Anda di halaman 1dari 2

TEKS ISRA’ DAN MIKRAJ

5 APRIL 2018 (KHAMIS)

Bismillah….

UCAPAN ALU-ALUAN PENGERUSI

Yang Berusaha Pn. Mahiran bt Roni, PKP SMK Kemumin


Pn. Zalehasemah bt Ahmad PK HEM SMK Kemumin
Tn. Hj. Abdul Hakim bin Abdullah, PK KO SMK Kemumin
Barisan Guru Kanan,
Barisan AJK Kerja Majlis Ceramah Isra’ dan Mikraj
Guru-guru seterusnya para murid SMK Kemumin yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikaum w.b.t, salam sejahtera

Sidang hadirin dan hadirat yang berbahagia,

Assalamualaikum pembuka bicara,


Ahlan wasahlan kami ucapkan,
Selamat datang kepada semua,
Majlis Sambutan Isra’ Mikraj kita mulakan

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan izin serta limpah rahmat-Nya
maka pada pagi yang penuh barakah ini, kita dapat berkumpul di sini, tidak lain dan
tidak bukan untuk menjayakan sambutan Isra’ dan Mikraj peringkat sekolah, pada
tahun ini.

Sidang hadirin sekalian,

Pengertian Serta Hikmah dan Pengajaran Israk dan Mikraj Rasullulah Saw-Bulan
Rejab adalah diantara bulan yang mulia dalam islam. Umat islam tentu akan
kedatangan bulan ini setiap tahun . Pada malam 27 Rejab tahun ke-11 kerasulan
Nabi Muhammad saw telah terjadi suatu peristiwa luar biasa yang mengemparkan
serta menakjubkan fikiran , iaitu peristiwa israk dan mikraj. Israk bererti Allah
membawa atau memperjalankan Nabi Muhammad saw pada malam hari dari
Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa di Palesin. Sementara Mikraj pula
perjalanan Nabi Muhammad saw dari bumi (dari masjidil Aqsa) naik ke langit.

Tuan puan sekalian,

Tanpa melengahkan masa, marilah sama-sama kita mendengar dan menghayati


ceramah isra’ dan mikraj yang akan disampaikan oleh Yang Dihormati Tuan Hj.
Abdul Ghaffar bin Omar. Majlis dengan penuh takzim menjemput dan
mempersilakan…

CERAMAH
1
Pergi ke hutan mencari harta
Harta banyak penuh acuan
Kata indah tidak terkata
Bicara bernas menjadi panduan

Majlis merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada Tn. Hj. Abdul Ghaffar di
atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi.

Hadirin yang dimuliakan,

KUIZ ISRA’ DAN MIKRAJ

Dikendalikan oleh Ustaz Ab Aziz bin Mohamed

Hadirin yang berbahagia,

Dengan berakhirnya pertandingan kuiz tadi, maka berakhirlah Majlis Ceramah Israk
Mikraj Peringkat SMK Kemumin pada kali ini. Sekian dan saya sudahi dengan lafaz
mulia…wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum w.b.k.

Anda mungkin juga menyukai