Anda di halaman 1dari 1

Sejarah Hoki Dalam dan Luar Negara

LUAR NEGARA
Menurut catatan yang telah diperolehi, permainan hoki ini pada mulanya diamainlkan oleh orang-
orang Greek, Parsi dan Rom sejak tahun 2000 sebelum masihi lagi. Namun, permainan ini
kemudiannya lenyap kerana permainan ini masih tidak mempunyai peraturan yang
khusus sehinggalah pada tahun 1365 apabila ia diperkenalkan semula di England.

Ini telah menyebabkan sering berlakunya pertumpahan darah. Dengan erti kata yang lain,
permainan yang tidak tersusun dan teratur boleh mendatangkan risiko yang merbahaya kepada para
pemain

Hoki mula mendapat tempat di banyak negara dunia setelah undang-undang permainan mula
direka khusus. Dengan adanya peraturan dan undang-undang maka permainan hoki dapat
dimainkan dengan teratur dan memudahkan lagi bagi individu-individu yang ingin mengenalinya
dan mempelajarinya.

Permainan hoki ini sering diberi dengan pelbagai nama. Contohnya di Wales, ia dikenali
dengan nama banty atau bandy. Manakala di Perancis nama permainan ini di panggil sebagai
hoquet. Akhirnya pihak inggeris telah mengubahsuai dan mengubahnya kepada hockey.

Akhirnya permainan hoki ini makin diterima oleh masyarakat di Britian. Permainan ini tidak
hanya dimainkan oleh kaum lelaki malahan kaum wanita juga turut mengambil bahagian dalam
permainan hoki ini. Pasukan hoki yang pertama ditubuhkan adalah pada tahun 1840 dan Kelab
Blackheath di Selatan London merupakan kelab hoki pertama yang ditubuhkan pada tahun 1861.
Kelab ini turut memperkenalkan undang-undang permainan hoki seperti cara bermain, penggunaan
pengadil, kawasan permainan dan mengenakan hukuman kepada pemain yang melakukan
kesilapan.

Pada tahun 1875, undang-undang hoki telah digubal dalam satu mesyuarat di London.
Wimbledon Hockey Club telah merumuskan undang-undang yang kemas untuk permainan ini pada
tahun 1883. Pada tahun 1886, sukan hoki mula diiktiraf dan menjadi sukan paling diminati di
dunia. Dari England, permainan ini mula tersebar ke negara-negara seperti India, Amerika Syarikat,
Eropah dan juga di Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai