Anda di halaman 1dari 2

TARIAN

Tarian Asyik

Tarian Asyik merupakan satu tarian klasik (daerah) Kelantan dan dipersembahkan di istana (Raja-Raja
Kelantan). Penari-penari terdiri daripada dayang-dayang istana. Selain itu Tarian Asyik ditarikan pada
hari perkahwinan, iaitu malam berinai dan malam berinai besar di istana. Hari ini Tarian Asyik
dipersembahkan juga pada hari-hari temasya negeri dan negara.

Dari segi sejarah (Hikayat Patani), Raja Kuning iaitu Raja Perempuan yang memerintah Patani dalam
tahun 1644 ada menyimpan 12 orang penari istana yang menyanyi dan menari dipanggil Asyik.

Tarian Cinta Bertemu

Tarian penuh gemalai yang menggambarkan cinta, kerinduan dan keinginan. Perjalanan seorang wanita
muda dalam menemui kekasihnya. Tanda kasih sayang wanita tersebut membawa seekor ayam, seekor
itik, udang, ketam dan sebiji tembikai yang besar. Namun ingatan manis tiba-tiba diganggu oleh bunyi
guruh yang kuat menyebabkan ia terjengket-terjengket dan kesemua hadiah yang dibawa jatuh satu
persatu ke tanah.

Mengenangkan nasibnya yang malang, si gadis menyalahkan kekasihnya yang menyebabkan


kemalangan tersebut.

Tarian Menyambut Tahun Baru

Menyambut Tahun Baru adalah saat yang paling gembira bagi tahun berkenaan. Musim inilah yang
ditunggu oleh kebanyakan masyarakat dan kegembiraan ini digambarkan dalam tarian. Dalam urutan
tarian ini, penari kelihatan sedang membuat persiapan untuk Tahun Baru secara besar-besaran.

Tarian ini juga menunjukkan gadis-gadis menghias diri untuk menyambut perayaan ini.

Tarian Payung

Tarian Payung merupakan tarian rakyat yang sangat popular semasa Dinasti Han di Negeri China. Tarian
ini berasal dari sebuah daerah di Negeri China yang terkenal dalam membuat payung. Seperti di Negeri
China, Tarian Payung ini mempunyai unsur-unsur tempatan di dalamnya.

Keindahan tarian ini di Malaysia adalah menyerupai tarian asal di Negeri China.

Tarian Musim Bunga

Berdasarkan nama tarian ini dapat dikatakan bahawa ia dipersembahkan pada musim bunga. Tarian ini
menggambarkan suasana gembira dan riang di musim bunga.

Dalam tarian ini, wanita-wanita cantik menuai secara gembira dengan wajah berseri-seri menyambut
musim perayaan yang menandakan kasih sayang, kegembiraan dan percintaan.
Tarian Bunga Teratai

Tarian ini diilhamkan daripada lukisan dinding yang terdapat di Wilayah Don Huang di Negeri China. Ia
memaparkan sekumpulan kanak-kanak bermain di tepi sebuah kolam teratai yang merupakan identiti
kebudayaan Cina. Penari mempersembahkan dalam suasana riang-ria seperti di zaman dahulu.

Tarian Kegembiraan

Tarian ini merupakan tarian perayaan Cina. Suasana yang bising dan riuh-rendah mewujudkan suasana
kegembiraan ketika menyambut musim perayaan Cina.

Pada masa ini dimainkan muzik dihasilkan dengan mengetuk gong dan canang (gembereng).

Tarian Bunga

Tarian ini adalah untuk merayakan keamanan dan kegembiraan dunia. Seperti tarian-tarian Cina yang
lain, tarian ini dipersembahkan oleh wanita-wanita Cina dengan lemah lembut. Pergerakan tarian ini
menggambarkan wanita cantik bergerak dengan aman, kasih sayang dan harmoni. Tarian ini
mencerminkan jiwa yang penyayang dan bersemangat.

Ia juga sebagai bukti secara simboliknya menyatakan penyerahan bunga kepada rakyat yang dalam
kegembiraan. Terdapat juga unsur yang mengharapkan keamanan untuk seluruh dunia.

Tarian di malam Bulan Penuh

Tarian yang romantik ini adalah disampaikan oleh seorang kekasih. Waktu bulan penuh adalah
menggambarkan cinta dan asmara. Tarian ini memaparkan seorang gadis menunggu ketibaan
kekasihnya. Kelihatan gadis tersebut sedang menjahit kantong kecil untuk kekasih yang dinanti untuk
bertemu.

Gadis ini percaya bahawa ingatannya terhadap kekasihnya akan dirasai sewaktu bulan penuh.

Tarian Hadrah

Asal tarian ini dari negeri Parsi. Tarian hadrah terdapat di negeri Perlis dan Kedah. Dalam tarian ini
penari dibahagikan kepada dua kumpulan. Satu kumpulan mungkin mengandungi antara 15 hingga 30
orang dan mereka ini muncul dahulu sambil menyanyi dan menari serta memukul kompang.

Satu kumpulan lagi yang terdiri daripada dua orang penari lelaki dewasa tetapi berpakaian wanita akan
keluar menyanyi dan menari di pertengahan persembahan hadrah ini.

Anda mungkin juga menyukai