Anda di halaman 1dari 7

Masa Perkara Tindakan

7:45pm Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Prof. Dr.


Ismail Ali, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal
Pelajar dan Alumni, Universiti Malaysia Sabah
bersama dif-dif kehormat masuk ke dewan.

Hadirin dipohon untuk terus berdiri bagi


menyanyikan lagu ‘Negaraku’ ‘Sabah Tanah Airku’
dan ‘Bertekad Cemerlang’.

Hadirin dipersilakan duduk.


7:50pm Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yang Berusaha
Prof. Dr. Ismail Ali
Timbalan Naib Canselor
Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Universiti Malaysia Sabah

Encik Mohd Jumrat Bin Minsun,


Penyelaras Program
Debat Piala Naib Canselor Kali ke-17
Universiti Malaysia Sabah

Saudari Nurul Hidayah Amran


Pengarah Program
Debat Piala Naib Canselor Kali ke-17
Universiti Malaysia Sabah

Serta hadirin yang dikasihi sekalian.

SELAMAT DATANG KE PERTANDINGAN AKHIR


DEBAT PIALA NAIB CANSELOR Kali Ke- 17.
7:53pm Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput
Saudara Muhammad Syafiq Bin Abdul Saman
untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapaan penghargaan dan


terima kasih kepada Saudara Muhammad Syafiq
di atas kesudian mengetuai bacaan doa sebentar
tadi.

Moga-moga majlis kita akan dirahmati.

7:55pm Buat pengetahuan semua, Debat Piala Naib


Canselor Kali ke- 17 telah berlangsung sejak hari
Sabtu dengan penyertaan daripada pendebat-
pendebat UMS Kampus Antarabangsa Labuan,
Kolej Kediaman Sri Angkasa, Kolej Kediaman Tun
Fuad, Kolej Kediaman Tun Mustapha dan Kolej
Kediaman E.

Pertandingan Debat Piala Naib Canselor Kali ke-17


ini bertujuan untuk menjana dan juga memperkasa
kemahiran insaniah serta menambah nilai-nilai
santun dalam kemahiran berkomunikasi dalam
kalangan mahasiswa, khususnya penuntut di
Universiti Malaysia Sabah.

Sebelum kita memulakan Pertandingan Akhir Debat


Piala Naib Canselor Kali ke-17

Majlis mempersilakan Para Hakim untuk mengambil


tempat.

Diperkenalkan hakim yang akan mengadili


pertandingan akhir pada malam ini.
* Perkenalkan Hakim*
Hakim pun sudah diperkenalkan, maka tanpa
melengahkan masa, Pertandingan Akhir Debat
Piala Naib Canselor Kali ke- 17 akan membuka tirai.

Mengumumkan perarakan masuk para peserta


pertandingan akhir Debat Piala Naib Canselor 2017
beserta Tuan Yang Dipertua Dewan dan penjaga
masa.

*Habis Sidang*
9:30pm
Mengumumkan perarakan keluar, Tuan Yang
Dipertua Dewan, penjaga masa serta ahli-ahli Yang
Berhormat.

*Seterusnya, majlis menjemput _______ untuk


memberikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

Terima Kasih kepada ___________ di atas ucapan


itu tadi.

*Seterusnya, Majlis dengan segala hormatnya


menjemput _______________________ untuk
memberikan ucapan sekaligus merasmikan majlis
penutupan Debat Piala Naib Canselor 2017.
Dipersilakan.

Terima Kasih diucapkan kepada _______________


di atas ucapan serta perasmian itu tadi.
Seterusnya, kita akan menyaksikan tayangan
montaj bagi Pertandingan Debat Piala Naib
Canselor Kali ke-17

Seterusnya, majlis menjemput ketua hakim bagi


persidangan akhir Pertandingan Debat Piala Naib
Canselor untuk memberikan sedikit ulasan
mengenai Pertandingan akhir Debat Piala Naib
Canselor Kali ke- 17 bagi kedua-dua kategori.

Ketua hakim kategori Muda __________


Ketua Hakim Kategori Utama __________

Terima Kasih diucapkan kepada ______ selaku


ketua Hakim Pertandingan Akhir Debat Piala Naib
Canselor Kali ke- 17 atas ulasan beliau sebentar
tadi.

Seterusnya, majlis menjemput ___________ diiringi


__________________ untuk naik ke atas pentas
bagi penyampaian cenderahati dan Hadiah.

1. Pertama sekali penyampaian cenderahati untuk


hakim pertandingan akhir _________.

2. Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian


sijil kepada para pesrta. Diminta wakil bagi setiap
pasukan untuk menerima sijil penyertaan tersebut.

i. UMS KAL
ii. KK Sri Angkasa
iii. KKTF
iv. KKTM
v. KKE

3. Majlis akan diteruskan lagi dengan penyampaian


sijil buat peserta separuh akhir Debat Piala Naib
Canselor Kali ke-17
4. Seterusnya, majlis akan mengumumkan
pendebat terbaik Liga ______

*Kategori Muda
*Kategori Utama

5. Baiklah. Penyampaian hadiah seterusnya adalah


penentuan bagi johan dan naib johan bagi
pertandingan Debat Piala Naib Canselor Kali ke- 17.
Sebelum itu, Dijemput Kedua-dua pasukan
pertandingan akhir Debat Piala Naib Canselor
Kategori Muda dan Utama untuk naik ke atas
pentas.

*Umum Pemenang
(Kategori Muda)
(Kategori Utama)

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha,


___________di atas kesudian untuk
menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Pohon langsat berbuah lebat


Ambil galah jolokkan hamba,
Begitu hangat mereka berdebat,
Menang kalah adat berlumba.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada para


pemenang,

Kepada yang tidak berjaya


Usah berduka, rezeki itu ada di mana saja, cuba lagi
di lain masa.
Dari Labuan sehingga Kolej E,
Berdebat di Pertandingan DPNC;
Selesai sudah tugas diberi,
Di lain Masa bersua lagi.

Saya, mewakili seluruh jawantankuasa Program


Debat Piala Naib Canselor Kali ke- 17, ingin
memohon ribuan kemaafan di atas segala salah
dan silap serta kekurangan sepanjang 3 hari
program ini berlangsung.

*Sesi Bergambar*

Anda mungkin juga menyukai