Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN LATIHAN KEBAKARAN SEKOLAH 2014

TARIKH
10 NOV 2014
HARI

MASA
9.00 – 11.00 PAGI
SASARAN
Tahun 1,2 3,4,5 dan 6
TEMPAT
SJK(T)YMHA, TAIPING.

Unit HEM SJK YMHA, dengan kerjasama Ahli jawatankuasa


Keselamatan telah mengadakan satu Program Sekolah Selamat seperti
ketetapan di atas. Seramai 3 orang anggota bomba telah turun padang untuk
memberikan penerangan dan tunjuk cara yang betul berkaitan cara-cara
menggunakan alat pemadam api yang betul kepada warga SJK(T)YMHA, TAIPING.

Program telah dimulakan jam 9.00 pagi di tapak perhimpunan dengan


ucapan daripada wakil Pegawai Bomba Cawangan Taiping iaitu Encik Sabri.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas jemputan pihak sekolah dan
memberikan taklimat, pesanan dan ingatan yang berguna terutama berkaitan
aspek keselamatan di sekolah. Beliau juga member panduan dan tips-tips yang
berguna kepada pihak sekolah bagaimana mengindari bahaya kebakaran dan
cara bagaimana menanganinya dengan betul. Program pada pagi itu diteruskan
dengan ucapan daripada Puan Guru Besar iaitu Puan K.Lalitha menyampaikan
ucapan beliau dan seterusnya merasmikan program.
Jam 10.00 pagi program diteruskan dengan demonstrasi kebakaran dan
cara-cara yang betul menggunakan alat pemadam api dan cara-cara bagaimana
memadamkan api dengan berkesan di padang sekolah. Beberapa orang murid
secara sukarela telah mencuba dan menggunakan peluang ini untuk
memadamkan api setelah ditunjukkan terlebih dahulu oleh anggota bomba
tersebut.
Seterusnya,murid-murid telah berpeluang melihat secara dekat jentera
bomba yang dibawa khas dan dipamerkan untuk tontonan murid-murid. Pelbagai
alatan dan kemudahan memadamkan kebakaran dapat dilihat dan diketahui
bukan sahaja oleh murid-murid malahan guru-guru juga berpeluang menyaksikan
peralatan-peralatan memadamkan kebakaran.Murid-murid juga dibenarkan
menaiki jentera bomba dan merasi suasana di dalam kenderaan tersebut.
Akhir sekali, program ditamatkan dengan penyerahan cenderahati daripada
pihak sekolah oleh Pn.K.Lalitha kepada wakil pihak bomba iaitu Encik
Sabri.Program tamat pada pukul11.00 pagi.

DISEDIAKAN OLEH, DISAHKAN OLEH,


____________________ _________________
CIK.KOMADHI PN.K.LALITHA
(PENYELARAS KESELAMATAN) (PENASIHAT KESELAMATAN)
SJK(T) YMHA, TAIPING. SJK(T) YMHA, TAIPING

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai