, daging dari binatang yang halal dimakan,
tetapi juga mencakupi keseluruhan proses penyediaan makanan tersebut, seperti
penggunaan peralatan yang bersih dari segi Islam dan juga proses penyembelihan
mengikut kaedah Islam.
Jadi bagaimana hendak memilih makanan yang halal ,bersih dan suci ?. Kita boleh
memilih makanan dari kategori Halal dan haram dengan senang.
Kategory Makan yang Halal dimakan
1. Semua jenis buah-buahan yang bersih
2. Semua jenis sayur-sayuran yang bersih
3. Semua kehidupan laut yang tidak beracun
4. Binatang yang disembelih dengan Nama Allah
Kategori makanan yang Haram dimakan
1. Binatang yang mati dengan sendiri
2. Binatang yang mati dalam kemalangan
3. Binatang yang dibunuh
4. Tumbuh-tumbuhan yang beracun dan kotor
5. Buah-buahan yang beracun dan kotor
Ketegori Binatang yang haram dimakan

1. Binatang yang memburu dengan kuku ( Monyet , helang )
2. Binatang yang memburu dengan gigi. ( Harimau , Singa )
3. Binatang yang hidup di dua alam air dan darat ( Kura-kura , Buaya ).
4. Binatang yang tapak kakinya meletup - ( khinzir)
5. Binatang yang kulitnya tidak dapat dikupas ( Khinzir )
6. Binatang yang beracun ( Ular , Cicak )
7. Binatang yang tidak berdarah ( Lipas )
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan
darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-
binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang
mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan
yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis
nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu
merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah
perbuatan fasik. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda
yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia
memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani. 5:3

Petikan dari: Makanan yang Halal dan Haram | Rahsia Alam. com

2. Buddha
Agama Buddha sekeras-kerasnya melarang pengikutnya untuk makan daging binatang,
hasil laut, burung dan kehidupan-kehidupan yang lain. Mengikut agama Buddha setiap
benda yang bernyawa ada hak untuk hidup di dunia ini dan manusia tidak boleh
membunuh atau mencederakan sesebuah kehidupan yang lain untuk memuaskan
keperluannya. Mengikut ajaran agama Buddha apabila seorang manusia membunuh
seekor binatang, dia akan dilahirkan kembali sebagai binatang tersebut.

Salah satu ajaran penting agama Buddha ialah lahir berulang kali (Re-Incarnation).
Ajaran agama Buddha mengatakan bahawa manusia yang membuat sesejenis kesalahan
mungkin akan lahir kembali ke dunia ini sebagai binatang, jadi apabila seseorang
manusia makan daging binatang ia sama seperti dia makan daging seorang manusia
kerana binatang tersebut mungkin kelahiran semula (Re-Incarnation) seseorang
manusia.

Jika kita meneliti cara hidup binatang dengan betul, kita boleh mengenali bahawa
kebanyakan binatang hidup dalam kumpulan seperti keluarga manusia dan
menghormati hubungan sesama binatang. Binatang yang kita bunuh untuk makanan
mungkin bapa, ibu, adik beradik atau ahli keluarga sesebuah binatang yang lain, apabila
kita membunuh salah satu binatang dari kumpulan binatang tersebut ia akan menyakiti
hati ahli kumpulan yang lain. Apabila kita membunuh sebuah binatang dewasa, anak-
anak binatang tersebut akan menjadi yatim dan mungkin mati kebuluran.

Oleh kerana sebab-sebab di atas dan oleh kerana banyak sebab yang lain, agama
Buddha melarang umatnya untuk makan daging binatang.

Tumbuh-tumbuhan yang tumbuh di bawah tanah seperti halia, bawang, bawang putih
dan sebagainya dilarang untuk dimakan oleh pengikut agama Buddha. Tumbuh-
tumbuhan tersebut hanya perlu dimakan oleh manusia yang makan daging supaya
daging yang mereka makan dapat di cerna dengan cepat. Satu lagi aspek penting ialah
tumbuh-tumbuhan seperti itu akan merosakkan sistem penghadaman kita dan akan
merosakkan saraf dan usus manusia.
Agama Buddha hanya mengesyorkan pengikutnya untuk makan sayur-sayuran berdaun,
sayur-sayuran berbuah, dan buah-buahan yang bersih dan suci.

Petikan dari: Kaedah Makanan Dalam Agama Buddha | Rahsia Alam. com

3) Hindu
Kebanyakan orang menganggap dan mempercayai bahawa lembu tidak dimakan oleh
penganut agama Hindu dan berbangsa India kerana lembu dianggap salah satu Tuhan
mereka. Namun, itu merupakan tanggapan yang salah sebenarnya.

Seperti yang kita fahami kebanyakan orang keturunan India tidak makan daging lembu.
Orang India di sini tidak bermaksud penganut agama Hindu sahaja sebaliknya semua
orang keturunan India, termasuk penganut agama Islam, Buddha, Sikh, Zen, Jainism
dan sebagainya. Secara amnya penduduk di India jarang makan daging lembu dari
zaman dahulu lagi.

Hakikatnya, hubungan di antara penduduk India dengan lembu sangat rapat sehingga
mereka meraikan perayaan untuk lembu, iaitu yang digelar Mattu Ponggal. Ponggal
merupakan hari perayaan di mana para petani di India mengucap terima kasih kepada
bumi, air, angin dan matahari kerana membantu mereka dalam bercucuk tanam dan
pada hari berikutnya mereka meraikan sebagai Mattu Ponggal di mana mereka
mandikan lembu-lembu mereka, menghias lembu mereka dan memberi makanan,
manisan dan sebagainya kepada lembu-lembu yang telah bekerjasama dengan mereka
di sawah padi.

Lembu yang telah dihias cantik

Selain itu, apabila seorang bayi lahir ke bumi ini hanya dua jenis susu yang boleh
diminum oleh bayi tersebut iaitu susu ibunya dan susu lembu, bukan sahaja bayi malah
kanak-kanak dan orang dewasa pun turut minum susu lembu oleh itu lembu betina
dihormati sebagai ibu di India.

Beras dan hasil cucuk tanam yang kita makan hari ini di hasilkan oleh jentera dan mesin
tetapi pada zaman dahulu manusia sendiri yang berkerja di sawah padi dan ladang,
manusia turut dibantu oleh lembu dalam kerja-kerja perladangan. Pada zaman dahulu
setiap keluarga di kampung akan membela beberapa ekor lembu untuk mendapatkan
susunya, untuk berkerja di ladang, sawah dan juga untuk di jadikan kenderaan.

Haiwan ini dihormati oleh masyarakat India kerana jasa dan khidmatnya

Selepas seorang ayah lembu jantanlah yang berkerja keras untuk menghasilkan bekalan
makanan untuk keluarga tersebut oleh itu lembu jantan dihormati sebagai ayah di India.

Lembu merupakan seekor binatang yang sangat jinak dan rapat dengan manusia,
kebanyakan orang kampung di India menganggap lembu sebagai salah satu ahli
keluarganya. Mengelakkan dari makan daging lembu merupakan sebuah tradisi di India
sebagai suatu penghormatan dan tanda mengenang jasa budi lembu kepada kaum
manusia.

Sewajar kita harus menghargai jasa haiwan yang banyak membantu untuk melakukan
kerja kerana dengan adanya haiwan-haiwan seperti lembu, kerbau, beruk, anjing dan
sebagainya sedikit sebanyak kerja manusia menjadi ringan lebih-lebih lagi kerja di
tengah panas selain bebanan kerja yang berat.

PBS Sains Tingkatan 2
Tugasan : Esei
Amalan Pemakanan Yang Betul Bagi Mengelakkan Obesiti Dalam Kalangan Murid
Instrumen B6D2E1

Menurut kamus DBP, Kuala Lumpur Edisi Ketiga, obesiti bermakna kegemukan yang
disebabkan terdapatnya lemak yang berlebihan. Obesiti menimbulkan pelbagai masalah
kesihatan seperti penyakit jantung, dan tekanan darah tinggi. Selain tertekan secara
emosi, orang yang mengalami masalah obesiti juga tidak dapat menikmati kehidupan
mereka sepenuhnya kerana pergerakan yang terbatas. Bagi mengatasi masalah ini,
mereka perlu mengamalkan pemakanan gizi seimbang, iaitu yang bermaksud
pemakanan harian yang mengandungi kesemua kelas makanan dengan kuantiti yang
betul dalam jumlah yang mencukupi.

Masalah obesiti sebenarnya berlaku disebabkan oleh cara hidup yang tidak sihat seperti
tidak menjaga pemakanan seharian. Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan
terlalu manis boleh membawa kepada masalah kegemukan. Makanan bergoreng juga
boleh menyumbang kepada pengumpulan lemak dalam badan. Justeru itu, kita
hendaklah makan lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain
seperti ikan. Penggunaan minyak dikurangkan dan mempelbagaikan masakan dengan
cara mengukus, membakar atau merebus.

Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca
berlakunya masalah obesiti. Apabila kita terlalu memanjakan tubuh dengan cara tidak
melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam badan
kita. Oleh itu, kita mesti bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30
minit. Antara senaman yang digalakkan ialah berjalan kaki pantas, berenang, atau
bermain badminton.

Di samping itu, peningkatan restoran makanan segera dan penjualan makanan dalam
bungkusan atau tin turut menjadi satu punca obesiti. Restoran makanan segera sangat
digemari ramai penduduk negara ini terutama mereka yang bekerja kerana tidak perlu
lagi bersusah payah untuk memasak makanan selepas penat bekerja. Walaupun
makanan yang disediakan ini menyelerakan, orang ramai harus sedar bahawa
pengambilan makanan ini haruslah dikurangkan kerana makanan ini tidak berkhasiat
dan mengandungi kadar garam, gula, dan lemak yang tinggi.

Kesimpulannya, masalah obesiti hendaklah diatasi untuk mengelakkan perkara buruk
yang timbul sebagai akibatnya. Obesiti yang berpunca daripada pemakanan tidak sihat
dan kurang bersenam dapat dielakkan jika kita mengubah pengambilan makanan, cara
memasak, dan lebih kerap bersenam. Membuang lemak dalam badan bukan perkara
mudah untuk dilakukan. Usaha ini memerlukan kesabaran dan kesungguhan.

(326 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai