Anda di halaman 1dari 4

Peraturan Rasmi bagi Jr.

NBA Tip-Off Web Giveaway

RINGKASAN: NBA Properties, lnc. (“NBAP") memperkenalkan the "Jr. NBA Tip-Off Web Giveaway" yang
akan menganugerahkan satu Hadiah (seperti yang didefinisikan di bawah) kepada Peserta (seperti yang
didefinisikan di bawah) yang telah mendaftar bagi Jr. NBA Malaysia Tip-Off, yang akan diadakan di Kuala
Lumpur, Malaysia on April 14-15, 2018 (“Acara”), di laman web Jr. NBA Malaysia
(www.jrnba.asia/malaysia) (“Laman Web”) (secara kolektifnya, “Promosi”) selaras dengan peraturan rasmi
berikut (“Peraturan Rasmi”).

HADIAH
Satu (1) “drawstring bag” berjenama NBA (bernilai kira-kira US$0.90 setiap satu) dan satu (1) “stress
ball“ berjenama NBA (bernilai kira-kira US$0.50 setiap satu) (ditentukan oleh NBAP menurut budi bicara
tunggalnya) (setiap satu adalah satu “Hadiah”).

MEKANISME
1000 peserta yang terawal yang mendaftar bagi Acara tersebut di Laman Web semasa Tempoh tersebut
(seperti yang didefinisikan di bawah) (setiap satu adalah seorang “Peserta”) akan menerima satu Hadiah
di Acara tersebut. Hadiah-hadiah adalah terhad kepada satu (1) Hadiah bagi setiap Peserta.

Promosi adalah tidak sah di mana dilarang atau dihalang di bawah undang-undang.

Tiada pembelian diperlukan untuk mendaftar bagi Promosi tersebut.

TEMPOH
Promosi akan bermula pada jam 12:00 tengah malam, 14 Mac 2018 dan akan ditutup pada jam 11:59:59
malam (Masa Kuala Lumpur) pada 13 April 2018 (“Tempoh”).

TERMA DAN SYARAT TAMBAHAN

1. KELAYAKAN: Hanya individu-individu yang lahir pada tahun 2004, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009,
2010, 2011, 2012 or 2013 layak bagi Promosi tersebut.

Pendaftaran bagi Acara tersebut mesti disempurnakan di Laman Web oleh ibu bapa atau penjaga
di bawah undang-undang Peserta (menurut keadaan) (“Penjaga”) dan mesti memathui semua
terma dan syarat Acara dan Laman Web seperti yang dipaparkan di Laman Web.

Individu-individu berikut adalah tidak layak untuk menerima Hadiah: (1) Pekerja-pekerja NBAP,
National Basketball Association (“NBA”), NBA Asia Limited, Ahli Pasukan NBA, NBA Media
Ventures, LLC dan setiap syarikat berkaitan masing-masing (secara kolektifnya “Entiti-entiti NBA”)
dan Dutch Lady Milk Industries Bhd dan (2) ahli-ahli keluarga terdekat (iaitu ibu bapa, suami/isteri,
anak, adik beradik, datuk dan nenek, ibu bapa tiri, anak tiri dan adik beradik tiri) dan ahli isi rumah
bagi pekerja-pekerja tersebut. Promosi tersebut adalah tertakluk kepada semua undang-undang
dan peraturan yang terpakai.

2. SYARAT-SYARAT HADIAH:

 Semua Hadiah tidak boleh dipindah milik, tidak boleh ditukar dan tidak boleh ditebus dalam bentuk
wang tunai.
 Sekiranya mana-mana Hadiah tidak ada atau sebaliknya tidak dapat dibekalkan, NBAP boleh
menggantikan Hadiah tersebut dengan suatu hadiah yang sama nilai, tertakluk kepada keperluan
di bawah undang-undang yang terpakai dan mana-mana arahan daripada pihak berkuasa yang
mengawal selia.
 Semua perbelanjaan yang tidak diperuntukkan secara khususnya di sini berhubung dengan
tuntutan, penerimaan atau penggunaan mana-mana Hadiah (contohnya, kos perjalanan ke Acara)
adalah tanggungjawab penerima sepenuhnya.
 Entiti-entiti NBA tiada membuat sebarang representasi mengenai keselamatan, syarat-syarat atau
isu-isu lain yang mungkin wujud di mana-mana destinasi di mana Acara atau aktiviti lain yang
dijalankan berkaitan dengan Promosi diadakan.
 NBAP (atau penamanya) berhak untuk mengesahkan identiti Peserta, dan untuk membatalkan
penyertaan oleh mana-mana Peserta bagi Promosi yang menyalahi Peraturan Rasmi, atau mana-
mana Peserta yang mengganggu proses kemasukan. Kegagalan NBAP (atau penamanya) untuk
menguatkuasakan mana-mana haknya pada sebarang peringkat bukan penepian hak-hak
tersebut. NBAP (dan penamanya) memelihara hak menurut budi bicara tunggalnya untuk
menyingkirkan mana-mana individu yang mana NBAP mempunyai sebab untuk mempercayai telah
menyalahi mana-mana Peraturan Rasmi ini, atau terlibat dalam sebarang salah laku yang salah di
sisi undang-undang atau tidak baik yang akan menjejaskan pengendalian Promosi secara adil dan
wajar. Hak undang-undang Entiti-entiti NBA untuk menuntut ganti rugi dan pampasan lain daripada
pesalah tersebut adalah terpelihara.

3. PELEPASAN/TANGGUNG RUGI:

(a) Penjaga-penjaga, bagi pihak mereka dan bagi pihak Peserta-peserta, mengakui dan
mempersetujui bahawa penyertaan dalam Promosi tersebut dan penerimaan mana-mana
Hadiah adalah atas risiko Peserta sendiri. Melainkan seperti yang dikehendaki di bawah
undang-undang, Entiti-entiti NBA tiada membuat sebarang jaminan berhubung dengan mana-
mana Hadiah atau hadiah lain yang ditawarkan sebagai sebahagian daripada Promosi,
termasuk jaminan berhubung dengan kualiti, kebolehdagangan, atau kelayakan untuk tujuan
bagi Hadiah tersebut atau hadiah-hadiah lain. Dengan memasuki Promosi tersebut dan
sebagai balasan bagi penyertaan dalam Promosi, Penjaga-penjaga bagi pihak mereka dan
bagi pihak Peserta-peserta bersetuju bahawa Penjaga-penjaga mahupun Peserta-peserta
tidak berhak untuk membawa (dan bahawa mereka tidak akan membawa) sebarang tuntutan,
tindakan atau prosiding dalam apa-apa jenis atau bentuk terhadap Entiti-entiti NBA berhubung
atau berkaitan dengan Promosi, penerimaan, pemilikan atau penggunaan Hadiah atau hadiah
lain, atau promosi atau pengiklanan Promosi, Hadiah atau hadiah lain.
(b) Melainkan mana-mana liabiliti yang tidak boleh dikecualikan di bawah undang-undang, Entiti-
entiti NBA mengecualikan semua liabiliti bagi mana-mana kecederaan diri, kematian,
kerosakan, kehilangan atau kemusnahan harta, hak publisiti atau privasi, fitnah atau
pemaparan secara palsu, sama ada secara langsung, tidak langsung, khas atau sebagai
akibat, berbangkit dalam apa cara sekalipun daripada Promosi atau penerimaan atau
penggunaan Hadiah atau sebarang hadiah lain, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa
perbuatan atau pengabaian secara cuai oleh mana-mana Entiti NBA; sebarang liabiliti
berbangkit daripada apa-apa perubahan Hadiah; apa-apa liabiliti cukai yang ditanggung oleh
pemenang Hadiah atau hadiah lain; atau penebusan atau penggunaan Hadiah tersebut atau
Hadiah lain. Penjaga-penjaga bagi pihak mereka dan bagi pihak Peserta-peserta dengan ini
bersetuju untuk menanggung rugi untuk dan tidak mempertanggungjawabkan Entiti-entiti NBA
daripada dan terhadap apa-apa dan semua tuntutan, tindakan atau prosiding dalam apa-apa
jenis dan daripada apa-apa dan semua ganti rugi, liabiliti, kos dan perbelanjaan berkenaan
dengan atau berbangkit daripada mana-mana pelanggaran atau pelanggaran seperti didakwa
di bawah Peraturan Rasmi ini dan jaminan, representasi dan persetujuan Peserta seperti yang
terkandung di sini.

4. MAKLUMAN: Penjaga-penjaga dan/atau Peserta-peserta akan dimaklumkan bahawa Peserta


telah memenangi sebuah Hadiah selepas menyempurnakan pendaftaran melalui suatu mesej
“pop-up” di Laman Web. Sekiranya Peserta (atau orang yang dinamakan) tidak dapat menghadiri
Acara tersebut untuk menuntut Hadiah, hak Peserta tersebut untuk menuntut Hadiah akan
dibatalkan.

5. INTERNET: Entiti-entiti NBA adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang pendaftaran yang
lewat, hilang, tidak lengkap, tidak tepat, tidak dapat dihantar atau tersalah hantar, atau bagi
masalah teknikal berhubungan dengan penghantaran atau penerimaan pendaftaran, borang atau
poin pendaftaran, atau atas kegagalan, masalah atau ralat telefon, manusia, elektronik atau
komputer, gangguan dalam perkhidmatan disebabkan akibat penaiktarafan sistem, pembaikian,
perubahan atau sebab-sebab lain, kegagalan atau kepincangan tugas sambungan, medan
elektromagnetik, elektronik, satelit, rangkaian, kabel, Penyedia Perkhidmatan Internet, telefon,
talian telefon atau sistem telefon, kesesakan trafik di internet, kepincangan tugasan teknikal atau
mekanikal, atau kepincangan tugas atau ralat yang lain, sama ada disebabkan oleh peralatan,
pemprograman, ralat manusia atau sebaliknya berkaitan atau berhubungan dengan Promosi,
termasuk, tanpa batasan, ralat yang berlaku berhubungan dengan pentadbiran bagi Promosi,
pemprosesan catatan, borang pendaftaran, poin, atau pengumuman Hadiah atau hadiah lain,
ketiadaan untuk menghantar borang pendaftaran; atau bagi sebarang kecederaan atau kerosakan
terhadap komputer mana-mana individu berkenaan atau sebagai akibat daripada penyertaan
dalam Promosi ini, atau bagi ralat pencetakan, penaipan, manusia atau ralat lain yang terpapar
dalam Peraturan Rasmi ini atau bahan lain berkaitan dengan Promosi. Tiada liabiliti atau
tanggungjawab adalah dipikul oleh Pihak-pihak yang Dilepaskan bagi percubaan pengguna untuk
menyertai dalam Promosi tersebut atau memuat turun mana-mana maklumat berhubungan
dengan penyertaan dalam Promosi tersebut.

Penggunaan skrip, makro atau peranti berautomatis (atau sebarang peranti lain yang dirancangkan
untuk mengautomatikkan atau memsubversikan mana-mana aspek pemasukan) untuk menyertai
Promosi adalah dilarang dan sebarang kemasukan melalui cara-cara tersebut adalah disifatkan
sebagai tidak layak (menurut budi bicara tunggal Penganjur dan mengikut Peraturan Rasmi) dan
adalah terbatal. Penganjur memelihara hak, menurut budi bicara tunggal Penganjur, untuk
mengisytiharkan penyertaan seorang Peserta sebagai batal jika Penganjur mempercayai bahawa
Peserta tersebut telah membuat cubaan untuk mengubah atau merosakkan pentadbiran,
keselamatan atau kesaksamaan Promosi ini atau di mana penyertaan Peserta tersebut menyalahi
Peraturan Rasmi.

6. [Ketiadaan kandungan Perenggan 6 adalah disengajakan].

7. PEMBATALAN PROMOSI: Sekiranya Promosi atau penghantaran mana-mana Hadiah atau


hadiah lain adalah tidak boleh dilakukan seperti yang dijangka secara wajar atas sebab mana-
mana sebab di luar kawalan wajar NBAP (atau penamanya), termasuk tetapi tidak terhad kepada
vandalisme, gangguan bekalan elektrik, ribut kencang, bencana alam, tindakan daripada Tuhan,
kekacauan awam, mogok, perang, perbuatan keganasan, NBAP adalah berhak sepenuhnya
setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang: menyingkirkan mana-mana Peserta, atau
tertakluk kepada mana-mana arahan daripada pihak berkuasa yang mengawal selia, untuk
mengubah, menggantung, menamatkan atau membatalkan Promosi tersebut.

8. UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL; PERTIKAIAN; KEBOLEHASINGAN; PENTAFSIRAN:


Semua isu dan persoalan berkenaan pentafsiran, kesahihan, tafsiran dan penguatkuasaan
Peraturan Rasmi ini, atau hak dan tanggungjawab pemenang Hadiah atau pemenang hadiah yang
lain dan/atau Entiti-entiti NBA, akan ditadbir dan ditafsirkan selaras dengan udang-undang New
York, Amerika Syarikat, kecuali prinsip-prinsip pilihan undang-undangnya (choice of law).
Sebarang tuntutan berbangkit, berkenaan, atau berhubungan dengan Peraturan Rasmi ini,
termasuk persoalan mengenai kewujudan, kesahihan, penamatan dan apa-apa persoalan
mengenai sama ada suatu pertikaian boleh ditimbang tara, akan dirujuk dan diselesaikan secara
muktamad melalui timbang tara yang mengikat yang dilaksanakan oleh Mahkamah Timbang Tara
Antarabangsa (International Court of Arbitration) selaras dengan Peraturan-peraturan Timbang
Tara Antarabangsa (International Arbitration Rules) oleh tiga orang penimbang tara yang dilantik
selaras dengan Peraturan tersebut, dengan dua penimbang tara mempunyai 30 hari dari tarikh
lantikan penimbang tara kedua untuk mencalonkan pengerusi. Lokasi timbang tara adalah di New
York, dan Bahasa yang akan digunakan dalam prosiding timbang tara adalah Bahasa Inggeris.
Penimbang tara akan memberikan kos kepada pihak yang menang, termasuk yuran guamannya,
yang berhubungan dengan timbang tara tersebut. Penghakiman ke atas award tersebut boleh
dimasukkan oleh mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa. Semua pihak
melepaskan secara muktamad hak mereka terhadap sebarang bentuk rayuan, semakan atau jalan
keluar ke mana-mana pihak kehakiman, setakat mana pelepasan tersebut boleh dibuat secara
sah, mengenai mana-mana award oleh penimbang tara, termasuk award interim atau sebahagian,
dan termasuk persoalan undang-undang. Setiap Peserta dengan ini melepaskan dalam timbang
tara seperti ini dan dalam mana-mana Prosiding Sampingan (seperti yang didefinisikan di bawah)
sebarang pembelaan mengenai kekurangan bidang kuasa diri atau forum non conveniens atau
doktrin yang sama. Pihak-pihak dengan ini bersetuju memberi kebenaran bagi bidang kuasa
mahkamah yang bersidang di New York berkenaan dengan mana-mana prosiding undang-undang,
berkenaan atau berbangkit daripada timbang tara seperti ini (termasuk prosiding untuk
mengkehendaki timbang tara, penggantungan litigasi, mengisukan tindakan perlindungan interim
termasuk penahanan, mengesahkan, mengiktiraf atau menguatkuasakan suatu award timbang
tara, atau menguatkuasakan suatu penghakiman mahkamah yang diisukan bagi suatu award
timbang tara (“Prosiding Sampingan”) dan bersetuju bahawa mahkamah tersebut akan
memberikan kos kepada pihak yang menang, termasuk yuran guamannya, yang berhubungan
dengan Prosiding Sampingan tersebut. Ketidaksahihan atau ketidakterlaksanaan mana-mana
peruntukkan Peraturan Rasmi tersebut tidak akan menjejaskan peruntukan yang lain. Sekiranya
peruntukan tersebut diputuskan sebagai tidak sah atau sebaliknya, Peraturan Rasmi akan
ditafsirkan selaras dengan terma-termanya seolah-olah peruntukan yang tidak sah tersebut tidak
terkandung di dalam. Peraturan Rasmi ini adalah ditulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa
Inggeris. Sekiranya terdapat ketaksamaan dalam penafsiran atau perbezaan antara kedua-dua
versi ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

9. CUKAI: Melainkan seperti yang ditetapkan secara nyata dalam Peraturan Rasmi, setiap Peserta
adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kesemua cukai yang perlu dibayar berkaitan
dengan mana-mana Hadiah atau hadiah lain yang diterima oleh Peserta tersebut.

10. PERATURAN RASMI: Pendaftaran oleh seorang Peserta semasa Tempoh adalah disifatkan
sebagai penerimaan Peraturan Rasmi ini dan sebarang pindaan yang dibuat dengannya.
Peraturan Rasmi dan Hadiah adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.

Anda mungkin juga menyukai