Anda di halaman 1dari 1

PERSEPSI PELAJAR TERHADAP AMALAN PENGAJARAN PENSYARAH DI

JABATAN KEJURUTERAAN PERKAPALAN POLITEKNIK UNGKU OMAR

Kajian ini bertujuan untuk melihat kesediaan pensyarah sebagai role model (suri teladan) semasa
proses pengajaran. Kajian ini juga ingin melihat tahap penerapan nilai-nilai murni dalam
kalangan semasa proses proses pengajaran. Kajian ini dijalankan dalam kalangan 103 daripada
146 pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Perkapalan di Politeknik Ungku Omar. Kajian ini adalah
berbentuk tinjauan dengan menggunakan set soal selidik yang diadaptasi daripada soal selidik
Ab. Halim et. al (2010) dengan nilai alpha 0.888. Data yang diperolehi melalui kajian ini
dianalisis dengan menggunakan program SPSS for Windows dengan menggunakan statistik
deskriptif seperti kekerapan, peratus dan min. Dapatan kajian secara keseluruhan item
menunjukkan bahawa nilai min mencapai tahap yang tinggi, ini menunjukkan bahawa pensyarah
memperlihatkan role model (suri teladan) yang baik kepada pelajar. Selain itu pensyarah juga
menerapkan nilai-nilai murni semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.

Kata kunci : Pengajaran, Role model (suri teladan), Nilai-nilai murni.

Anda mungkin juga menyukai