Anda di halaman 1dari 3

Kecelaruan Identiti Dikalangan Pelajar

pa yang dapat kita fahami dari perkataan kecelaruan? Identiti? Mengikut Kamus Dewan Bahasa
edisi keempat (2005) perkataan kecelaruan berasal dari kata akar celaru; bercelaru yakni
bermaksud kekaburan, tidak tentu arah, tidak beraturan (berketentuan, keruan dan lain-lain) juga
dimaksudkan sebagai kacau bilau. Manakala kecelaruan dimaksudkan sebagai perihal bercelaru
( bukan keadaan, fikiran dan lain-lain). Mankala mengikut kamus Fajar terbitan Fajar Bakti,
kecelaruan dimaksudkan suatu hal yang tidak beres.
Identiti pula dimaksudkan sebagai sifat-sifat (ciri dan sebagainya) yang terdapat pada seseorang
atau sesuatu yang sebagai suatu keseluruhan memperkenalkannya @ mengasingkannya daripada
yang lain.(Kamus Dewan Bahasa edisi keempat 2005).
Maka dapat disimpulkan disini, kecelaruan identiti adalah kekaburan atau tidak kepastian tentang
ciri-ciri atau identiti yang perlu ada pada diri. Ciri-ciri atau sifat diri dilihat tidak sinonim dengan
apa yang patut diterjemahkan. Keliru dengan karakter, penampilan, kendiri dan sikap diri.
Kecelaruan identiti yang berlaku dikalangan pelajar sekolah atau remaja semakin
membimbangkan. Pelajar dilihat sudah melupai tanggungjawab asal mereka sebagai pelajar,
anak atau mungkin lebih spesifik, tanggungjawab mereka membangunkan diri mereka sebagai
manusia yang berguna dan berupaya menjadi generasi yang dilahirkan sebagai cemerlang,
gemilang dan terbilang.
Banyak isu atau masalah yang menyumbang kepada kecelaruan identiti dikalangan pelajar ini,
namun saya hanya mengariskan 4 masalah utama yang sering menjadi perkara fokus dalam
menangani permasalahan ini. 4 masalah utama yang menjadi perkara pokok adalah anti sosial ,
isu kelucahan, hedonistik dan hilang identiti sebagai pelajar.
Anti-sosial

Anti-sosial merupakan satu permasalahan yang biasa berlaku dikalangan pelajar. Anti-sosial ini
diletakkan dibawah sub topik pemilihan identiti negatif dikalangan pelajar. Pemilihan identiti
negatif ini berasaskan dari berlakunya kekaburan identiti atau kegagalan mencapai identiti yang
stabil. Rahil Mahyuddin,Habibah Elias (2003).
Perlakuan yang dikenalpasti sebagai antisosial adalah segala pelakuan yang melanggar peraturan
sekolah.Anti sosial ini seringkali disebabkan oleh pelbagai pihak. Dan pelajar bukanlah punca
utama pembawa kepada permasalahan antisosial. Antara punca yang membawa atau
menyumbang kepada permasalahan identiti ini adalah, perhubungan pelajar dengan ibubapa, stail
keibubapaan, perbezaan kelas sosial dan keadaan keluarga. Kesan persahabatan dan pengaruh
sekolah juga dianggap sebagai penyumbang kedua kepada permasalahan anti-sosial ini. Rahil
Mahyuddin,Habibah Elias (2003)
Jika perlakuan anti-sosial ini tidak diambil berat atau tidak dicari penawarnya, berkemungkinan,
permasalahan lebih besar akan berlaku seperti delikuen juvana. Antara perlakuan yang menjurus
kepada delikuen juvana adalah mencuri, merompak, minum minuman keras, bergaduh antara
gang, lumba motor/ kereta, penyalahgunaan dadah dan pelbagai lagi kes yang kadangkala
sehingga melibatkan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia.

Kelucahan

Lucah dimaksudkan sebagai hina, keji, sangat rendah, tidak senonoh dan tidak sopan (Kamus
Dewan Bahasa edisi keempat 2005). Manakala kelucahan dimaksudkan sebagai kecabulan,
kehinaan dan kekejian. Fenomena lucah ini sangat membimbangkan para ibubapa dan
masyarakat sekeliling, bilamana isu ini berlarutan sehingga tercetusnya masalah pencabulan,
rogol dan sebagainya. Kebelakangan ini, laporan akhbar atau televisyen yang menyatakan pelajar
dirogol atau menjadi perogol yang mana rata-rata mereka ini berumur dalam lingkungan umur 10
hingga 18 tahun yang masih dibangku sekolah. Tidak hairanlah jika mereka ini berani membawa
bahan lucah ke sekolah untuk dikongsi bersama rakan lain malah mereka berani melakukan
perbuatan yang tak senonoh dan terkutuk itu di dalam tandas atau mana-mana tempat di kawasan
sekolah. Hal ini berlaku tidak lain disebabkan oleh faktor pengaruh bahan lucah yang murah dan
mudah diperolehi . Berdasarkan satu keratan akhbar yang saya rujuki yang mana tajuknya , Ibu
bapa dan anak kongsi bahan lucah(Berita Harian: 22 Oktober 2001). Laporan di berdasarkan
kajian sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) ke atas 381 murid Tahun 6
dari mukim Ulu Tiram, Kulai dan Kota Tinggi mendapati perbuatan tidak bermoral ibu bapa
antara faktor yang mendedahkan kanak-kanak terbabit kepada bahan dan unsur lucah.Walaupun
penguatkuasaan telah dijalankan oleh pihak kerajaan VCD lucah masih lagi yang boleh dibeli di
pasaran terbuka seperti pasar malam dengan hanya RM5 sahaja setiap satu. Mereka sering
menonton aksi yang boleh menaikkan nafsu seterusnya ia akan mendorong mereka ini untuk
melakukan perbuatan merogol dan membunuh. Oleh sebab kebanyakan mereka dalam
lingkungan umur persekolahan, pihak sekolah, ibu bapa, polis, dan masyarakat tidak boleh
memandang masalah ini dengan ringan, malah sesuatu yang berkesan perlu dilakukan segera
untuk membendung gejala yang amat membimbangkan ini. Pihak penguatkuasa undang-undang
juga bertanggungjawab terhadap penguatkuasaan yang kurang berkesan. Pengusaha tempat
hiburan yang hanya mementingkan keuntungan dan tidak mempedulikan soal moral dan etika
juga bertanggungjawab terhadap gejala yang membimbangkan tersebut. . Oleh yang demikian,
penguatkuasaan perlu ditingkatkan dan diketatkan, dan pengusaha pula kembali memikirkan
tindakan mereka demi masa depan generasi muda. Manakala budaya couple memberi pelajar
tersebut kesempatan untuk mengaplikasi ilmu lucah yang mereka pelajari terhadap pasangan
mereka. Ini semua menyumbang kepada keruntuhan akhlak pelajar yang dianggap pewaris
negara.

Hedonistik

Hedonistik atau hedonisme merupakan satu pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan
keseronokan @ kesenangan hidup. Dewan Bahasa Dan Pustaka (2005). Hedonistik juga
dimaksudkan sebagai kelakuan atau perilaku yang didasarkan kepada kepercayaan bahawa
keseronokan seharusnya menjadi tujuan utama dalam hidup (A.S Hornby 2000). Kenapa
dikaitkan pelajar dengan hedonisme?. Pelajar merupakan golongan remaja yang mempunyai nilai
diri yang ingin bebas, tidak mahu dikongkong, serta mempunyai pandangan-pandangan mereka
sendiri tentang kehidupan. Contohnya, walupun remaja itu gemar muzik tetapi tidak akan
mengikuti kursus muzik hanya kerana idea kursus muzik itu datang daripada ibubapanya dan
bukan daripada dirinya sendiri. Tambahan lagi apabila remaja sedar itu sedar bahawa ibubapa
bukanlah sempurna seperti yang dianggapnya semasa kanak-kanak, maka dia mungkin tidak
mahu langsung mendengar kata-kata nasihat ibubapa (Jesselson,1980). Apabila tidak berjaya
dalam usaha menyelesai masalah mengikut cara yang dinasihatkan oleh ibubapa, remaja akan
tidak lagi mendengar kata tentang apa jua perkara termasuk masalah sekolah dan perhubungan
sosial.
Justeru, budaya hedonistik atau budaya mencari keseronokan semata-mata ini kian menular
dalam jiwa pelajar atau remaja bagi memenuhi tuntutan darah muda mereka. Seperti yang kita
tahu, kecenderungan seseorang untuk memilih sesuatu adalah untuk memuaskan nafsu dan
jarang sekali kecenderungan memilih itu berdasarkan pilihan rasional, terutama dikalangan
golongan muda sekarang.
Hedonistik dianggap sebagai salah satu penyumbang kepada kecelaruan identiti dikalangan
pelajar. Mereka keliru untuk membuat pilihan tepat bagi kebaikan diri mereka. Mereka hanya
tahu bagaimana untuk hidup dalam keseronokan,tanpa memikirkan implikasi yang akan mereka
hadapi dihari muka nanti.

Hilang Identiti Sebagai Pelajar
Apa yang dimaksudkan dengan hilang identiti sebagai pelajar? Dan apa pula identiti seorang
pelajar? Identiti pelajar merupakan ciri-ciri yang perlu ada pada diri seorang pelajar. Mengikut
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, salah satu matlamatnya adalah merupakan kearah
pembentukan insan seimbang sepadu dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani. Dari huraian
aksiologi mengenai matlamat ini, falsafah pendidikan kebangsaan ini bermatlamat ingin
melahirkan rakyat malaysia yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab- menekankan ciri
peribadi mulia dalam diri individu (Habsah Ismail 2004)
Identiti inilah yang telah lenyap dalam diri murid secara sedikit demi sedikit. Murid kini lebih
dikenali sebagai pembuli, gengster, kaki pukul, kaki lawan, kaki rokok dan paling dirisaukan
pelajar menjadi ejen dadah dan pil estacy. Hasilnya, wujudlah kekeliruan dalam
mengembangkan bakat atau membangunkan fungsi pelajar disekolah seterusnya gagal
melahirkan generasi warisan yang ampuh dalam mendepani permasalahan globalisasi.

Anda mungkin juga menyukai