Anda di halaman 1dari 2

MINIT MESYUARAT PROGRAM DLP BIL.

1/2017

Tarikh : 16 JUN 2017


Hari : JUMAAT
Masa : 9.30 hingga 11.20 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat

Hadir:

1. Encik Othman Bin Adol Guru Besar / Pengerusi Program DLP sekolah
2. Puan Hanizah Binti Matair Penolong Kanan 1 / Penasihat Program DLP
sekolah
3. Encik Muhammad Syafiq Bin Zainol Guru Sains / Penyelaras Program DLP Sekolah
4. Puan Farhana Binti Jamil Guru Matematik / Setiausaha Program DLP
sekolah
5. Puan Dayang Rohani Binti Awang Rambli Guru Bahasa Malaysia / Bendahari Program DLP
sekolah
6. Cik Fiona Jelembai anak Ningkan Guru bahasa Inggeris / Ajk
AGENDA MESYUARAT

1.0 Ucapan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih atas kerjasama yang telah
diberi kepada semua guru DLP. Pengerusi berharap agar semua guru tidak berputus
asa dan terus berusaha untuk meraih pencapaian terbaik bagi tahun 2017.

Makluman

1.2 Guru diminta untuk memantapkan lagi aktiviti-aktiviti yang dapat melancarkan
perlaksanaan DLP bagi memudahkan para murid memahami subjek yang dipelajari
dalam bahasa inggeris.
Makluman

1.3 Pengerusi menyerahkan majlis kepada penyelaras program DLP untuk meneruskan
agenda mesyuarat.
Makluman
2.0 Pembentangan program-program yang telah dilaksanakan.
Penyelaras Program DLP (Encik Muhammad Syafiq Bin Zainol) membentangkan program-
program kecil yang telah dilaksanakan bagi memacu kelancaran Program DLP (Tahun 1
Cemerlang).

3.0 Senarai aktiviti dan program yang telah dilaksanakan.


3.1 Guru DLP sekolah terlibat dalam pengGubalan soalan GG1
3.2 Aktiviti pagi dengan nama MBMMBI
3.3 Perlaksanaan sistem labeling di sekolah dengan menggunakan format Dwibahasa.
3.4 Program kerjasama dengan panitia bahasa Inggeris yang diberi nama “a week, a
word”
4.0 Perkara berbangkit.
4.1 Tiada perkara berbangkit

5.0 HAL-HAL LAIN


5.1 Tiada.

Tindakan:Makluman

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.20 pagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Puan Farhana Binti Jamil Encik Muhammad Syafiq Bin Zainol

Setiausaha Program DLP Penyelaras Program DLP

Anda mungkin juga menyukai