Anda di halaman 1dari 4

FORMAT & SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI

PASUKAN BADAN BERUNIFORM SMK SERI AMAN 2018

1. PENYERTAAN

1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua anggota Pasukan Badan Beruniform Sekolah yang
masih bersekolah di SMK Seri Aman.

2. PENDAFTARAN

a. Setiap pasukan Badan Beruniform wajib menghantar 1 pasukan.


b. Setiap pasukan diwakili samada platun:
i. Lelaki
ii. Perempuan
c. Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan/platun yang akan bertanding hendaklah terdiri
daripada 22 orang (termasuk seorang ketua Platun) dan 2 orang simpanan.
d. Setiap pasukan yang bertanding perlu berada di tempat pertandingan 10 minit sebelum
pemeriksaan pakaian dibuat.
e. Masa pertandingan yang diperuntukan adalah 15 minit.
f. Turutan pasukan dibuat secara undian.

3. PAKAIAN

a. Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi pasukan beruniform
berkenaan.
b. Format pakaian adalah Pakaian Asas pasukan iaitu :
i. Beret
ii. Lencana Beret
iii. Baju dan Seluar
iv. Tali Pinggang/Tudung
v. Tanda Nama
vi. Kasut
vii. Lanyard
viii. Lencana Sulam/Lencana Bahu
c. Pemeriksaan pakaian akan dilakukan 15 minit sebelum pasukan masuk ke padang untuk
pertandingan.

4. PADANG KAWAD

4.1. Keluasan litar pertandingan kawad ialah 35 meter x 25 meter ( rujuk pelan )

5. JANGKA MASA PERSEMBAHAN

5.1 Masa Persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit. Pemberian markah
diberi apabila platun bergerak masuk ke padang kawad dan berdasarkan persembahan
dalam tempoh yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari padang kawad. Selepas
15 minit persembahan tidak dinilai dan markah tidak diberi.
5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman “ BUKA BARISAN ” sebelum
melapor kepada ketua hakim. Hanya terdapat SATU bahagian kawad yang
dipertandingkan: Kawad statik.

5.3 Isyarat akan dibunyikan:


a) Pada minit ke 12 (wisel satu kali)
b) Tamat masa (wisel dua kali)

1
6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 PERGERAKAN KAWAD

a) Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad Badan Beruniform yang
ditetapkan.

6.2 PEMERIKSAAN KEKEMASAN PAKAIAN

a) Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan kekemasan pakaian sebelum masuk
/giliran pertandingan dijalankan.
( 15 minit sebelum giliran pasukan masuk ke padang kawad )

6.3 PERGERAKAN MASUK PADANG DAN MELAPOR

6.3.1 Platun dibawa masuk oleh Ketua Platun ke padang kawad dalam 3 barisan berjalan,
dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan Ketua Hakim ( di tengah-tengah
padang kawad. ) Kelajuan pergerakan adalah 128 – 135 langkah seminit.
6.3.2 Mengadap ke hadapan
( Hukuman : Mengadap ke hadapan........... kanan/kiri... pusing ).
6.3.3 Buka barisan. (hukuman : Buka barisan....... gerak ).
6.3.4 Hukuman ( Ke kanan...... lurus. ) dan Pandang...... depan.
6.3.5 Melapor – Ketua Platun melapor kepada ketua hakim. Semasa ketua platun
melapor, skuad berada dalam keadaan sedia dan buka barisan.
( Assalamualaikum/ Selamat pagi/ Salam Sejahtera Tuan, Pasukan Kadet Polis/
Kadet Remaja Sekolah/ Bomba/ PBSM/ Pengakap/ Pandu Puteri siap untuk
diuji, Tuan. Terima kasih, Tuan. )

6.4 KAWAD STATIK

a) Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik daripada pergerakan berikut :
i) Bergerak ke kiri; kiri.........pusing.
ii) Bergerak ke kanan ; belakang…pusing.
iii) Menghadap ke belakang ; kanan......pusing.
iv) Menghadap ke hadapan ; belakang......pusing.
V) Tutup barisan...gerak.
vi) Jadikan tiga....barisan.
vii) Ke kanan....lurus. Pandang....depan.

b) Hukuman bergerak ke kiri diberi (Bergerak ke kiri.... Kiri pusing).

c) Berjalandalammasacepatjalan (satupusingan,
semasamembelokhukumankiribelokdiberikan) Rujuk Lampiran Pelan Litar
Pertandingan (2).

d) Hukuman ”tukarlangkahperlahan”diberikan setelah platun melepasikon D dan


sebelumkon A (Perlahanjalanlangkah60-70 langkahdalamsatuminit)

j) Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan
hukuman ”menghadap ke hadapan; kanan pusing” diberikan apabila anggota platun
selesai membelok. Platun akan perlahan jalan dalam keadaan barisan melintang
melintasi para hakim.

2
k) Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun dikehendaki melakukan pergerakan
berikut mengikut urutan:
i. Buka barisan
ii. Pandang kanan
iii. Pandang depan
iv. Tutup barisan

l) Sebaik melintasi garisan kon B dan kon C, hukuman ”bergerak ke kiri; kiri pusing”
diberikan.

m) Hukuman ”tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah platun berada antara kon
C dan kon D.

n) Skuad akan berjalan sehingga ke kon E (kon hijau) dan belok ke kiri diikuti dengan
pergerakan kawad mengikut urutan di bawah sehingga selesai (Rujuk Lampiran
Pelan Litar Pertandingan (3):

i. Hormatkekanan, hormat
ii. Hormatkehadapanhormat
iii. Tukarlangkahsemasaberjalan
iv. Hormatselakuterimasijil
v. Tukarlangkahperlahan, perlahanjalan
vi. Bergerakkekanan, belakangpusing
vii. Tukarlangkahcepat, cepatjalan
viii. Bergerakkekiri, belakangpusing
ix. Menghadapkebelakang, kiripusing
x. Menghadapkehadapan, belakangpusing
xi. Hentak kaki
xii. Henti
xiii. Mara mengadap

o) Ketua platun akan bersama skuad semasa mara mengadap ( 11 langkah ). (Hukuman:
Skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat……….jalan).

Catatan (1):

1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman ketua platun sahaja
(contohnya anggota platun / skuad menyebut kiraan masa kanan / kiri semasa berjalan, adalah
TIDAK DIBENARKAN).

2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan
Kawad Asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke padang kawad dan akan
mara mengadap bersama anggota platunnya.

3. Setiap pergerakan yang dilakukan selain dari yang dinyatakan di atas akan ditolak 5 markah.

4. TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang alatan semasa membuat persembahan.

5. Isyarat tamat masa pertandingan akan diberi oleh penjaga masa.

3
6.5 MELAPOR KELUAR

a) Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad.


( Bahasa hukuman : Assalamualaikum/ selamat pagi/petang tuan, kebenaran
meneruskan tugas……………tuan. )

6.7 PENGHAKIMAN

a) Hakim terdiri daripada pegawai / jurulatih yang berkelayakan.

b) Untuk pengiraan markah keseluruhan pasukan, jumlah markah semua hakim akan
dipuratakan.

d) Sekiranya berlaku persamaan markah, di antara pasukan-pasukan, markah kawad


dinamik akan menjadi penentu. Jika markahnya sama juga, markah kawad statik
akan diambil kira, Sekiranya masih sama, markah formasi diambil kira.

e) Setiap satu item yang tidak berada pada kedudukannya (pakaian), ketika kawad
dinamik atau formasi ditolak 1 markah untuk 1 item.

f) Peratusan pengiraan markah keseluruhan pasukan adalah seperti berikut:


i. Persediaan (pakaian) : 20 %
ii. Kawad statik : 65 %
iii. Ketua platun : 15 %

g) Keputusan hakim adalah muktamad.

6.8 PEMARKAHAN KETUA PLATUN

a) Pemarkahan ketua platun akan diadili oleh hakim-hakim yang dilantik. (


Menggunakan borang pemarkahan Ketua Platun ).

Anda mungkin juga menyukai