Anda di halaman 1dari 2

KERTAS CADANGAN KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAMBAU


2017
1.0 PENGENALAN
Kementerian Pelajaran Malaysia bertanggungjawab dan berperanan besar dalam
membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh, progresif, bermoral dan beretika
tinggi selain daripada melahirkan modal insan berpengetahuan dan berkemahiran.
Keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dan misi nasional yang memberi penekanan tinggi ke atas pembangunan modal
insan ‘minda kelas pertama’ sebagai pendekatan utama bagi melonjak ke status Negara maju,
diterjemahkan pelaksanaannya melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-
2010. Fokus dan strategi pembangunan modal insan melalui pemupukan murid yang
mempunyai sahsiah tinggi, standard nilai dan kepimpinan terbilang serta berdisiplin utuh.
Kementerian Pelajaran Malaysia mencadangkan usaha pemupukan kepimpinan, pengurusan,
dan perundangan dalam kalangan murid wajar diberi nafas baru ke arah melahirkan modal
insan yang berkualiti dan mampu mendepani cabaran semasa dan masa depan dunia gobal.

2.0 RASIONAL
Melatih kemahiran kepimpinan, pengurusan dan perundangan dalam membantu pengurusan
sekolah bagi menangani isu-isu disiplin yang semakin mencabar. Kemahiran yang ditetapkan
ini dapat memberi keyakinan ke arah memberi perkhidmatan cemerang mengikut tatacara
yang betul serta mampu menjadi pemimpin yang lebih berwibawa.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Menyalurkan pengetahuan mengenai kepimpinan dan membina kemahiran mengenainya.
3.2 Mendedahkan kepada pengawas tentang pengurusan yang betul di sekolah.
3.3 Memberi pengetahuan dan makumat mengenai perundangan dan peraturan sekolah untuk
diaplikasi semasa menjalankan tugas.
4.0 SASARAN
Melibatkan semua pengawas sekolah seramai 55 orang
Rujuk Lampiran

5.0 ATURAN DAN KELOAAN


Anjuran : Unit Kepimpinan Pelajar
SMK Mambau, Seremban

6.0 TARIKH DAN TEMPAT


Tarikh : 21 Julai 2017 ( Jumaat ) – 23 Julai 2017 ( Ahad )
Tempat : Pusat Latihan Kem Negara Mantin, Seremban
7.0 PENGISIAN
Kursus ini mempunyai tiga komponen utama iaitu, ceramah, aktiviti berkumpulan, dan
riadah. Ketiga-tiga komponen ini akan mengandungi tiga unsur utama iaitu, kepimpinan,
pengurusan dan perundangan.

8.0 IMPIKASI KEWANGAN


Rujuk Lampiran

9.0 TENTATIF PROGRAM


Rujuk Lampiran

10.0 JAWATANKUASA PELAKSANA KURSUS KEPIMPINAN PENGAWAS


Rujuk Lampiran

11.0 PENUTUP
Diharapkan program yang dirancang ini dapat memberi manfaat kepada murid dalam
memantapkan jati diri dan keutuhan asas kerohanian dalam diri. Secara tidak langsung
perkongsian ilmu yang diberikan kepada murid akan memberikan manfaat untuk
diaplikasikan dalam kehidupan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. …………………………………..
SITI FATIMAH BINTI BASER ROZILA BINTI WAHIDIN
Ketua Unit Kepimpinan Pelajar, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SMK Mambau SMK Mambau

Disahkan oleh,

…………………………….
NOR HASHIM BIN OTHMAN
Pengetua,
SMK Mambau

Anda mungkin juga menyukai