Anda di halaman 1dari 3

Tahun 16 April, 1989, aku ditempatkan ke SK Suak Padi dan aku dapati

Keputusan UPSR sekolah ini 0% dalam Subjek Matematik.


Beberapa langkah DRASTIK telah aku syorkan kepada Guru Matematik
tahun 6 dan Alhamdulillah menghasilkan 75% lulus C. Ini menunjukkan
75% murid-murid di sini telah DIPULIHKAN dari ASAS MATEMATIK.
Juga, terdapat seorang anak rakan aku yang hanya mencapai 56
markah di PRA-UPSR, lalu aku berikan soalan ini untuk diLATIH-
TUBInya dalam tempoh 3 minggu ... Alhamdulillah ... dia berjaya SKOR
A di UPSR.
Oleh itu, jika ada di antara ANAK-ANAK DIDIK ANDA yang masih lemah
dalam subjek Matematik ..... aku paparkan SOALAN-SOALAN ASAS
(Darab dan Bahagi) bagi membantu mereka.
Di bawah ini disediakan 200 soalan .... sebahagian dari 1000 soalan
FAKTA ASAS yang aku dah KENALPASTI DAPAT MEMBANTU
MASALAH INI. Insya Allah
A. Langkah Perlu Diambil:-
1. Cetak soalan di bawah ini dan photostat beberapa salinan dan
JADIKAN BUKU NIPIS.
2. Gunakan PENSEL sahaja.
3. Semak dengan HANYA MEMBULATKAN DI NOMBOR SOALAN
SALAH SAHAJA.
4. Padam semula soalan dan gunakan kembali sehingga tidak boleh
digunakan lagi.

B. Di RUMAH
1. Jadikan AMALAM = "1 mukasurat/hari"
- lakukan sebelum masuk tidur tanpa berhenti selama beberapa
minggu.
2. Lakukan UJIAN KECEKAPAN (siapkan semua soalan) dan AMBIL
MASA dan REKOD KESALAHAN.
3. Lakukan beberapa kali UJIAN hingga MENEPATI PANDUAN MASA
YANG DIBERIKAN (suaikan mengikut umur).
Contoh : Tahun 6 = 7 minit/200 soalan
C. DI KELAS
1. Mengganti CONGAK.
- Guru hendaklah memilih MUKASURAT yang sesuai dan berikan
masa (minit) mengikut kesesuaian.
2. Lakukan beberapa kali UJIAN hingga MENEPATI PANDUAN MASA
YANG DIBERIKAN (suaikan mengikut umur).
Contoh : Tahun 6 = 7 minit/200 soalan
Jika berjaya dan jika ANDA SEORANG MUSLIM .... sudikanlah untuk
bersedekah AL FATIHAH kepada ARWAH KEDUA-DUA IBUBAPA
SAYA.
SELAMAT MENCUBA DAN BERJAYA

MULAKAN DENGAN
"MENGHAFAL SIFIR DARAB"

Anda mungkin juga menyukai