Anda di halaman 1dari 6

1. Bincangkan isu-isu utama pengurusan dan kepimpinan di sekolah tersebut?

Pendidikan merupakan nadi penggerak kepada ketamadunan sesuatu


bangsa. Maju mundurnya sesebuah Negara bergantung kepada sistem pendidikan
Negara tersebut dan sistem pendidikan berkait rapat dengan organisasi sekolah.
Kecemerlangan sesebuah sekolah pula baik dari segi akademik , sahsiah mahupun
kokurikulum bergantung kepada kewibaan seorang pengurus sekolah dan
bagaimana beliau memimpin sekolah berkenaan,
Pemimpin merupakan orang yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
orang di bawah pimpinannya dan organisasi. Pemimpin mempunyai keupayaan
untuk mempengaruhi,memotivasi,mengubah sikap serta menjadi pemangkin kepada
perubahan yang dikehendaki untuk pencapian matlamat organisasi. Pemimpin
sesuatu organisasi pendidikan selalu dikatakan sebagai seorang yang
bertanggungjawab terhadap semua aktiviti yang berlaku serta kepimpinannya akan
menetapkan hala tuju organisasi dan kepentingan pendidikan pada pelajar.

Hasil daripada kesemua penyelidikan tentang keberkesanan sekolah


juga menunjukkan penentu utama bagi kejayaan sesebuah sekolah adalah
kepimpinan yang ditunjukkan oleh Guru Besar. Ini bererti bahawa Guru Besar sering
dilihat sebagai punca masalah atau sebagai penyelesai masalah atau pemangkin
dalam pelaksanaan program pendidikan ke arah merealisasikan sekolah yang
cemerlang.Oleh kerana tugas dan tanggungjawab guru besar adalah berat,maka
sudah semestinya pemimpin sekolah perlu mempunyai kemahiran ,kepakaran sert
ilmu yang tinggi untuk memimpin dan mempengaruhi orang bawahannya seperti
mana Tuan Hj.Zainal bin Zainuddin bagi memastikan berlakunya perubahan serta
kecemrlangan sekolah yang dipimpinnya

Walaubagaimana pun dalam mentadbir dan memimpin khususnya insan maka


terdapat berbagai isu dan permasaalahan yang timbul dan perlu dihadapi.Begitu juga
dengan Tuan Hj.Zainal terpaksa menghadapi berbagai isu apabila bertukar ke
Sekoloah Menengah Kebangsaan Tanjung Batu.Antara isu yang beliau terpaksa
hadapi adalah seperti kemerosotan dalam bidang akademik sekolah tersebut,isu
disiplin murid,murid-murid yang tidak hormat kepada guru,pelajar yang tidak
mempunyai minat dan motivasi untuk belajar,guru-guru yang berada dalam zon
selesa serta hubungan yang kurang erat antara komuniti dengan pihak
sekolah.Terdapat juga isu ancaman serta ugutan daripada pihak ibubapa untuk
membela anak serta keluarga mereka hingga ke peringkat uny=tuk menyaman pihak
sekolah.

2. Pada pendapat anda mengapakah timbulnya isu-isu tersebut?


Pada pendapat saya, terdapat beberapa faktor penyebab mengapa isu serta
kelemahan SMKTB ini timbul.Hampir kesemua teori tidak menafikan bahawa
kecemerlangan serta kemerosotan sesebuah organisasi termasuk sekolah adalah
bergantung kepada pengurusan serta kepimpinan pemimpinnya.Dalam konteks ini
,pengetua sebelum ini adalah seorang yang kurang berpengetahuan serta
berkemahiran untuk memacu organisasi ke arah kecemerlangan.
Pengetua perlu mempunyai kemahiran untuk mempengaruhi orang bawahannya
supaya mereka berusaha, serta menjalankan tugas dengan penuh
dedikasi,keazaman,kesungguhan untuk mencapai matlamat serta keceerlangan
organisasi.
Pengetua merupakan pemimpin yang mampu dan berupaya membangunkan
serta mempengaruhi orang di bawah pimpinannya menjadi proaktif serta bersemangat
untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah. Didapati kebanyakan guru-guru
Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Batu sudah berada dalam zon selesa.Dari
segi amalannya,dapat diertikan bahawa guru-guru hanya menjalankan tugas rutin
harian tanpa mempunyai kesungguhan dan semangat untuk mempertingkatkan
kecemerlangan sekolah.
Ketegasan serta kewibawaan pengetua merupakan kunci kepada
kecemerlangan sesebuah sekolah. Dari kajian kes yang diutarakan,dapat dilihat
kurangnya serta tidak wujud kerjasama antara pengeua dengan guru disiplin dalam
menguatkuasakan serta mengawal disiplin pelajar. Pendekatan kaunseling serta tidak
ada ketegasan menghukum adalah amalan serta prinsip yang diguna pakai oleh
pengetua yang bertentangan dengan prinsip badan disiplin yang maukan satu bentuk
ketegasan dalam mengawal disiplin pelajar.Ketidak sepakatan ini juga menjadi isu
utama kepada kemerosotan SMKTB di bawah kepimpinan pengetua terdahulu.
Pihak kepimpinan terdahulu juga meghadapi masalah mendapatkan kerjasama
daripada komuniti setempat seperti ibubapa penjaga pelajar dan yang lain-
lain.Ibubapa serta penjaga yang curiga serta tidak menjalin hubungan harmoni dengan
pihak sekolah menyebabkan mereka tidak meghormati peraturan serta tindakan yang
bakal diambil oleh pihak sekolah. Mereka berani mempersoalkan kewibawaan pihak
sekolah serta bertindak untuk menyaman sekolah yang menguatkuasakan peraturan
sekolah.

3.Andai kata anda baru dilantik sebagai pemimpin di SMKTB,apakah tindakan dan perancangan
untuk mengembalikan kegemilangan sekolah tersebut?

Sepertimana yang dimaklumkan oleh Pegawai PPD, Sekolah Menengah


Kebangsaan Tanjung Batu pernah menjadi sekolah yang cemerlang satu ketika dan
pernah menjadi Sekolah Harapan Negara pada tahun 1992 serta menjadi sekolah
contoh suatu ketika.Walaubagaimana pun sejak kebelakangan ini,sekolah ini telah
mula mengalami kemerosotan baik dari segi akademik,kokurikulum,disiplin pelajar dan
sahsiah murid.

Faktor-faktor di atas perlu diambil kira serta diberi perhatian apabila saya dilantik
menjadi pengetua di SMKTB. Faktor kekuatan serta kelemahan perlu dianalisa
,diperhalusi serta dikenalpasti bagi megembalikan kegemilangan sekolah
tersebut.Satu perancangan yang rapi serta tersusun perlu dilakukan untuk
,mengembalikan kegemilngan sekolah.

Langkah pertama yang perlu saya lakukan untuk mencapai objektif organisasi
dengan cara mendapatkan kerjasama, komunikasi dan kolaborasi daripada pihak
pengurusan yang terdiri daripada semua penolong kanan dan juga guru.Saya perlu
terlebih dahulu menjalankan kajian persekitaran dengan melihat keadaan serta
meneliti keseluruhan sekolah tersebut baik dari segi perjalanannya,fasarana,kekuatan
serta kelemahan yang terdapat pada guru-guru , kakitangan yang terdapat di sekolah
serta para pelajar di sekolah berkenaan.Maklumat ini boleh saya perolehi daripada
penolong-penolong kanan serta melalui pemerhatian.

Satu perancangan serta halatuju yang jelas perlu saya bina melalui mesyuarat
dan persetujuan daripada semua guru dan kakitangan sekolah.Perancangan strategik
yang terancang perlu bagi menjamin kecmerlangan organisasi. Perancangan strategik
adalah “usaha yang berhati-hati dan berdisiplin bagi menghasilkan keputusan dan
tindakan asas yang membentuk dan memandu organisasi, apa yang dilakukannya dan
mengapa ia melakukannya. Perancangan starategik juga perlu difahami,diperjelaskan
kepada guru-guru bagi memastikan semua guru bekerja dalam satu pasukan bagi
menjayakannya.

Menerusi perancangan strategik yang terancang saya boleh memperjelas dan


merangka isu atau cabaran yang dihadapi organisasi. Pengetua juga harus
memperjelas misi, matlamat dan nilai organisasi dan menyatakan dengan jelas visi, di
mana organisasi mahu berada.

Dengan membina perancangan strategik ,saya dapat melaksanakan mandat,


memenuhi misi, merealisasi visi, mencapai matlamat dan mencipta nilai dengan
mengenal pasti dan melaksanakan semula mandat, misi, nilai, matlamat,

Saya perlu mengadakan mesyuarat serta menjelaskan halatuju,misi serta


matlamat yang hendak dicapai oleh organisasi bagi memastikan semua guru
bersama-sama saya untuk menjayakan matlamat tersebut.Kewibaaan pemimpin amat
diperlukan dalam mengelola,mengawal serta mempengaruhi anak buahnya agar
mereka dapat bekerja dengan proaktif,bersemangat serta mempunyai komitmen yang
tinggi untuk sama-sama menjana kecemrlangan sekolah

Disiplin ,kesungguhan serta motivasi murid murid untuk berjaya juga menjadi
penentu kepada kecemerlangan organisasi Pelajar adalah ‘klien’ bagi sekolah dan
kecemerlangan sesebuah institusi sekolah juga diukur dari segi kecemerlangan
sekolah tersebut dalam peperiksaan awam serta sahsiah pelajar sekolah
berkenaan.Justeru satu perancangan perlu dibuat dengan permaufakatan antara
semua pentadbir dan guru bagi mendapatkan kerjasama semua pihak untuk
meningkatkan disiplin murid dan sahsiah murid.Dorongan,motivasi galakan dan
sebagainya perlu dijadikan budaya supaya murid-murid memahami tanggungjawab
mereka seterusnya mempunyai minat dan semangat untuk berusaha.

Kesimpulannya ,kejayaan serta kecemerlangan sesebuah organisasi


bergantung sepenuhnya kepada kewibaan pemimpin dalam mengurus,mengatur serta
mempengaruhi pengikutnya untuk sama-sama bekerja dalam satu pasukan kea rah
mencapai matlamat organisasi.

4.Nyatakan sekurang-kurangnya 2 kekangan utama yang mungkin anda hadapi


dalam melaksanakan perancangan tersebut?

Dalam usaha untuk melakukan perubahan serta melaksanakan perancangan


yang telah diatur,pasti akan terdapat halangan serta kekangan yang perlu dihadapi.
Di antaranya adalah:

4.1. Guru-guru merupakan agen yang akan menggerakkan serta melaksana


perancangan yang telah dirancang.Komintmen ,kesungguhan dan sikap guru amat
dituntut dalam melaksanakan perancangan tersebut. Kedudukan guru yang berada di
zon selesa dan merasa terancam apabila terdapat pengetua yang ingin membuat
perubahan. Perubahan sikap guru dan budaya kerja cemerlang sukar ditanamkan
serta dipupuk dalam jiwa guru.Perubahan sikap ini perlukan masa serta kepandaian
bagi memastikan mereka dapat menerima perubahan yang hendak dibawa dengan
terbuka dan senang hati.

4.2. Keraguan dan kecurigaan ibubapa terhadap sekolah juga pasti timbul apabila
sesuatu perubahan hendak diperkenalkan di sekola. Kurangnya kerjasama antara
ibubapa dan sekolah menjadi antara kekangan yang perlu diambil perhatian utama
apabiloa ingin melaksanakan perancangan yang dibuat dengan jaya.Ibubapa dan
komuniti SMKTB sebelum ini kurang memberi kerjasama serta sering mencuriga dan
mempersoalkan tindakan yang diambil oleh pihak sekolah.
4.3. Sistem pendidikan sekarang yang banyak menghunakan online system
menyebabkan guru-guru banyak menghabiskan masa serta tekanan untuk memenuhi
kehendak tersebut.Keadaan bertambah membebankan dengan capaian intenet yang
perlahan menyebabkan satu perkara yang boleh disiapkan dengan cepat perlu
memakan masa yang panjang. Sebagai contoh, untuk penilaian prestasi khususnya di
Negeri Perak,guru,guru serta kakitangan sekolah perlu mengisi 3 jenis penialaian iaitu
e-prestasi Perak, Penilaian Bersepadu Perkhidmatan Pendidikan dan juga e-Hrmis.
Guru-guru terpaksa membuat sasaran kerja tahunan untuk ketiga-tiga system tersebut
dan penilaian setengah tahun juga perlu dilengkapkan untuk melengkapkan kehendak
sistemIni belum termasuk e-operasi,Hrmis,PBS dan sebagainya.Kerja-kerja
perkeranian ini juga turut mempengaruhi focus guru terhadap kerja hakiki mereka
yang sepatutnya terhadap pendidikan murid dan perkara yang berkaitan.

Anda mungkin juga menyukai