Anda di halaman 1dari 30

BAHAYA DALAM

HIDANGAN
MAKANAN IAITU
ALAHAN DAN
TERCEKIK
KOMADHI GANESON
ALAHAN
Definisi:-
Alahan makanan adalah
tindak balas abnormal
terhadap makanan, yang
dicetuskan oleh sistem
imun badan. Tindak balas
alergi terhadap makanan
kadang kala boleh
mencetuskan kesakitan
yang teruk dan membawa
maut.
APAKAH FAKTOR-FAKTOR
FAKTOR GENETIK/SEJARAH AHLI KELUARGA
YANG MENYEBABKAN
ALAHAN MAKANAN Alahan makanan lebih mudah terjadi pada seseorang yang
TERJADI PADA KANAK- mempunyai sejarah keluarga yang mengalami alahan.
KANAK? Kebarangkalian seorang kanak-kanak itu menghidapi alahan
makanan adalah 20-40% sekiranya salah seorang daripada
ibu bapa mempunyai alahan dan 25-35% jika seorang
daripada adik beradik mempunyai alahan. Namun,
kebarangkalian ini meningkat kepada 40-60% sekiranya
kedua-dua ibu bapa mempunyai alahan dan semakin tinggi
(50-80%) sekiranya kedua-dua ibu bapa mengalami jenis
alahan yang sama. Anak kepada ibu bapa yang tidak
mempunyai alahan, masih mempunyai 5-15% kebarangkalian
untuk mengalami alahan makanan. (Rujuk Gambar rajah 1).
APAKAH FAKTOR-FAKTOR FAKTOR MAKANAN
YANG MENYEBABKAN Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Hill D.J. et al
ALAHAN MAKANAN
(1997), kebanyakan kanak-kanak berusia di bawah 1 tahun di
TERJADI PADA KANAK-
Asia alah terhadap susu lembu, soya atau telur, diikuti
KANAK?
dengan ikan dan makanan laut.
Antara makanan yang biasanya mencetuskan alahan adalah:
• Susu lembu
• Telur
• Legum (kacang soya dan kacang tanah)
• Kekacang (badam, gajus, pecan, pistasio, walnut)
• Sesetengah jenis Ikan
• Makanan laut dan kerang-kerangan (udang, ketam, sotong,
kepah, kerang, tiram, siput dan sebagainya)
• Bijirin (gandum, oat, barli, jagung)
• Makanan lain (epal, ubi kentang, lobak merah, celeri, kiwi,
pisang, avocado, betik dan sebagainya)
.
GEJALA/ TANDA
Sistem pencernaan
• perut memulas
• rasa loya
• muntah
• cirit birit

Kulit • Gatal-gatal dan kerengsaan kulit


• Angiodema – bengkak kelopak
mata dan bahagian badan yang lain
• Ekzema – kulit menjadi kemerah-
merahan, gatal dan rasa pedih

Sistem pernafasan

• Lelah atau mengah dan sukar bernafas


• Anafilaksis iaitu reaksi teruk yang berhubung
kait dengan kesukaran bernafas, bengkak dalam
mulut dan kerongkong, penurunan tekanan darah
membawa kepada kejutan yang membawa maut.
REAKSI KULIT

Alahan makanan boleh menyebabkan ruam kulit, seperti


kegatalan. Satu lagi reaksi kulit adalah ekzema, ruam
bersisik, gatal yang boleh melepuh atau mengelupas.
bengkak pada kulit, terutamanya di sekitar mata dan bibir
jika mereka mengalami alahan makanan. Banyak kegatalan
di seluruh badan anak anda, bengkak yang ketara, atau
memburuknya gatal dari semasa ke semasa adalah keadaan
yang serius dan memerlukan rawatan perubatan
SIMPTOM PERUT DAN SALURAN PENCERNAAN

Simptom perut dan saluran pencernaan, seperti muntah-


muntah dan cirit-birit juga salah satu tanda yang
menunjukkan anak anda telah terkena alahan makanan. Ia
selalunya cara paling cepat badan boleh menyingkirkan
alergen makanan. Antara simptom umum yang menunjukkan
reaksi alergi makanan termasuk:
 Sakit perut atau rasa seperti membuang
 Sakit perut
 Muntah
 Cirit-birit
SIMPTOM SALURAN PERNAFASAN

Alahan makanan boleh menjejaskan paru-paru, tekak, atau


keupayaan anak anda untuk bernafas. Simptom ini termasuk:
 Berdehit (wheezing)
 Batuk
 Hidung berair
 Bengkak bibir, lidah, mata, atau muka
Bengkak saluran pernafasan menyebabkan kanak-kanak mengalami
masalah bernafas, mempunyai batuk yang pendek, atau mengalami
masalah menelan adalah tanda
anafilaksii dan memerlukan rawatan kecemasan.
REAKSI SELURUH BADAN (ANAFILAKSIS)

)
Anafilaksis adalah tindak balas yang melibatkan pelbagai sistem organ
dan menyebabkan penurunan tekanan darah. Ia biasanya bermula dalam
tempoh dua jam selepas makan alergen dan sering bermula dalam
beberapa minit. Ia mungkin melibatkan mana-mana gejala di atas atau
kombinasi di atas dan mana-mana yang berikut:
 Perasaan azab yang akan datang
 Kesukaran bernafas
 Kulit pucat
 Pening
 Tidak sedar
Jika kanak-kanak ada menunjukkan reaksi alahan makanan, segera
berjumpa doctor untuk rawatan
PENCEGAHAN DAN RAWATAN
1.Penyusuan susu ibu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama 6
bulan pertama dapat melindungi bayi. Penyusuan susu ibu boleh
diteruskan sehingga 24 bulan atau lebih.

2.Bagi bayi berusia di bawah 6 bulan yang memerlukan formula bayi, adalah disarankan
untuk mengikuti panduan berikut 

 Formula bayi biasa boleh diperkenalkan kepada bayi yang tiada sejarah alahan makanan di
kalangan ibu bapa dan adik beradik.
 Bagi bayi yang mempunyai sejarah alahan makanan di kalangan ibu bapa dan adik beradik,
perkenalkan formula bayi separa hadam kebiasaannya dilabelkan “hypo-allergenic”.
 Perhatian:- formula bayi separa hadam ini tidak sesuai bagi bayi yang telah disahkan
mempunyai alahan terhadap susu lembu. Bayi yang mengalami masalah alahan susu lembu
hanya sesuai minum susu ibu atau susu yang dihidrolisis sepenuhnya.
 Sila dapatkan nasihat doktor/Pegawai Dietetik untuk maklumat lanjut.
 Susu soya dan susu mamalia lain seperti susu kambing atau susu unta tidak digalakkan bagi
mencegah alahan makanan.
.
3.PENGENALAN MAKANAN PEJAL KEPADA BAYI HARUS BERMULA PADA
USIA 6 BULAN KE ATAS

Apabila bayi bersedia, perkenalkan makanan baru satu persatu selama 2 hingga 3 hari.

Elakkan makanan tersebut sekiranya berlaku reaksi alahan. Mulakan dengan makanan seperti

bijirin dan hasil bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Makanan sumber haiwan seperti ikan, ayam, daging dan telur perlu diperkenalkan satu demi

satu bagi memastikan tiada alahan.

Perhatian:- Berdasarkan kajian Sicherer S.H. & Burks A.W. (2008), melewatkan

pengambilan makanan pejal kepada bayi boleh mengelakkan risiko alahan, namun tiada cukup

bukti yang menyokong pencegahan alahan dengan mengelakkan makanan yang menyebabkan

alahan seperti telur, kekacang, legum, ikan dan sebagainya


RAWATAN

Cara terbaik mengatasi alahan makanan adalah dengan

mengelakkan makanan yang mencetuskannya. Bagi kes yang telah

dikenal pasti, mengelakkan pengambilan makanan pencetus alahan

tersebut merupakan langkah yang paling berkesan. Bagi kanak-

kanak yang terlampau sensitif, mereka perlu menjauhi

pendedahan terhadap penyebab alahan, termasuklah menyentuh

atau menghidu makanan pencetus alahan termasuklah menyentuh

permukaan yang terkena makanan itu, Dapatkan nasihat Pegawai

Perubatan dan Pegawai Dietetik sekiranya perlu.


PENTING!!
Sentiasa waspada dengan bahan-bahan yang digunakan untuk
menyediakan sesuatu makanan.
Baca label makanan dengan teliti untuk mengenalpasti kehadiran bahan
pencetus alahan.
Kenal pasti tanda-tanda dan gejala alahan makanan serta pengurusan
awal sekiranya reaksi alahan berlarutan.
Kawalan makanan tertentu secara keterlaluan boleh menyebabkan
kekurangan zat makanan seterusnya merencat tumbesaran. Dapatkan
nasihat Pegawai Dietetik bagi memastikan keseimbangan nutrient dalam
diet kanak-kanak yang mengalami alahan.
Dapatkan nasihat doktor.mengenai rawatan ubat seperti epinephrine,
antihistamine atau steroid.
Sentiasa dapatkan rawatan perubatan dengan segera untuk penjagaan
yang lebih terjamin.
TERCEKIK
Tercekik adalah satu keadaan di mana saluran pernafasan tersekat
atau tertutup disebabkan oleh sesuatu objek. Ini menyebabkan
bekalan oksigen terhalang ke paru-paru dan seterusnya ke otak.
Tercekik boleh berlaku kepada semua peringkat umur. Kejadian
tercekik sering berlaku pada kanak-kanak dan ia merupakan salah
satu penyebab kematian di kalangan kanak-kanak.
Tabiat mengutip dan memasukkan sebarang objek ke dalam mulut
antara tabiat yang dibimbangi kebanyakan ibu bapa kerana berisiko
menyebabkan anak tercekik.
Kematianbayi dan kanak-kanak akibat lemas dan tercekik objek
seperti duit syiling sebenarnya boleh dielakkan jika setiap ibu bapa
mengetahui langkah asas pertolongan cemas bantuan pernafasan
kecemasan (CPR).
Tersedak atau tertelan objek adalah insiden kecemasan yang boleh
memudaratkan kanak-kanak.
Biasanya kanak-kanak gemar mengutip objek di sekeliling mereka
yang boleh menyebabkan mereka tercekik.
Gejala dan Tanda-Tanda

Susah Menggenggam
Pernafasan
bernafas kerongkong/ Batuk
yang laju
secara tiba- leher
tiba
Bunyi Susah Kebiru-biruan
pernafasan bercakap Pengsan
pada bibir
tidak normal
.
Beri bantuan awal
1. Beri bantuan awal
Pertolongan kecemasan adalah bantuan permulaan atau rawatan pertama yang
diberikan kepada mangsa sebelum Bantuan CPR dapat menggalakkan pemulihan,
mengelakkan berlakunya komplikasi dan juga untuk menyelamatkan nyawa sementara
menunggu bantuan perubatan daripada pakar perubatan dan profesional.
2. Jangan panik
Siapa tidak sayang anak apatah lagi dalam saat kecemasan. Ketika memberi bantuan
kecemasan kepada mangsa, anda harus mengawal perasaan agar tidak panik dan
bertenang.
3. Periksa sama ada bayi bernafas atau tidak
Periksa sama ada bayi bernafas atau tidak dengan mendekatkan telinga ke mulut bayi
bagi mendengar dan merasa nafas bayi serta melihat pergerakan dada bayi dalam
masa lima saat dan tidak melebihi 10 saat.
BAYI  – BERUMUR KURANG DARI 1 TAHUN (SEDAR)

1. Pastikan bayi boleh menangis atau batuk


2. Buka mulut bayi dan periksa benda asing. Keluarkan jika
kelihatan. (Jangan lakukan jolokkan  jari kedalam mulut bayi
yang mana ia boleh menyebabkan keadaan bertambah buruk)
3. Tiarapkan bayi di atas lengan dengan kepala bayi terkulai sedikit
kebawah
4. Tepuk sebanyak 5 kali di belakang dada bayi
5. Terlentangkan bayi serta keluarkan benda asing jika kelihatan
6. Sekiranya bayi masih tercekik, letakkan 2 jari di bahagian

RAWATAN tengah-tengh dada dan lakukan 5 kali tekanan


7. Sekiranya bayi tiba-tiba tidak sedarkan diri, mulakan CPR

AWAL 8. Hubungi ambulans (999)


BAYI  – BERUMUR KURANG DARI 1 TAHUN (TIDAK SEDAR)

1. Nilai keadaan bayi


2. Buka saluran pernafasan bayi dengan mendongakkan
kepala dan angkat dagu bayi
3. Periksa mulut bayi sekiranya terdapat bendasing
4. Keluarkan bendasing dengan menggunakan jari
sekiranya kelihatan
5. Sekiranya bayi tidak bernafas setelah bendasing
dikeluarkan  berikan bantuan pernafasan

RAWATAN 6. Perhatikan pengembangan dada/ dan nilai  pernafasan


bayi
AWAL 7. Jika tiada, lakukan CPR
8. Hubungi ambulans (999)
1.
KANAK-KANAK – 1 HINGGA 8 TAHUN (SEDAR)

1. Pastikan kanak-kanak yang tercekik boleh bercakap atau


batuk
2. Arahkan mangsa batuk sekiranya berupaya sehingga
benda asing keluar
3. Sekiranya gagal, lakukan 5 tepukan antara tulang belikat
mangsa dengan kedudukan kepala lebih rendah.
4. Sekiranya gagal, lakukan Heimlich  Manouvre (tekanan di
bawah diafragma) sehingga benda asing terkeluar.

RAWATAN 5. Keluarkan benda asing sekiranya kelihatan


6. Lakukan CPR sekiranya mangsa tidak sedarkan diri
AWAL 7. Hubungi ambulans (999)
KANAK-KANAK 8 TAHUN KEATAS DAN DEWASA (TIDAK
SEDAR)

1. Nilai keadaan mangsa


2. Buka saluran pernafasan mangsa dengan mendongakkan
kepala dan angkat dagu mangsa
3. Periksa mulut mangsa  sekiranya terdapat benda asing
4. Keluarkan benda asing dengan menggunakan jari
sekiranya kelihatan
5. Sekiranya mangsa tidak bernafas setelah benda asing
dikeluarkan,  berikan bantuan pernafasan
RAWATAN 6. Perhatikan  pengembangan dada/ dan nilai  pernafasan

AWAL mangsa
7. Jika tiada, lakukan CPR
8. Hubungi ambulans (999)
Langkah Pencegahan
• Jangan biarkan kanak- kanak  makan ketika bermain
• Makanan hendaklah dalam bentuk saiz kunyahan
• Memastikan tempat-tempat permainanan kanak-kanak
tidak terdapat benda-benda kecil seperti manik-manik,
butang, duit syiling dan sebagainya
• Elakkan makanan yang mudah menyebabkan tercekik bagi
kanak-kanak
• Elakkan permainan- permainan  kecil yang mudah
dimasukkan ke dalam mulut kanak-kanak
Komplikasi
• Jangkitan pada paru-paru
• Kerosakkan pada otak
• Kematian
Alahan Makanan. (2019, October 11). PORTAL
MyHEALTH. https://www.myhealth.gov.my/alahan-pemakanan/

Australasian Society of Clinical Immunology and Allergy. Inc. (2010). Infant feeding
advice. Retrieved 10 Jun 2010, from
http://www.allergy.org.au/images/stories/aer/infobulletins/2010pdf/ascia_infant_feeding
_advice_2010.pdf
Bjorksten, B. (2005). Genetic and environmental risk factors for the development of
food allergy. Journal Allergy Clinical Immunology;5:249-53

Basic Life Support Guidelines 2010. Handbook for Healthcare Provider 5th Edition,
Penang Cardio Pulmonary Resustitation Soceity

Bantuan Hidup Asas. Panduan Penyelamat Jantung. Buku Panduan Resusitasi


Kardiopulmonari Dan Pertolongan Cemas bagi Mangsa tercekik, Institut Jantung
Negara
Panduan Pertolongan Kecemasan untuk Pengamal Penjagaan Kesihatan. Tamby
Subyr Hj Mohamed Meeran
THANK YOU
Insert the Subtitle of Your Presentation

Anda mungkin juga menyukai