Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN (F) BUKIT WAHA

81900 KOTA TINGGI, JOHOR


JBA 3002

KERTAS KERJA

PROGRAM PENINGKATAN PROFESIONALISME

WARGA SK (F) BUKIT WAHA

MELALUI

EKSPEDISI BERKAYAK

Disediakan oleh :

BADAN KEBAJIKAN GURU & KAKITANGAN


1.0 PENGENALAN
Salah satu daripada sembilan cabaran dalam Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) adalah untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan
di negara kita. Sasaran utama PIPP dalam bidang ini adalah untuk mewujudkan
pendidikan berkualiti seterusnya mencapai tahap sistem pendidikan bertaraf
dunia. Program peningkatan profesionalisma adalah salah satu kaedah yang
boleh melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Program peningkatan
profesinalisma merupakan satu proses berterusan atau istiqamah untuk
mengenal pasti, mempelajari, mengubahsuai serta melaksanakan amalan terbaik
sesebuah organisasi.

Atas kesedaran ini, warga sekolah SK (F) Bukit Waha telah bergerak selangkah
ke hadapan untuk merealisasikan matlamat dan sasaran PIPP dengan
mengadakan Program Peningkatan Profesinalisma melalui Ekspedisi Berkayak.

2.0 MISI
Program Peningkatan Profesionalisma melalui Ekspedisi Berkayak ini
diharapkan dapat mengukuhkan ukhwah dan mengeratkan hubungan silaturahim
dalam kalangan warga sekolah.

3.0 OBJEKTIF
Antara objektif Program Peningkatan Profesionalisma melalui Ekspedisi
Berkayak ini adalah untuk :
i. Meningkatkan kemahiran kognitif bagi mengendalikan aspek pengurusan
program.
ii. Meningkatkan daya tahan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial melalui
pelbagai aktiviti yang diatur.
iii. Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah bagi
memastikan kelancaran program.
iv. Mengukuhkan ketahanan fizikal dan mental dalam memastikan warga
sekolah sentiasa dalam keadaan optimis dalam apa jua cabaran.
v. Mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga sekolah.
vi. Memberi peluang warga sekolah mengenali dan belajar mengendalikan
kayak.

4.0 KUMPULAN SASARAN


Ekspedisi berkayak ini akan disertai oleh 29 orang warga sekolah dan 3 orang
jurulatih bertauliah.

5.0 JANGKA MASA


Program Peningkatan Profesionalisma melalui Ekspedisi Berkayak ini akan
dijalankan selama 2 hari 1 malam iaitu pada 27 dan 28 April 2018.

6.0 JAWATANKUASA
Jawatankuasa Induk
Pengerusi : Encik Sarmin bin Hairi (Guru Besar)
Naib Pengerusi : Pn. Hajah Fatimah binti Wagiman (PK Kurikulum dan Pentadbiran)
: Pn. Hayati binti Ibrahim (PK Hal Ehwal Murid)
: En. Abdullah bin Zakaria (PK Kokurikulum)

Jawatankuasa Pelaksana
Penyelaras : En. Nor Azlan bin Hj Salai
Pembantu penyelaras : En. Zainal Rizal bin Rosdi
Setiausaha : Pn. Noor Farhanah binti Ramlee
Bendahari : Pn. Fazilawati binti Samsudin
AJK Pengangkutan : En. Roslee bin Nasbon
AJK Kebajikan & Keselamatan : En. Nor Aizan bin Saranah
: Pn. Rabihanana binti Surif
: Cik Norliza binti Md Rohni
AJK Dokumentasi : Cik Nurulain binti Bahri
: Cik Nazirah binti Md Rohni
AJK Aktiviti : En. Hafidz Arif bin Ismail
: Pn. Siti Mariam binti Mat Yassim
: Pn. Sarinah binti Ahmad Safuan
: Pn. Nor Khairiah binti Johari
AJK Makanan & Minuman : Pn. Nor’aidah binti Md Ali
: Pn. Rashidah binti Mohd Jaapar
: Pn. Rasidah binti Rasul
: Pn. Suraya binti Ramli
AJK BBQ : En. Haizul Hakeem bin Katemin
: En. Arif Farhan bin Asri
: Cik Nurhajira binti Abd Rahman
: En. Muhammad Hazwan bin Haron
AJK Peralatan : En. Azahar bin Jambeak
: En. Hasrulnizam bin Hassan
: Siti Aisyah bnti Nasarudin
AJK Kerohanian : En. Nor Azlan bin Salai
AJK Kebersihan : Semua warga sekolah yang terlibat

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH (RM)


1 Bayaran naik rakit (RM25 x 31 orang) RM775.00
2 Sewa bilik RM680.00
3 Sewa lori angkut kayak (RM300 x 1 hala perjalanan) RM300.00
4 Makan malam (RM10 x 31 orang) RM310.00
5 Makanan BBQ
RM200.00
6 Sarapan
RM5 x 31 orang RM155.00
7 Sewa peralatan BBQ beserta arang
RM 30 x 1 set RM30.00
8 Bayaran perkhidmatan jurulatih
RM60.00 x 3 orang RM180.00
9 Arang 2 bag
RM20.00
10 Sandwich
RM50.00
JUMLAH RM2700.00
8.0 TENTATIF PROGRAM
27 APRIL 2018

Masa Aktiviti
12.00 tengah hari Berkumpul di Pusat Kokurikulum Johor Kampung
Solat Jumaat dan solat Zohor
Bersiap untuk aktiviti
2.00 petang Mengemas barang dan peralatan menaiki bot
Bersiap untuk aktiviti kayak
3.00 petang Ekspedisi Kayak ke Yoyo Rakit
Aktiviti mencari kupang
5.00 petang Tiba di Yoyo Rakit
Bersih diri dan solat Asar
Minum petang
6.00 petang Persiapan BBQ
Persiapan tempat solat
7.00 malam Solat Maghrib
Bacaan yassin
Takzirah
Solat Isya’
8.30 malam Berkumpul
Aktiviti Team Building
Makan malam
Bersurai

28 APRIL 2018

Masa Aktiviti
7.00 pagi Berkumpul
Taklimat aktiviti
7.30 pagi Sarapan pagi
Mengemas peralatan
Bersiap untuk aktiviti kayak
9.00 pagi Ekspedisi Kayak ke Pusat Kokurikulum Johor Kampung
11.00 pagi Tiba di Pusat Kokurikulum Johor Kampung
Mengemas peralatan
12.00 tengah hari Bersurai

9.0 PENUTUP
Diharapkan program ini akan menjadi satu titik permulaan kepada hubungan dua
hala di antara SK (F) Bukit Waha dan SK Serkan Darat. Melalui aktiviti-aktiviti
yang dirancang diharapkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim
antara kedua-dua sekolah, mengukuhkan hubungan kerjasama antara kedua-
dua sekolah dan warga sekolah dapat mencapai objektif yang disasarkan bagi
program lawatan penanda aras ini.

Disediakan oleh :

...............................................................
( )
Setiausaha,
Lawatan Penanda Aras ke SK Serkam Darat,
SK (F) Bukit Waha.

Disemak oleh :

...............................................................
( )
Penyelaras,
Lawatan Penanda Aras ke SK Serkam Darat,
SK (F) Bukit Waha.

Disahkan oleh :

...............................................................
( )
Guru Besar,
SK (F) Bukit Waha.

Anda mungkin juga menyukai