Anda di halaman 1dari 16

PENGENALAN

Penghasilan rancangan pengajaran harian (RPH) adalah suatu kemestian


bagi setiap guru sebelum memulakan pengajaran harian mereka. RPH
merupakan nadi utama bagi memastikan keberkesanan suatu pelaksanaan sesi
pengajaran dan pembelajaran (PdP) oleh seseorang guru di dalam kelas. Tanpa
RPH , PdP yang berlangsung mungkin tidak akan berkesan akibat daripada
tiadanya struktur pengajaran dan rancangan yang teratur. Maka PdP yang
berlaku akan menjadi kucar-kacir dan tidak terurus lalu pembelajaran yang
berkesan tidak dapat berlaku di dalam kelas.
Terdapat pelbagai model pengajaran yang boleh digunakan dalam
penghasilan RPH bagi memastikan rancangan yang dirancang dapat memberi
impak berkesan kepada para murid di dalam kelas semasa PdP berlangsung.
Antaranya adalah Model Pengajaran Inkuiri yang mana ianya menitikberatkan
pencetusan rasa ingin tahu murid.
Inkuiri didefinisikan sebagai teknik penyoalan mengenai sesuatu perkara dan
mencari jawapan kepada penyoalan yang diutarakan. Ia melibatkan pemerhatian
dan pengukuran yang teliti, membuat hipotesis, menterjemah dan membina teori.
Inkuiri memerlukan kemahiran mengeksperimen, refleksi dan mengambil kira
kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan. (Herank, 2000). Inkuiri adalah
aktiviti yang melibatkan proses membuat pemerhatian, mengemukakan soalan,
meneliti buku buku dan sumber maklumat lain bagi memastikan apa yang
sudah diketahui, merancang dan menjalankan eksperimen, menyemak semula
apa yang sudah diketahui berdasarkan bukti eksperimen, menggunakan alat
mencari dan menganalisis serta mengintrerptasikan data, mencadangkan
jawapan penjelasan serta ramalan dan berkomunikasi menyebarkan keputusan
ataupun maklumat yang diperoleh. Secara tidak langsung, Model Pengajaran
Inkuiri ini membangkitkan mental murid dalam mencari jawapan bagi setiap
persoalan lalu memungkinkan pembelajaran berlaku bukan sahaja di dalam
kelas malah turut berlaku di luar kelas.

Selain itu, teknik pengajaran juga dapat disertakan dengan pendekatan


secara induktif. Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul dan mentafsir
maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau kesimpulannya.
Dalam suatu PdP yang berlangsung, guru boleh memberi contoh-contoh yang
khusus dan membimbing para pelajar untuk mengamati ciri-ciri kesamaan yang
ada pada contoh tersebut dan mengaitkan dengan perkara-perkara lain yang
sama. Setelah itu murid akan dibimbing untuk membuat generalisasi konsep
yang meliputi contoh-contoh yang diberikan.
Dalam kerja kursus ini, saya akan memberi satu contoh RPH yang
menggunakan pendekatan pembelajaran secara inkuiri dan penggunaan kaedah
Pengajaran

Secara

Induktif

serta

Pengajaran

Berpusatkan

Murid

lalu

membincangkan kesesuaian RPH tersebut dengan teknik-teknik pengajaran


yang telah di jelaskan di atas.

PENGHASILAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.


Bagi merancang RPH untuk tugasan ini, saya memilih matapelajaran Sains
sebagai medium mempraktikan teknik dan kaedah pengajaran yang tersebut
kerana kesesuain matapelajaran ini dalam menggunakan kaedah yang telah di
ketengahkan.
Topik yang telah saya pilih ialah Nampak tak bayang-bayang. sebelum
mnunjukkan contoh RPH yang akan dibincangkan, ini adalah perkara-perkara
yang perlu diperhatikan dalam penghasilan RPH berdasarkan Model Pengajaran
Inkuiri dan Kaedah Induktif.
CONTOH
Hari PENGAJARAN
: selasa
INDUKTIF SAINS INKUIRI:
1. Tarikh
Guru beri
: 15 masalah/perkara
september 2015 untuk buat penyiasatan.
2. Tahun
Contohnya:
:2 Terbilang
Pemakanan dan gigi haiwan.
3. Murid bekerja berpasangan dalam kumpulan dengan guru memberikan gambar
Tema : Sains Fizikal
gambar haiwan.
Tajuk : Nampak tak bayang-bayang
4. Murid diminta membina kategori haiwan tersebut berasaskan makanan haiwan.
5. Murid buat kategori/klasifikasi dan melabel, sesekali berkongsi kategori mereka dengan
Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:
pasangan lain.
4.1 Menganalisis keadaan terang dan gelap.
6. Guru membantu membina konsep dengan beri nama saintifik kepada setiap kategori.
7. Guru tunjuk spesimen dan meminta pelajar ramal struktur gigi haiwan.
Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:
8. 4.1.3
GuruMenerangkan
minta pelajar bagaimana
kumpul spesimen
bayang-bayang
tambahandihasilkan
dan masukkan
melaluike
aktiviti.
dalam kategori yang
mereka telah bina.
Masa: 60 minit (2 waktu)

SOALAN 1
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Berikut adalah RPH yang saya sediakan untuk perbincangan dalam tugasan ini
berkaitan penggunaan Model Pengajaran Inkuiri dan Kaedah Induksi.
Hari: Selasa
Tarikh: 15 September 2015
Tahun :2
Tema : Sains Fizikal
Tajuk : Nampak tak bayang-bayang
Standard Kandungan: Murid dibimbing untuk:
4.1 Menganalisis keadaan terang dan gelap.
Standard Pembelajaran: Murid berupaya untuk:
4.1.3 Menerangkan bagaimana bayang-bayang dihasilkan melalui aktiviti.
Masa: 60 MINIT (2 waktu)
FASA
1. Persediaan
- Memerhati
- Menyoal

CADANGAN AKTIVITI

CADANGAN
KOMUNIKASI
Murid dibawa ke dua lokasi iaitu di Di luar Kelas
luar kelas dan dalam kelas. Guru 1. Cuba perhatikan
menyoal
untuk
menimbulkan pada lantai di tempat
perasaan ingin tahu murid.
kamu
berdiri.Apa
yang dapat kamu
Murid membuat pemerhatian
perhatikan?

Indikator
1.1.1 Menggunakan
deria
penglihatan,
Guru meminta murid melihat
pendengaran,
pelbagai bayang-bayang yang
sentuhan, rasa terbentuk oleh setiap objek.
dan bau.

Di dalam kelas
1. Adakah situasi
yang kamu perhatikan
di luar kelas tadi
sama
dengan
di
dalam
kelas
sekarang?

2.
-

Imaginasi
Meneroka
Meramal
Merancang
Membuat hipotesis

Guru
menyediakan
beberapa 1. Apakah yang kamu
bahan yang berlainan.
perhatikan?
i.
Plastik jernih
ii.
Gelas
2. Objek manakah
iii.
Buku
yang
dapat
iv.
Pemadam
menghasilkan
Indikator
v.
Pembaris
bayang-bayang?
2.1.1 Menghasilkan idea
vi.
Lampu suluh
yang bermakna.
3. Objek manakah
Murid-murid merancang dalam yang
tidak
2.1.4 Mencari hubungkait , kumpulan
untuk
menguji menghasilkan
gabungjalin atau corak kewujudan bayang-bayang.
bayang-bayang?
berdasarkan
maklumat
yang ada.
Hasil penyiasatan direkodkan
dalam Lampiran 1.

3. Perkembangan
- Menguji hipotesis
Indikator
3.1.2 Mengubahsuai idea
3.1.4 Memberi pelbagai
penerangan rasional
tentang idea.

Murid menjalankan penyiasatan Anda diberi masa 20


untuk menguji hipotesis dan minit
untuk
merekod hasil dapatan.
menjalankan aktiviti
ini.
Murid membina / mencipta
bayang-bayang
mengikut
kreativiti
kumpulan
masingmasing.(menggunakan jari)
Contohnya :
Bentuk rama-rama
Bentuk arnab
Bentuk burung
Bentuk ikan

Apakah
bentukbentuk yang dapat
dihasilkan
oleh
kumpulan kamu?
Bolehkah
kamu
melukis
bentuk
bayang-bayang
tersebut
dalam
lampiran 2.

Murid-murid
melakar
kembali
Adakah
bentuk
bentuk
bayang-bayang
yang
tersebut mempunyai
terhasil dalam Lampiran 2.
bayang-bayang yang
jelas?
4. Tindakan
-

Membuat

Murid-murid memberikan contoh Namakan objek yang


objek yang boleh membentuk membentuk bayangbayang-bayang dan objek yang bayang?

kesimpulan
Melapor

tidak boleh membentuk bayangbayang


Namakan objek yang
tidak
membentuk
bayang-bayang?
Guru
membantu
murid-murid
membina idea tentang perkaitan Adakah objek yang
Indikator Amalan
antara
objek
yang
boleh jernih menghasilkan
4.1.1 Menghuraikan idea membentuk
bayang-bayang bayang-bayang?
dengan terperinci
dengan objek
yang tidak
membentuk bayang-bayang.
Adakah objek yang
4.2.1
Peka
kepada
gelap menghasilkan
perkara sekeliling
bayang-bayang?
Bolehkah
anda
jelaskan
tentang
bahan-bahan
yang
membentuk bayangbayang?
Pentaksiran

Murid
berupaya
meramal,
meneroka ,mengeksperimen

KPS:
Memerhati,mengeksperimen,mere
kod data,membuat kesimpulan
Nilai dan Sikap
Bekerjasama,
jujur
dalam
merekod hasil dapatan
Elemen
Merentas Kreativiti
Kurikulum

PERBINCANGAN MODEL PENGAJARAN INKUIRI SECARA INDUKTIF

Setelah meneliti pelbagai aspek pengajaran dan pembelajaran yang telah


dirancang, dapat saya bincangkan pelbagai aspek berkaitan kaedah serta model
pengajaran yang telah saya gunakan.

FASA 1 (PERSEDIAAN)
Dalam RPH yang telah dirancang, fasa pertama Model pengajaran
berdasarkan pendekatan induktif yang mana murid dicetuskan sifat ingin tahu
mereka dengan menyoal tentang kehadiran bayang-bayang di luar kelas dan di
dalam kelas. Pada fasa ini, murid akan di tunjukkan contoh-contoh spesifik
berhubung topik yang akan di ajar sebentar nanti.
FASA 2 (imaginasi):
Guru memberikan beberapa contoh objek daripada pelbagai jenis sifat
ketelapan cahaya untuk digunakan oleh pelajar di dalam ujikaji mereka. Dalam
fasa ini, objek-objek tersebut akan menjadi contoh kepada objek-objek lain yang
mempunyai konsep yang sama dalam penghasilan bayang-bayang. Pendekatan
ini membuatkan para pelajar terbuka minda mereka lantas menggunakan sifat
ingin tahu mereka untuk mencari jawapan kepada persoalan yang timbul. Guru
tidak digalakkan untuk memberi penerangan mahupun jawapan kepada situasisituasi yang mungkin timbul namun guru dapat menjadi pembimbing agar
mereka dapat menemui jawapannya melalui soalan-soalan yang menjurus

kepada objektif pengajaran.


FASA 3 (perkembangan):
Melalui idea yang telah dicetuskan dalam fasa sebelumnya, murid kini
diberikan kebebasan dalam menggunakan sifat ingin tahu mereka untuk
menyiasat tentang pembentukanbayang-bayang ini. Dalam fasa ini, murid
diminta untuk mencipta bayang-bayang menggunakan jari dan tangan serta tidak
dilarang jika mahu menggunakan objek lain. Dalam fasa ini, murid semakin
memahami konsep berkaitan penghasilan bayang-bayang ini secara beransuransur. Pendekatan induktif yang digunakan menunjukkan hasil apabila soalansoalan yang diajukan oleh guru dapat dijawab dalam skop konsep yang hampir
tepat. Guru membimbing para pelajar ini dengan soalan-soalan yang akan
menjawab konsep penghasilan bayang-bayang. Pendekatan induktif juga
menitikberatkan pengumpulan data-data spesifik daripada aktiviti-aktiviti yang
dijalankan untuk merumuskan konsep yang terlibat dalam penghasilan bayangbayang.
FASA 4 (tindakan) :
Pada peringkat ini, murid-murid sudah mempunyai idea secara kasar tentang
bagaimana bayang-bayang terbentuk dan apakah objek-objek yang dapat
menghasilkan bayang-bayang atau tidak berdasarkan maklumat yang diperolehi
daripada aktiviti fasa 3. Oleh itu, guru memperkukuhkan lagi idea para murid
dengan mengajukan soalan yang menjurus kepada penyimpulan atau rumusan
bagi konsep-konsep umum yang berlaku dalam penghasilan bayang-bayang.
Soalan pertama dan kedua yang diajukan adalah supaya murid dapat

mengelaskan sendiri objek-objek mengikut ciri-ciri tertentu dalam penghasilan


bayang-bayang seterusnya mereka dapat mengaitkan sifat atau ciri-ciri yang
dilihat itu dengan objek lain yang mungkin menghasilkan keputusan yang sama.
Setelah itu, guru mengajukan soalan tentang jenis objek yang menghasilkan
bayang-bayang dan tidak menghasilkan bayang-bayang. Pada waktu ini muridmurid sudah dapat merumuskan secara general tentang konsep objek yang
menghasilkan bayang-bayang. Hal ini sesuai dengan pendekatan induktif inkuiri
penemuan yang digunakan.
FASA 5 (PENTAKSIRAN):
Fasa ini hanya digunakan untuk melihat sejauh mana murid dapat membina
konsep berkaitan objektif pengajaran samaada konsep yang dibina itu
bertepatan dengan konsep sebenar atau tidak. Dalam fasa ini, sekiranya didapati
terdapat kesalahan dalam memahami konsep-konsep yang ingin diketengahkan,
guru akan memperbetulkan konsep itu secara langsung. Selain itu murid juga
digalakkan untuk menilai pemahaman mereka sendiri setelah guru merumuskan
pengajaran pada hari itu.

SOALAN 2

LEMBARAN DAN HASIL KERJA MURID

Dalam pelaksanaan satu-satu PdP, lembaran kerja adalah sangat penting


bagi memudahkan para guru menilai sejauh mana idea-idea murid telah
dibentuk. Melalui lembaran kerja, penstrukturan idea murid akan menjadi lebih
berkesan. Keberkesanan penerapan idea ini dapat berlaku dengan pemilihan
atau penghasilan lembaran kerja yang sesuai agar pendekatan yang dilakukan
berkesan dan mencapai objektif.

PERBINCANGAN KESESUAIAN LEMBARAN KERJA TERHADAP TAHAP


PERKEMBANGAN MURID.

Berdasarkan hasil kerja murid, lembaran kerja ini sesuai dengan tahap
perkembangan mereka. Kedua-dua helaian kerja yang diberikan dapat dijawab
dan disiapkan dalam masa yang diperuntukkan dan mampu dijawab dalam skop
yang betul.
Bagi lembaran kerja pertama pada Lampiran 1, gambar-gambar yang
digunakan adalah jelas dan mudah untuk dikenalpasti oleh murid. Ini
memungkinkan murid untuk melihat-ciri-ciri yang jelas berkaitan penghasilan

bayang-bayang. Dengan penggunaan gambar realistik ini murid pada peringkat


perkembangan ini dengan mudah dapat menjalankan aktiviti-aktiviti yang
disertakan lembaran 1 ini dengan berjaya.
Menggunakan Model Pengajaran Inkuiri, lembaran ini dihasilkan untuk
menambah sifat ingin tahu murid melalui kepelbagaian objek dalam gambar.
Gambar yang realistik ini, selain memudahkan murid mengenalpasti objek, ia
juga mampu meningkatkan rasa ingin tahu murid dengan warna-warna yang
menarik dan objek yang pelbagai.
Pengajaran

berorientasikan

inkuiri melibatkan

kanakkanak dalam

penyiasatan sains. Proses inkuiri didorong oleh sifat ingin tahu dan keinginan
memahami sesuatu ataupun menyelesaikan masalah. Proses inkuiri bermula
daripada sesuatu pemerhatian yang menarik minat dan seterusnya menimbulkan
persoalan. Sifat ingin tahu seterusya meransang tindakan supaya terus membuat
pemerhatian, pertanyaan, ramalan, hipotesis dan konsep awal. Proses yang
digunakan bagi mendapatkan penyelesaian, fakta konsep atau prinsip adalah
dipanggil inkuiri. Hasil yang diperoleh daripada proses ini disebut penemuan atau
dapatan. Dapatan yang diperoleh oleh murid akhirnya diisikan ke dalam
lembaran yang diedarkan.
Penggunaan lembaran kerja ini adalah salah satu cara untuk murid
merekodkan dapatan mereka dari pada persoalan yang timbul setelah aktiviti
dijalankan. Guru mengajukan soalan-soalan yang dapat mencetuskan idea
berdasarkan sifat ingin tahu murid terhadap konsep dan fakta yang terlibat
disebalik ujikaji yang dijalankan. Idea dan jawapan yang diperoleh daripada

ujikaji yang dijalankan akan direkodkan di dalam lembaran kerja yang diberikan.

Selain itu, pengajaran secara inkuiri mnggalakkan pembelajaran secara


berkumpulan. Perbincangan dalam kumpulan kecil melibatkan semua murid
secara aktif ketika aktiviti dijalankan dalam memberikan pelbagai idea, bertukar
tukar maklumat dan pendapat dan perdebatan. Oleh itu,lembaran yang
diedarkan kepada murid dibuat agar mereka dapat melakukan aktiviti tersebut
secara berkumpulan. Dalam aktiviti secara berkumpulan, tunjuk cara boleh
dilakukan oleh guru dengan menggunakan bahanbahan yang ada di
persekitaran mereka dan membuat ramalan atau hasilan yang mungkin terjadi .
Selain itu, strategi pengajaran berpusatkan murid turut digunakan dan
diintegrasikan dalam lembaran kerja yang diberikan. Tidak banyak bantuan
secara langsung yang diberikan oleh guru sewaktu lembaran kerja dilakukan
oleh murid melalui strategi pengajaran berpusatkan murid. Murid digalakkan
untuk mencari jawapan sendiri melalui aktiviti-aktiviti ujikaji yang dijalankan
sewaktu PdP berlangsung dan guru hanya hadir di dalam kelas sewaktu PdP
sebagai pembimbing untuk murid mencapai objektif pembelajaran. Guru akan
mengajukan soalan dan memandu pengetahuan murid untuk mencari jawapan
bagi setiap persoalan berkaitan konsep, fakta dan lain-lain yang mungkin timbul.
Selain itu, pendekatan secara induktif juga dipraktikkan dalam lembaran
yang diberikan kepada murid. Pendekatan induktif melibatkan aktiviti mengumpul
dan mentafsir maklumat-maklumat, kemudian membuat generalisasi atau
kesimpulannya.
Dalam

penggunaan

kaedah

ini,

saya

memulakan

pengajaran

dengan

memberikan beberapa contoh yang khusus tetapi mengandungi satu prinsip atau
konsep yang sama berdasarkan kepada contoh-contoh yang diberikan,muridmurid dibimbing memikir,mengkaji,mengenalpasti dan mentafsir maklumat yang
terkandung dalam contoh-contoh khusus itu, kemudian membuat generalisasi
atau kesimpulan yang berkenaan. Langkah-langkah PdP ini dibantu dengan
lembaran kerja yang diedarkan kepada murid dengan susunan lembaran kerja
yang sesuai mengikut pendekatan induktif.
Untuk menjelaskan maksud saya, saya sertakan lembaran-lembaran kerja
dalam lampiran 1 dan lampiran 2. Dalam lampiran 1, gambar-gambar
menunjukkan contoh-contoh yang spesifik bagi setiap ciri-ciri ketelapan cahaya.
Melalui ciri-ciri ini murid membina konsep atau prinsip yang berkaitan dengan
topik yang diajar seterusnya mengaplikasikan konsep tersebut dalam lembaran
kerja 2 yang diedarkan selepasnya.

LAMPIRAN 1
Bayang-bayang

Bayang-bayang

Ada

Tiada

Objek

LAMPIRAN 2
Bentuk

Lakaran bayang-bayang

RUMUSAN.
Teknik pengajaran sebenarnya dapat dilakukan menggunakan pelbagai
model yang telah diperkenalkan oleh ilmuan-ilmuan terdahulu. Model Pengajaran
konstruktif oleh Needham atau secara induktif oleh John Dewey dan David Kolb
semuanya mempunyai kelebihan tersendiri dalam memastikan keberkesanan
pendidik mengajar para murid. Namun dalam perbincangan ini, saya ingin
merumuskan bahawa Model Pengajaran Inkuiri yang dipraktikan dalam
pengajaran sains tahun 2 ini berkesan dan dapat memudahkan para pelajar
mendalami konsep-konsep sains secara berkesan.
Pengajaran Inkuiri yang sebenarnya berlaku secara berterusan amat sesuai
untuk digunakan dalam pembelajaran sains yang mana situasinya dapat dilaui
setiap hari. Kesesuaiannya juga adalah perlu untuk menanam sifat ingin tahu
dan sesuai untuk pengajaran tahap 1.
Dalam perubahan zaman teknologi ini, murid juga sudah tidak lagi releven
untuk diajar secara tradisional. Pengajaran satu hala yang dilakukan oleh
pengamal pendidikan dahulu sudah kurang keberkesanannya dalam era letusan
maklumat ini. Justeru pengajaran berpusatkan murid sangat sesuai dijadikan
wadah dalam pengajaran semasa PdP berlangsung.
Akhir kata, setiap guru seharusnya mendalami pelbagai teori pendidikan dan
kaedah pendekatan serta strategi-strategi untuk memastikan keberkesanan
sistem pendidikan di negara kita. Dengan mendalami semua ilmu dan kemahiran
ini, guru sebagai profesion yang profesional akan dapat mengadaptasi keperluan
mereka dalam arus pendidikan yang sentiasa berubah-ubah.

Anda mungkin juga menyukai