Anda di halaman 1dari 11

BAHAGIAN A

[20 markah]

Soalan 1 hingga 16

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai

1 “Tolong belikan _______________ sekaki payung dan sekotak susu segar,” kata

Roberto kepada Albert.


A kami C saya
B kita D mereka

2 ________________ seorang raja yang adil serta bijak mentadbir negara.


A Beliau C Patik
B Baginda D Beta

3 Hamzah akan ________________ ke sekolah baharu minggu hadapan.


A berpindah C memindahi
B dipindah D memperpindah

4 Pokok-pokok bunga di halaman rumah itu kelihatan _____________ dan cantik.


A segar C ceria
B cerah D basah

5 Suara juruhebah itu kurang ___________


A jelas C kasar
B gopoh D kuat

6 Ibu menggunakan pisau yang ____________ untuk menghiris bawang merah itu.
A tajam C panjang
B runcing D licik

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah


7 Kuda itu berlari dengan ________ untuk mengelakkan diri daripada ditanduk oleh

kerbau.
A perlahan C cepat
B pantas D laju

8 “Walaupun buku itu sangat ___________ tetapi isinya kurang padat,” kata Afiq

kepada Tarmizi.
A kusam C panjang
B tebal D usang

9 Maslinda membeli sebatang pensel, dua naskhah buku latihan, _________ enam

helai kertas warna di koperasi sekolahnya.


A untuk C atau
B lalu D dan

10 Cikgu Khafizul ditugaskan mengajar di kawasan __________ Sabah mulai tahun

hadapan.
A kedalaman C pendalaman
B pedalaman D didalami

11 Zuhairi ingin memenangi Pertandingan Nyanyian Lagu Asli. _____________, dia

berlatih bersungguh-sungguh setiap hari.


A Sungguhpun C Oleh itu
B Meskipun D Sedemikian

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah

12 Chris, Rebecca dan Aswadi berlatih menyanyi

sambil ________ alat muzik untuk menyertai Pertandingan Bincang Kecil di

sekolahnya.
A bermain C memainkan
B permainan D memetik

13 Lee Choong mendapat tempat ___________ dalam pertandingan kuiz sains itu.
A berdua C kedua
B dua-dua D kedua-kedua

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.


14 Siapakah yang bercakap dengan kamu sebentar tadi
A Saya tidak dengarlah
B Saya tidak boleh bercakap
C Saya bercakap dengan kamu tadi
D Salmah yang bercakap dengan saya tadi.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.


15 “Saya tidak mahu mengingati peristiwa itu lagi,” kata Ida kepada Nurul.
A Ida memberitahu Nurul bahawa dia tidak mahu mengingati peristiwa itu lagi.
B Nurul memberitahu bahawa Ida tidak mahu mengingati peristiwa itu lagi.
C Ida memberitahu bahawa Nurul tidak mahu mengingati peristiwa itu lagi.
D Ida memberitahu saya bahawa Nurul tidak mahu mengingati peristiwa itu lagi.

Pilih ayat yang betul


16 A Adik memberikan sisa makanan itu ke kucing.
B Jarak antara rumah Faizuddin ke pejabatnya ialah dua kilometer.
C Buku novel yang baru dibeli oleh Fariza di pesta buku semalam ada pada Adila.
D Banglo usang terhadap tepi jalan itu sungguh menyeramkan terutamanya pada

waktu malam.

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Telur Omega 3 mengandungi khasiat lima kali ganda berbanding telur biasa. Ia juga
mempunyai jumlah kolestrol yang rendah berbanding telur biasa.

Telur ini mengandungi asid lemak omega 3 , vitamin E, vitamin A dan vitamin D.
Vitamin ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko penyakit jantung,
tekanan darah tinggi, strok, dan penyakit barah.

Harga telur Omega 3 lebih mahal berbanding telur biasa. Saiznya agak
besar.Telur Omega ini juga boleh membantu meningkatkan pertumbuhan dan
perkembangan otak, sistem saraf dan tisu-tisu mata ( retina ).

Bak kata pepatah alah membeli menang memakai. Walaupun harganya lebih
mahal sedikit tetapi ia amat baik untuk kesihatan kita sekeluarga. Pada masa kini,
orang ramai sudah mula mementingkan pemakanan sihat dan seimbang.

Kerajaan telah menggalakkan rakyat agar sentiasa menjaga pemakanan untuk


menjamin kesihatan yang lebih baik.

17 Apakah kelebihan telur Omega 3?

A kerana saiznya
B kerana harganya mahal
C kerana kuantitinya banyak
D kerana ia mempunyai banyak khasiat
18 Vitamin-vitamin ini terkandung dalam telur Omega 3, kecuali

A vitamin A dan E B vitamin D dan E

C vitamin A dan C D vitamin A dan D

19 Telur merupakan makanan yang tergolong dalam kumpulan.

A serat B protein

C mineral D karbohidrat

20 Apakah akibat jika kandungan kolesterol yang tinggi dalam makanan kepada
tubuh badan kita ?
A tulang kita mudah reput

B badan kita menjadi lemah

C sering mengalami sakit kepala

D mudah mendapat pelbagai penyakit


BAHAGIAN B

[30 markah]

Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang

diberi. ialah adalah lalu

kepada untuk dalam

juga dengan

Pencak silat ___________________ salah satu seni mempertahankan diri. Pencak silat

sinonim ___________________ masyarakat Melayu. Pergerakan dalam ilmu persilatan

memerlukan kekuatan dalaman dan luaran. Kekuatan ini sangat penting bagi seseorang

untuk menangkis serangan musuh. Pergerakan dalam pencak silat terbahagi

_______________ bunga dan buah. Namun demikian, setiap jenis silat memiliki bunga

dan buah yang berbeza. Akan tetapi, tujuannya tetap sama, iaitu untuk menangkis

serangan musuh. Kini, pencak silat tidak terhad untuk mempertahankan diri sahaja.

Malah, pencak silat ________________ dipersembahkan dalam majlis perkahwinan

atau majlis-majlis rasmi.

[ 4 markah ]

Soalan 22

a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya :
______________________________________________________________

______________________________________________________________
Jawapan : Tayar-tayar buruk yang dibuang sesuka hati menjadi salah satu punca

peningkatan kes demam denggi.


[ 2 markah ]

b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah.

______________________________________________________________

______________________________________________________________
[ 2 markah ]

c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di atas.

______________________________________________________________

______________________________________________________________
[ 2 markah ]

Soalan 23
Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Cara-cara Menjaga Keselamatan Diri di Sekolah


Setiap murid perlu menitikberatkan keselamatan diri semasa di sekolah.
Bagaimanakah murid-murid dapat mengelakkan kemalangan di sekolah?
Pertama sekali, murid perlu mematuhi peraturan di dalam bilik darjah.

Peraturan ini dapat menjadikan murid lebih berdisiplin. Murid perlu menghindarkan

diri daripada berlari, bertolak-tolakan, atau bergaduh di dalam bilik darjah.


Sementara itu, setiap murid perlu berhati-hati ketika menggunakan peralatan

semasa mengikuti pembelajaran di dalam bilik khas atau di makmal. Mereka tidak

sepatutnya bermain peralatan yang membahayakan diri sendiri dan rakan-rakan.


Sementara itu, murid-murid perlu mengamalkan sikap sopan dan bertolak

ansur semasa berada di kawasan kantin. Jika mereka menunjukkan sikap tersebut,

sudah tentu sesuatu perkara yang tidak diingini akan dapat dihindari.
Akhir sekali, murid-murid perlu menjauhkan diri daripada berada di kawasan

yang sunyi. Contohnya, di belakang bangunan. Murid-murid sepatutnya berada di

kawasan yang lebih terbuka seperti pondok bacaan atau di kawasan tapak

perhimpunan untuk mengelakkan sesuatu yang tidak diingini berlaku.


Kesimpulannya, semua pihak bertanggungjawab menjaga keselamatan diri

masing-masing. Jika perkara ini dapat dilaksanakan sudah tentu murid dan warga

sekolah akan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

a. Murid mesti mengikut peratauran sekolah

kerana_______________________________________________________

____________________________________________________________
[ 1 markah ]

b. Apakah perkara yang perlu dijauhi oleh murid semasa berada di dalam bilik

darjah?
____________________________________________________________

____________________________________________________________
[ 2 markah ]

c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah

ditunjukkan sebagai contoh.


Murid-murid perlu menitikberatkan
keselamatan diri di sekolah.

Peraturan yang diikuti oleh murid di dalam


bilik darjah menyebabkan murid tidak Betul
berdisiplin.

Salah
Sikap sopan dan bertolak ansur semasa di
kantin dapat menghindarkan murid daripada
melakukan perkara yang tidak diingini.

Kawasan yang sunyi seperti di belakang


bangunan sesuai sebagai tempat pembacaan
untuk murid-murid.

[ 3 markah ]

Soalan 24

Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada zaman dahulu, manusia menggunakan sungai sebagai jalan perhubungan. Mereka
mula menyusuri sungai dengan menggunakan batang kayu yang besar. Mereka akan duduk di
atas batang kayu tersebut lalu mendayung dengan menggunakan kaki. Hal ini kerana, pada
ketika itu manusia belum terdedah dengan perkembangan teknologi.

Manusia berubah mengikut peredaran zaman. Daripada menggunakan batang kayu,


manusia bertukar menggunakan rakit. Justeru, alat perhubungan pun turut diperbahurui.
Mereka menebang bulu untuk dibuat rakit. Besar atau kecil sesebuah rakit bergantung
kepada tujuan penggunaannya.
Apabila semakin maju, manusia mereka cipta pengangkutan yang lebih baik
berbanding rakit, iaitu sampan. Dengan menggunakan sampan, pergerakan manusia ke
sesebuah destinasi menjadi lebih pantas. Namun begitu, perkembangan teknologi
menyebabkan sistem pengangkutan air mengalami transformasi. Jadi, manusia telah
menggunakan ilmu sains dan teknologi untuk mereka pengangkutan air yang lebih canggih
seperti bot, feri, dan kapal selam.

a. Perkataan zaman dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan

__________________
[ 1 markah ]

b. Apakah alat pengangkutan yang digunakan oleh manusia sebelum rakit dicipta?
______________________________________________________________

______________________________________________________________

[ 2 markah ]

c. Mengapakah sistem pengangkutan air semakin mengalami transformasi


______________________________________________________________

______________________________________________________________
[ 2 markah ]

d. Mengapakah manusia pada zaman dahulu menggunakan sungai sebagai jalan

perhubungan?
______________________________________________________________

______________________________________________________________

______________________________________________________________
[ 2markah ]

Soalan 25
Baca lirik lagu di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Ayuh Kawan
Ayuh kawan-kawan
Kita sama-sama
Tunjuk prihatin
Harmoni terjalin
Amal hemah tinggi
Hulur jasa bakti
Berterima kasih
Orang yang berbudi
Ayuh kawan
Kita sama-sama
Tunjuk sikap sopan
Jalin perpaduan
Usah penting diri
Junjung nilai murni
Hidup dihormati
Sejiwa sehati
Kawan yang kusayang
Marilah berdendang
Pupuk kasih sayang
Hidup akan gemilang

a. Perkataan dendang dalam lirik lagu boleh juga digantikan dengan perkataan

_________________________________________________________

( 1 markah )

b. Apakah maksud rangkap kedua lirik lagu di atas?

_________________________________________________________

_________________________________________________________

( 2 markah )

c. Tandakan (  ) bagi pernyataan yang betul dan ( X ) bagi pernyataan yang salah
berdasarkan lirik lagu di atas.

Mesti pentingkan diri sendiri

Kita perlu membalas jasa dan mengucapkan terima kasih


kepada orang yang telah membantu kita.
( 1 markah )

d. Bagaimanakah cara untuk menunjukkan rasa prihatin kepada orang lain? Terangkan.
_________________________________________________________

_________________________________________________________

_________________________________________________________

( 3 markah )

Anda mungkin juga menyukai