Anda di halaman 1dari 3

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PEMULIHAN MATEMATIK TAHUN 2

Nama Guru : Jennifer Elanie Jaikin


Sekolah : Sk. Pekan Tuaran
Tarikh : 05 Oktober 2016
Mata Pelajaran : Matematik
Bidang : Nombor dan Operasi
Tajuk/Tema :
Konstruk : 7 (Keupayaan mengendalikan operasi asas)
Standard Kandungan : 3.1 Menolak sebarang dua nombor

NAMA MURID 1. Nurul Ain binti Henry

OBJEKTIF
1. Menjawab sekurang-kurangnya
Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat;
6.0 Operasi Tolak dalam Lingkungan 10
KEMAHIRAN PEMULIHAN 6.1 Menyatakan konsep tolak melalui proses pengasingan
6.2 Menulis ayat matematik bagi operasi tolak.

BAHAN BANTU BELAJAR (BBB/BBM) 1.

PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid dapat menambah nombor-nombor dalam lingkungan 10

PENERAPAN NILAI MURNI Kerajinan

UNSUR KBKK Menghubungkait

EMK
LANGKAH/MASA AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Set Induksi
1. Guru mengadakan sesi soal jawab bersama dengan murid. Contohnya seperti;
(±5 minit)
- Apakah yang telah dilakukan oleh murid sepanjang waktu cuti?
- Adakah murid pergi ke kedai untuk membeli gula-gula?
2. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pembelajaran hari ini iaitu operasi tolak.

Langkah 1
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(±15 minit)
1. Guru menunjukkan simbol-simbol (+) dan (=) kepada murid dan meminta murid untuk mengenalpasti simbol-simbol tersebut.
2. Guru seterusnya menunjukkan simbol tolak (-) kepada murid dan meminta murid menamakan simbol tersebut.
3. Guru membimbing murid jika murid tidak dapat mengenalpasti simbol tersebut.
4. Guru menyusun gelas kertas di hadapan murid.
5. Menggunakan gelas kertas, guru mendemonstrasikan operasi tolak di hadapan murid

Langkah 2
AKTIVITI PENGUKUHAN
(±15 minit)
1. Guru menyediakan 10 batang kayu yang tertulis soalan matematik.

5-2

2. Murid perlu mencabut batang kayu tersebut dan menyelesaikan masalah yang tertera pada batang kayu yang dicabutnya.
3. Aktiviti di atas diulang beberapa kali.
4. Guru memberikan peneguhan berbentuk pujian kepada murid.

Langkah 3 LEMBARAN KERJA


(±20 minit) 1. Guru memberikan lembaran kerja kepada murid.
2. Guru menerangkan kepada murid cara-cara untuk menjawab lembaran kerja yang diberikan.
3. Murid dibimbing untuk menjawab lembaran kerja yang diberikan.
Penutup 1. Guru bertanya apakah yang telah dipelajari oleh murid pada hari ini?
(±5 minit) 2. Guru meneguhkan nilai kerajian dan memberikan peneguhan berbentuk pujian atas kerjasama yang telah diberikan oleh
murid.

Anda mungkin juga menyukai