Anda di halaman 1dari 3

Terima kasih Pengerusi Majlis.

Salam sejahtera saya


ucapkan kepada Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Guru
Penolong Kanan, guru-guru dan rakan sekalian. Saya
sebagai wakil murid, ingin mengucapkan selamat
menyambut Hari Guru kepada semua guru di sekolah ini.

Hadirin sekalian,
Hari ini merupakan hari yang amat sesuai untuk kita
mengadakan sambutan bagi mengenang dan
menghargai jasa guru. Tarikh 16 Mei setiap tahun telah
dipilih sebagai Hari Guru. Pada tahun ini, Guru Pemacu
Transformasi Pendidikan dipilih sebagai tema Hari Guru.
Tema ini amat bertepatan sekali dengan dunia pendidikan
sekarang yang amat mencabar untuk melahirkan murid
yang lebih kreatif dan berinovasi. Segalanya bermula
daripada inspirasi seorang guru. Lantaran itu, marilah kita
menghargai dan mengingati jasa guru.

Rakan-rakan sekalian,
Insan yang mendidik, mengasuh dan membimbing kita
sehingga kita dapat mencapai kejayaan haruslah kita
sanjung. Kesabaran dan kesungguhan mereka mendidik
kita amatlah besar nilainya. Seharusnya jasa itu dikenang
sepanjang hayat. Guru tidak pernah jemu mengajar kita
supaya kita dapat membaca, menulis dan mengira.

Guru juga merupakan pengganti ibu bapa kita di sekolah.


Oleh itu, kita mestilah menghormati guru. Segala nasihat
dan tunjuk ajar guru mestilah kita dengar dan patuhi.
Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat dan bimbingan
mereka.

Rakan sekalian,
Guru ialah orang yang sering memberi semangat kepada
kita untuk rajin belajar sehingga kita berjaya. Mereka sedia
mendengar segala masalah yang kita fahami dalam
pelajaran. Oleh itu, guru merupakan pendidik yang sangat
berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.

Wahai para guru yang kami sayangi, jutaan terima kasih


kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami
dengan sabar. Jasamu sungguh bererti kepada kami
semua. Terima kasih, cikgu. Saya akhiri ucapan saya ini
dengan fragmen sajak Guru Oh Guru karya Usman Awang.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai