Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LABU BESAR

09010 KULIM
KEDAH DARUL AMAN

PENYELIDIKAN GURU

Pengajaran Karangan Bahasa Inggeris Menggunakan Kaedah Terjemahan Bahasa Ibunda

Oleh
MOHAMAD KHUSAIRI BIN MAT JALI
SMK Labu Besar,
09010 Kulim,
Kedah Darul Aman

2 Februari 2012
ABSTRAK
Tugas seorang guru matapelajaran Bahasa Inggeris (B.I) bukan mudah, tambah- tambah lagi bila
ditugaskan untuk mengajar pelajar yang rendah tahap penguasaan bahasa Inggeris itu sendiri.
Hakikat ini juga dirasai oleh penyelidik sendiri, sebagai guru matapelajaran B.I di kelas 5 AV di
Sekolah Menengah Kebangsaan Labu Besar, Kulim, Kedah. Banyak faktor yang mempengaruhi
keadaan demikian. Antaranya, tahap kesedaran dan motivasi pelajar itu sendiri. Ini sangat jelas
kelihatan semasa menanda kertas peperiksaan dan ujian. Majoriti pelajar tidak menjawab soalan
Section B Kertas 1. Oleh itu, penyelidik membuat keputusan untuk mencari jalan bagaimana untuk
meningkatkan kesedaran dan motivasi pelajar untuk sekurang- kurangnya cuba menjawab soalan
berkenaan. Kajian tindakan ini memberi fokus kepada keberkesanan penggunaan kaedah
penterjemahan bahasa ibunda dalam pengajaran penulisan karangan, khususnya untuk menjawab
soalan Section B Kertas 1.

ISU KAJIAN
Majoriti pelajar yang lemah dalam B.I ‘mengelak’ dari menjawab soalan Section B Kertas 1. Ini terjadi
kerana penguasaan tatabahasa mereka amat lemah, sekaligus menyebabkan mereka tidak faham
soalan. Ini juga ada disebabkan faktor tidak mahu mencuba.

REFLEKSI ISU KAJIAN


Melalui pemerhatian selama setahun, bahawa penguasaan pelajar 5 AV dalam berbahasa Inggeris
amatlah rendah. Mereka tidak menunjukkan keupayaan menulis karangan secara kendiri. Mereka
hanya akan menulis karangan bila guru memberi bimbingan secara intensif. Selain itu, satu lagi cara
yang digunakan oleh guru untuk membuatkan mereka menulis karangan adalah dengan meminta
mereka menyalin contoh- contoh karangan yang sudah siap. Mungkin ini juga menjadi sebab kenapa
pelajar mengambil mudah akan hal ini.

Saya percaya terdapat ramai murid yang ingin mencuba menulis karangan dalam B.I. Akan tetapi,
mereka kekurangan dari segi pendedahan di rumah, pengaruh rakan sebaya dan juga kemahiran
bahasa itu sendiri.

Berdasarkan pendapat Littlewood (1987), beliau mencadangkan penggunaan bahasa ibunda


dalam pengajaran bahasa kedua kerana ia boleh membantu pelajar menyatakan maksud bagi
sesuatu perkara.

2
Jadi saya berpendapat, hendaklah dilakukan satu kaedah yang drastik bagi menggalakkan
pelajar menjawab soalan berkenaan, sekaligus menggalakkan pelajar menulis karangan dalam B.I
dengan memanipulasi apa sahaja perbendaharaan kata yang mereka tahu.

OBJEKTIF KAJIAN
Objektif utama kajian adalah untuk menilai keberkesanan pelaksanaan penggunaan kaedah
penterjemahan bahasa ibunda dalam pengajaran penulisan karangan, khususnya untuk menjawab
soalan Section B Kertas 1 di kalangan pelajar 5 AV.

KUMPULAN SASARAN / RESPONDEN KAJIAN


Responden kajian terdiri daripada 25 murid tingkatan 5AV yang terdiri daripada kumpulan lemah.

INSTRUMEN KAJIAN
Pengkaji menjalankan 3 ujian menggunakan soalan- soalan yang berlainan (sila rujuk lampiran A).
dan juga lembaran kerja (sila rujuk lampiran B).

3
LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
Langkah-langkah tindakan dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:

Langkah Tarikh Catatan

1 Guru meminta pelajar menjawab soalan 1 (sila rujuk 04/01/2012


lampiran A).

2 Guru membimbing pelajar untuk menulis dan menghafal 04/01/2012


maksud frasa- frasa mudah dalam bahasa Malaysia

3 Guru meminta pelajar menjawab soalan 2 (sila rujuk 09/01/2012


lampiran A).

4 Guru memberi penilaian dalam bentuk perbincangan 09/01/2012


kelas.

5 Guru meminta pelajar menjawab tugasan dalam lembaran 11/01/2012 Aktiviti susulan
kerja (sila rujuk lampiran B).

6 Guru memberi penilaian dalam bentuk perbincangan 11/01/2012


kelas.

4
REFLEKSI TINDAKAN

Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan, penyelidik merasakan bahawa murid telah
menunjukkan minat menulis dalam B.I (rujuk lampiran C). Hanya 2 pelajar tidak dapat melengkapkan
aktiviti soalan 2. Pelajar- pelajar berkenaan adalah pelajar yang tidak mampu menulis dengan baik,
walaupun dalam B.M.

Penyelidik merasa bangga dan gembira kerana majoriti pelajar dapat menjawab soalan 2
yang diberi. Ini menunjukkan pelajar lemah juga boleh memperbaiki kelemahan diri dengan
menggunakan teknik yang khusus yang bersesuaian dengan tahap penguasaan mereka.

Penyelidik juga mendapati bahawa aktiviti lembaran kerja (rujuk lampiran B) dapat memberi
sedikit kesedaran kepada mereka bahawa sebenarnya, mereka mengetahui sedikit perbendaharaan
bahasa Inggeris yang boleh dimanipulasikan untuk menjawab soalan karangan di Section 2, Kertas
1.
Namun begitu, pelajar hendaklah juga membuat ulangkaji sendiri secara berterusan. Penyelidik juga
hendaklah memainkan peranan yang berkesan dalam kelas untuk menggalakkan pelajar untuk terus
menulis karangan dalam B.I.

PENUTUP
Secara keseluruhannya, pengkaji menganggap bahawa kajian yang telah dijalankan telah memenuhi
dan menepati apa yang telah dijangkakan oleh penyelidik sebelum ini. Walaupun teknik yang
digunakan adalah sedikit bercanggah dengan beberapa teori pengajaran bahasa kedua, namun
dalam keadaan begini, ia handaklah diambil kira kerana ia mampu membuahkan hasil yang baik.
Oleh itu, teknik in iakan terus digunapakai untuk pelajar- pelajar 5AV, selagi ia boleh memberi
manafaat kepada mereka.

5
BIBLIOGRAFI

Littlewood,W.(1987) Foreign and Second Language Learning. Cambridge: C.U.P.

6
LAMPIRAN A

SOALAN 1

Tulis satu karangan pendek bertajuk ‘Kawan Saya’.

SOALAN 2

Write a short essay on “My Friend”.

7
LAMPIRAN B

8
LAMPIRAN C

Anda mungkin juga menyukai