Anda di halaman 1dari 13

Literasi Digital Microsoft

Gaya Hidup Digital


Gaya
Hidup
Digital

© 2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara

Literasi Digital Microsoft: Gaya Hidup Digital


1 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Kandungan
Pengenalan ...................................................................................................................................................... 3
Manfaat ........................................................................................................................................................ 3
Manfaat teknologi digital ...................................................................................................................... 4
Kuiz ................................................................................................................................................................ 8
Peranti digital ............................................................................................................................................. 9
Kuiz .............................................................................................................................................................. 12
Tahniah ....................................................................................................................................................... 13

Literasi Digital Microsoft: Gaya Hidup Digital


2 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Pengenalan

Daripada telefon bimbit hinggalah kepada pemain MP3 dan kamera digital, komputer
mengubah kehidupan seharian kita. Kursus ini memperkenalkan anda kepada teknologi
digital, termasuk audio digital, video digital dan fotografi digital. Ia meneroka
bagaimana semua teknologi ini dan teknologi pengkomputeran lain mewujudkan
peluang kerjaya baharu dan membentuk dunia kita.

Manfaat
Teknologi digital digunakan dalam setiap aspek kehidupan pada hari ini. Ia mengubah
cara orang ramai bekerja dan menghiburkan diri mereka. Modul ini menerangkan
tentang skop teknologi digital di rumah, di tempat kerja dan juga dalam permainan. Ia
juga mengenal pasti peluang kerjaya yang berbeza yang tersedia disebabkan
penggunaan komputer yang meluas dalam pelbagai bidang.

Gaya Hidup
Digital

Gaya Hidup Digital

Teknologi semakin berkembang dengan peranti yang berbeza untuk menambah


pengetahuan digital anda dan ciri peranti media.

Dalam pelajaran ini, anda akan mempelajari manfaat teknologi digital yang berbeza.
Komputer, komputer riba, tablet dan telefon telah memudahkan tugas yang rumit. Anda
juga akan mempelajari cara teknologi digital mengembangkan ciri-ciri peranti media
seperti kamera, peranti audio digital dan kamkoder. Teknologi digital membolehkan

Literasi Digital Microsoft: Gaya Hidup Digital


3 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

perkongsian, penyusunan dan penyuntingan media yang berbeza menjadi cepat dan
mudah.

Manfaat teknologi digital


Teknologi digital telah mengubah cara
anda menguruskan kerja,
berkomunikasi dengan orang lain dan
menghiburkan diri.

Literasi Digital Microsoft: Gaya Hidup Digital


4 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Manfaat teknologi digital

Teknologi digital telah mengubah cara


kita menjalani kehidupan dengan
mengintegrasikan apa yang kita dengar
dan tonton dengan cara kita
berkomunikasi.

Kini, di samping menjadi lebih ringkas


dan lebih cepat, banyak peranti boleh
digabungkan. Contohnya, dengan
menggunakan teknologi digital, anda
boleh memuat turun muzik atau filem
dari Internet terus ke komputer anda
dalam tempoh beberapa saat sahaja.

Anda juga boleh terus memuat turun


kandungan ke telefon pintar, tablet
atau TV, dan mendengar muzik atau
menonton filem pada kebanyakan
peranti anda.

Literasi Digital Microsoft: Gaya Hidup Digital


5 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Fotografi digital merupakan satu lagi


aplikasi teknologi digital yang popular.
Oleh kerana imej yang diambil dengan
kamera digital boleh dipindahkan ke
komputer dalam format digital, anda
boleh menyunting imej tersebut untuk
meningkatkan kualitinya.

Kemudian anda boleh berkongsi


gambar atau video dengan rakan-rakan
anda dengan mudah melalui peranti
pintar anda, contohnya menghantar
melalui e-mel, memaparkannya ke
laman web peribadi, atau
menyalurkannya melalui pelbagai
saluran media sosial.

Telekomunikasi juga merupakan satu


lagi cara untuk menggunakan teknologi
digital dan Internet. Dengan
menggunakan telekomunikasi, anda
boleh mengadakan mesyuarat,
persidangan atau melihat rakan anda
pada bila-bila masa yang anda mahu,
tidak kira walau di mana mereka
berada. Ia juga dikenali sebagai
persidangan video.

Literasi Digital Microsoft: Gaya Hidup Digital


6 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Pilih lima peranti yang boleh


mengaplikasikan teknologi digital.

Literasi Digital Microsoft: Gaya Hidup Digital


7 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Kuiz

Teknologi digital telah mengintegrasikan apa yang kita dengar dan tonton dengan cara
kita berkomunikasi.

o Betul
o Salah

Anda boleh memuat turun filem, muzik dan media lain ke dalam semua peranti anda
termasuk TV pintar, telefon, tablet dan komputer.

o Betul
o Salah

Jawapan –

#1 – Betul. Teknologi digital telah mengintegrasikan apa yang kita dengar dan tonton
dengan cara kita berkongsi maklumat dan berkomunikasi.

#2 – Betul. Semua peranti anda boleh berkongsi dan menggunakan fail digital yang
sama.
Literasi Digital Microsoft: Gaya Hidup Digital
8 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Peranti digital
Pada hari ini, fungsi telefon, kamera,
perakam video, pemain media dan
peranti Internet sedang giat
digabungkan ke dalam peranti mudah
alih yang lebih kecil.

Literasi Digital Microsoft: Gaya Hidup Digital


9 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Peranti digital

Peranti media telah banyak


memudahkan akses kita kepada
hiburan, berita dan orang lain. Anda
boleh menggunakan pelbagai peranti
untuk mengakses e-mel, menghantar
mesej atau menelefon rakan-rakan,
memuat turun media dan aplikasi anda,
serta bermain permainan.

Dengan telefon pintar seperti Windows


Phone 8, anda boleh membuat
panggilan, menghantar mesej atau e-
mel dari mana-mana sahaja. Anda
boleh mengakses Internet serta
memuat turun dan menonton filem,
atau menambah muzik ke dalam
senarai lagu anda.

Sebuah tablet boleh memberikan


paparan yang lebih luas dan
menawarkan banyak kelebihan
pengkomputeran untuk pelbagai
aplikasi, filem, permainan, buku dan
aplikasi perniagaan dan penulisan.

Literasi Digital Microsoft: Gaya Hidup Digital


10 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Telefon pintar atau tablet anda


mungkin mempunyai kamera yang
boleh digunakan untuk mengambil
gambar atau video. Anda juga boleh
menggunakan kamera digital untuk
mengambil gambar dan video, dan
kemudian memindahkan imej ke
peranti digital untuk melihat,
menyunting atau dikongsikan dalam
talian.

Konsol permainan video menawarkan


pelbagai hiburan digital. Anda bukan
sahaja boleh bermain permainan, tetapi
juga mengakses pelbagai perkhidmatan
filem, prebiu, tawaran istimewa dan
demo permainan percuma.

Dengan teknologi digital, anda boleh


melihat hiburan kegemaran anda dan
mengambil bahagian dalam aktiviti
yang diminati apabila berada di rumah
atau dalam perjalanan. Oleh kerana
kebanyakan alat ini bekerja bersama,
pertukaran dari peranti ke peranti
menjadi mudah.

Padankan setiap ikon kandungan pada


bar bahagian atas dengan peranti pada
bar bawah yang sering dikaitkan
bersama.

Literasi Digital Microsoft: Gaya Hidup Digital


11 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Kuiz

Dengan menggunakan ___________ anda boleh menelefon, menghantar mesej atau e-mel
dari mana-mana sahaja.

o Tablet
o Komputer riba
o Telefon pintar

Konsol permainan video memberikan paparan yang lebih luas dan boleh menjalankan
aplikasi perniagaan dan penulisan.

o Betul
o Salah

Jawapan –

#1 – Telefon pintar. Anda boleh membuat panggilan telefon, menghantar mesej dan e-
mel dengan menggunakan telefon pintar.

#2 – Salah. Sebuah tablet memberikan paparan yang lebih luas dan boleh menjalankan
aplikasi perniagaan dan penulisan.

Literasi Digital Microsoft: Gaya Hidup Digital


12 | Halaman
Literasi Digital Microsoft

Tahniah

Tahniah kerana berjaya menamatkan


pelajaran ini!

Kini, anda sepatutnya dapat:

 Menjelaskan manfaat teknologi


digital.
 Menerangkan cara teknologi
digital mengembangkan ciri
peranti media.

Literasi Digital Microsoft: Gaya Hidup Digital


13 | Halaman

Anda mungkin juga menyukai

  • Tujuan Menyoal
    Tujuan Menyoal
    Dokumen2 halaman
    Tujuan Menyoal
    JusipinMongintal
    Belum ada peringkat
  • Bloom Taxonomy
    Bloom Taxonomy
    Dokumen8 halaman
    Bloom Taxonomy
    Noor Haslinda Hod
    Belum ada peringkat
  • Gunakan Akal
    Gunakan Akal
    Dokumen14 halaman
    Gunakan Akal
    Noor Haslinda Hod
    Belum ada peringkat
  • Air Dan Minuman
    Air Dan Minuman
    Dokumen2 halaman
    Air Dan Minuman
    Noor Haslinda Hod
    Belum ada peringkat
  • Sajak A Samad Said
    Sajak A Samad Said
    Dokumen2 halaman
    Sajak A Samad Said
    Noor Haslinda Hod
    Belum ada peringkat
  • Amalan Puasa Bulan Zulhijjah
    Amalan Puasa Bulan Zulhijjah
    Dokumen3 halaman
    Amalan Puasa Bulan Zulhijjah
    Noor Haslinda Hod
    Belum ada peringkat
  • Sample-Ujian Ting 2
    Sample-Ujian Ting 2
    Dokumen4 halaman
    Sample-Ujian Ting 2
    Noor Haslinda Hod
    Belum ada peringkat
  • Kalori Diet Turunkan BB
    Kalori Diet Turunkan BB
    Dokumen5 halaman
    Kalori Diet Turunkan BB
    Noor Haslinda Hod
    Belum ada peringkat
  • Resepi Amos Famos
    Resepi Amos Famos
    Dokumen1 halaman
    Resepi Amos Famos
    Nur Fatihah
    Belum ada peringkat
  • Resepi Amos Famos
    Resepi Amos Famos
    Dokumen1 halaman
    Resepi Amos Famos
    Nur Fatihah
    Belum ada peringkat
  • Gunakan Akal
    Gunakan Akal
    Dokumen14 halaman
    Gunakan Akal
    Noor Haslinda Hod
    Belum ada peringkat
  • Ais
    Ais
    Dokumen1 halaman
    Ais
    Noor Haslinda Hod
    Belum ada peringkat
  • Ais
    Ais
    Dokumen1 halaman
    Ais
    Noor Haslinda Hod
    Belum ada peringkat
  • 10SUNNAHMAKAN
    10SUNNAHMAKAN
    Dokumen2 halaman
    10SUNNAHMAKAN
    Noor Haslinda Hod
    Belum ada peringkat